July 27, 2010

Ruqyah

Aku, pantang betul kalau aku ada masalah,


Kemudian ada orang berkata sesuatu yang menggambarkan aku dapat masalah tu sebab aku tak ingat pada Tuhan. Langsung.

I mean, perlu kah kita nak beritahu semua orang yang kita sudah solat, baca Quran, dan at least kita sudah cuba tutup aurat dan lain-lain?



Samalah halnya dengan mereka yang berkata tentang gangguan jin. Kata mereka hanya orang yang tidak solat dan mengaji saja diganggu makhluk halus.

Aku tak percaya. Aku biasa aja dengar ustaz diganggu makhluk halus. Dan aku tak maksudkan makhluk halus itu sebagai bakteria membunuh di hutan lipur.

Aku juga biasa dengar keluarga yang rajin solat pun diganggu jin.



Aku lebih tolerate orang yang tak percaya kepada kewujudan makhluk halus, daripada orang yang prejudis begitu.

OK well, aku sedang ada issue dengan hal-hal sebegitu. Aku tak mahu dengar ada orang cakap “Eleh, kalau kau sembahyang tak tinggal mesti takde gangguan punya.”

Atau “Kalau baca ayat Qursi confirm dia lari punya. Lawan aje lah. Kuatkan diri.”



Cakap senanglah.

Bukan. Bukan aku tak percaya dengan kuasa ayat Quran dan kuasa beribadah.

Tapi ia tak semudah small the pieces. Kalau ia semudah itu tak wujudlah Darussyifa’ kerana semua orang boleh uruskan sendiri asalkan solat dan mengaji.

Kalau kau prejudis dengan ustaz-ustaz itu sekalipun, tak payahlah buat aku rasa terhina.

Oqeh fine, kau nak cakap aku lemah sebab minta bantuan orang. Tak mengapa.

Cuma aku nasihat, benda-benda macam ni jangan cakap besar, jangan cakap macam benda ni kalau kena pada kau, kau boleh setelkan senang-senang. Benda-benda ni komplikated ya.



Aku tak akan lupa aku bergelut dengan seseorang yang kena possessed dari pukul 11pm sampai pukul 2am. Bukannya kitorang tak baca ayat Qursi. Bukannya pakcik yang tolong exorcise tu tak pernah solat. Ambil masa 4 jam juga.

Sudah halau, saspek datang semula.

Halau lagi. Datang lagi.

Sudah lebam pergelangan tangan si mangsa akibat digenggam aku.

Aku halau. Saspek diam sekejap. Lepas tu dia cekik aku. Aku lawan sampai kuku patah, itu pun ada 4 orang yang bantu aku lawan.

Kalau aku sorang-sorang je lawan waktu tu ada kemungkinan aku jadi tajuk utama berita, bukan sahaja Harian Metro malah Buletin Utama. ‘Seorang pelajar IPT yang comel dan seksi mati dicekik rakan sebaya.’

Aku tahu aku tak kuat sangat dalam bab ni.

Ia tak semudah mengiklankan buku Ustaz Sharhan di TV9.



Ia tak semudah yang disangka, oqeh. Maka tolong jangan perlekehkan

.

6 suicidal thought(s):

casperakhimi said...

Saya baca entri ni dengan serius sampai part ‘Seorang pelajar IPT yang comel dan seksi mati dicekik rakan sebaya.’ terus gelak gila2 wahahahaha.

haa cik neem,sekarang dah tahu lah kan ape punca your followers takkan berhenti membaca your blog.

Interesting.I don't think this sound silly :p

R.K said...

lucky u babe , ghua setakat ni kes-kes macamni boleh baca kat sokkabar je ..
haha .

si buta warna said...

sape rase senang, mintak mereka alami sendirilah.

Pegawai Khalwat said...

Been there. Dan kenal orang yang sebegini dan mangsa keadaan.

Anoneemus™ said...

Haha ada orang tu komen dia tak approved.

tembakaujiwa said...

Kadang2 ramai manusia yang seolah2 mengaku mereka golongan yg BERAGAMA sedangkan mereka jauh dari itu..

"Dan di antara manusia ada yang berkata: “Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat”; padahal mereka sebenarnya tidak beriman."Surah Al-Baqarah ayat 8..

Nanti kene kat diri sendri baru dorang tau..