August 02, 2010

Pinggul tak tipu (dan saya mula rasa ianya benar)

Hari esok, aku keluar stesyen atau nama saintifiknya ‘outstation’.


Untuk urusan di luar stesyen, bos besar menetapkan kita semua kena pakai baju korporat syarikat. Ya, baju korporat untuk nampak korporat dan serius.

Ini siriyes…

Kau taulah, muka bimbo macam aku ni tak pernah orang nak ambil serius.

Nasib baik baju korporat organisasi ini agak indah dan tidak nampak seperti dispatch atau pekerja kilang. Maka, aku suka.

Tapi masalahnya, aku cuma seorang pelajar latihan industri yang comel dan seksi. Siapalah aku untuk memiliki baju korporat syarikat. Ya, aku sedar siapa diri ini. Dah la kiut, baik hati pula.

Maka mentor aku di organisasi ini berusaha mencari kejayaan. Ya, kejayaan mendapatkan aku baju pinjam. Oleh itu kami bergerak dari kubikel ke kubikel mencari seorang gadis yang sama seksi dengan aku.

“Anis sama saiz dengan Neem kut.”
Tapi Anis pergi kursus. Kami pergi unit lain.


“Norin? Boleh pinjam baju korporat tak?”

Si Norin pandang aku atas bawah. “Kita punya saiz paling kecik.”

Kawan dia menyampuk “Bestnya saiz paling kecik…”

Mentor aku yakin. “Ha, boleh tak?”

Norin pandang pinggul aku. “Tak kut. Nanti sangkut kat sini.” Kata beliau sambil memegang pinggulnya sendiri. Mula-mula aku macam nak offended juga tapi tak jadi.


Baiklah. Aku faham maksud kamu. Ya. Saya sedar diri ini punya pinggul yang tak boleh tipu.

Maka kami ke kubikel satu lagi. Akhirnya dapatlah skim pinjaman baju korporat oleh Cik Tina. Saya lega.

Tapi aku tak tanya pun saiz apa. Biar esok bila dia bawak aku nak buat surprise pada diri sendiri.
Kalau saiz L memang aku nak puasa sebulan start minggu depan.

Heh

.

3 suicidal thought(s):

faheypairan said...

kenapa saya baca blog ni..
kenapa saya baca blog ini?
ke..napa saya bace..blog nii??
kenapa aa?

someone tell me why, why, whyyyy..

Sue Anna Joe said...

Shakira! Hot what pinggul seksi. Zaman P. Ramlee dulu kan dia buat shape badan macam woooosssh. Hehehe.

Anoneemus™ said...

Woooshhh..!!!