July 08, 2010

Spoiled

Aku tau ramai pembaca nak lempang aku atas sebab aku whine tentang ketidakselesaan.

Tapi, memang aku rimas sebab bila masuk bilik air aku tak tahu nak berdiri kat mana untuk mandi.
Erm, silap ayat tu. Aku memang tiada pilihan untuk berdiri di mana. Cumanya, aku tidak tahu untuk berdiri mengadap ke mana. Memang setiap kali mandi air melimpah ke luar kerana tidak cukup keluasan tapak.

Erm.

Dan kucing jiran sebelah berak depan pintu aku.

Dan bau hancing dari  tempat letak kereta hingga ke pintu rumah.

Dan buoy tangki air tidak berfungsi.

Dan air paip berwarna coklat, bukan kuning.

Kalau air jernih pun, aku tak punya ruang untuk membasuh baju. Patut pun ada orang buka kedai dobi kat lot kedai depan tu.

Dan perihal jiran bergaduh dan kena maki semua aku dengar walaupun tak pasang telinga. Patutlah ada orang pasang radio kuat-kuat.

Banyak sungguh tenaga negatif di sini.


Tabah gila dowh orang membesar kat perumahan low cost macam ni.
Tabik sama mereka
.

4 suicidal thought(s):

Shafiq Laiho said...

kat mana tu? stended la low cost housing, dulu lagi seksa duduk kat flat taman medan, tak kena lagi hindu mabuk, hindu gaduh laki bini, etc tapi layan ja la.. :D

Dammit said...

akab is back. maybe dia boleh neutralkan tenaga negatif tu :)

wd.bandages said...

working class.

depa pun depress jugak.

no choice.

hang sabaq sajalah.. mungkin lama2..pengalaman ni boleh memantapkan hang punya sensitiviti terhadap persekitaran..

mungkin.

yang dok kat apartment ni pun..kira macam flat jugak.. orang bawah sembang kat koridor pun boleh dengaq!

Shuhada Shah said...

Dah 21 tahun aku duduk low cost
Memang apa yang kau kata tu banyak betulnya. Tapi aku pernah terjumpa low cost yang sebijik macam kondo cara penyeliannya.