Aku kalau menelaah, mesti mahu dengar muzik. Sejak zaman sekolah lagi.
Pensyarah aku argue, katanya tak akan dapat concentrate betul-betul.
Lain orang lainlah caranya. Dia ikut teori Bottleneck. Aku? Ikut teori sukahati. Macam resipi sambal bilis yang aku buat semalam. Resipi sukahati aku. Terus jadi sambal masam manis.
Kalau perlu lebih tumpuan, aku dengar lagu yang aku sudah hafal liriknya. Jadi proses mendengar lagu itu tidak melibatkan kognitif. Kalau mahu super ekstra tumpuan, aku layan instrumental saja.
Maksim, Vanessa Mae, Mozart, Vivaldi.
***
Aku kata pada Encik Stateskop, dulu lagu pertama aku main piano, lagu Nursery Rhymes. Mungkin Twinkle Twinkle Little Star. Lepas tu aku mula serius bila aku mula main lagu Isabella (Search).
Encik Stateskop jawab,
Lagu yang mula-mula dia main piano adalah lagu Mozart.
Cis. Aku kalah.
***
Aku dan beliau, sama-sama minat muzik.
Tapi sama-sama tiada instrument. Sama-sama tak ada formal education in music except in school. Sekarang, sudah tiada masa mahu main.
Dan sebenarnya, aku sudah tak boleh main apa-apa instrument, mungkin. Sudah sepuluh tahun aku tak tulis lagu. Aku rasa aku sudah pekak tone. Kau tau pekak tone?
Dulu, mini keyboard aku pernah direndam dalam baldi. Anak buah kembar aku punya kerja.
Aku ingat lagi aku dengar bunyi air, aku lari ke bilik air, nampak keyboard tu dalam baldi. Budak dua orang tu tengah buat muka teruja. Seorang tengah bukak pili. Seorang lagi tengah pastikan keyboard tu tenggelam. Chip and Dale.
Mentang-mentang la kembar, ada partner in crime la kan. Aku jemur keyboard tu. Agak-agak sudah sejat, aku tekan kekunci. Lain macam bunyinya. Sumbang. Atau sebenarnya sumbang kerana aku memang tak pandai main.
Tapi aku tak marah pun. Budak-budak, curious. Buat eksperimen. Gelihati pula bila teringat.
Aku dulu pun suka buat eksperimen. Campur serbuk kapur dengan gam. Lepas tu ia jadi macam clay.
Bila dengar lagu Maksim, jari tak boleh duduk diam. Aku dulu play by ear saja. Perfect pitch. Telinga aku yang ajar jari aku main.
Argh.
Omar Sizzlo dulu minta aku tuliskan lirik. Sekarang dia dah femes pun aku tak submit apa-apa pada dia.
Aku nak belajar main muzik semula. Tapi masa belum mengizinkan.
Ya, situasi kewangan juga
.
[KISAH BIMBO YANG CERDIK]
August 15, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

3 suicidal thought(s):
main seruling sudah. murah pn murah. ekekeke :p
ok, aku suka Vivaldi juga. Hoh, Nigel Kennedy play Vivaldi best - dah pernah dengar?
tapi, aku suka juga dengar Mozart - Carmina Burana - jengjengjeng jengggg, dong! jengjengjeng jengggg, bong! bong! bong! bong!!!!
masa dgr lagu ni - rasa mcm dah join kultus ajaran sesat. HA HA
Bong! Bong!
Eh,i thought selama ni mmg ikut kultus.haha.
Post a Comment