Semalam, aku cuba sebuah driving simulator. Ya, simulasi pemanduan dalam bentuk kereta.
Ya, manual.
Minit ke 4, aku tanya kawan aku
“Gear 5 yang mana eh?”
“Yang depan tu. Sebelah gear 3.”
“Okeh.”
Gear tu takde label. I mana biasa gear takde label. I kan makhluk Tuhan naik teksi.
Biasanya I cakap je nak pegi mana, orang lain yang drive. OK fine, aku kan spoiled.
Lagipun, ini manual. Encik Stateskop yang macho pun drive kereta auto, okeh. Tapi dia selalu memandu jauh, untuk aku. Bak kata Che Kiah, ‘demi cinta kugagahkan jua’. Cerita lain.
Minit ke 18, aku mengalami kemalangan maut.
Puncanya, aku duk sibuk pandang gear yang takde label tu dan
aku tak angkat wedges aku yang berat itu dari pedal minyak.
Bila engineer tu datang, aku cakap
“Gear dah stuck.”
LCD di depan aku cuma ada warna hijau, selain dashboard. Aku dah terbabas ke dalam semak setelah melanggar beberapa divider.
I always knew I would be a lousy driver.
Kerana aku selalu langgar dinding dan tersepak kerusi meja bila berjalan. Sudah 4 tahun aku cognitive impaired sebenarnya. Aku ada masalah dengan orientasi dan jarak. Aku bukan saja-saja malas tak mahu drive.
Aku tak beritahu sesiapa sebab takut nanti semua taknak naik kereta dengan aku
.
[KISAH BIMBO YANG CERDIK]
July 14, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

6 suicidal thought(s):
mak aih..bab lain memang tak kesah la, tapi wedges tu mesti bukak sekejap, byk accident berlaku di kalangan pemandu wanita disebabkan heels. so, memang aku selalu bukak heels kalau drive.
Kalau kereta sebenar, memang tak pakai kasut. tp ni simulator gila tak macho nak bukak kasut.haha
simulator ke arcade game yg masukkan token syiling tu?
Ha'ah, yang jaga arcade tu semua engineer kan?
my friends pernah pakai seat-belt walaupun deorang duk kt seat belakang. haha.
masalah ni selalu berlaku pada org yg pakai spek kot. aku pun payah nak agak jarak. naik kereta selalu bila xdpt bajet parking.
Post a Comment