August 31, 2010

Serumpun: Lanskap, Grafik dan Senibina

Sudah 3 hari aku menatap gambar-gambar nahas jalanraya yang ngeri. Kepala hancur, otak bersepai, muka hancur, perut tergilis, usus bayi bersepai, leher bawah tayar lori dan sebagainya.


Keras juga hati aku rupa-rupanya.

Sudah siap 3 keping poster untuk kempen keselamatan.



Seronok sungguh kerja design ni. Sementara orang belum komen dan kritik.

***

Seorang lagi budak intern, Siti namanya. Tapi mari kita panggil dia Ahmad. Kerana Ahmad merupakan seorang yang girang sejak beliau tukar jurusan.

Ahmad seorang budak intern (latihan industri) dari bidang senireka grafik. Bos aku minta Ahmad ubah design pamplet. Design asal pamplet itu, bos yang buatkan. Bos minta aku kritik design Ahmad.

Aku request.

Masukkan gambar ni. Besarkan. Jangan besar sangat. Kasi blur sikit. Kurangkan saturation. Tambah kontra. Buang yang ni. Kurangkan opasiti.

Wah. Seronoknya bila bukan aku yang pegang tetikus. Seronoknya jadi client.

Seronok sungguh bila orang lain yang design untuk kita. Boleh komen dan kritik.

***

Aku mahu plot (cetak) poster aku. Aku ke jabatan yang ada mesin memplot.

Aku cakap pada budak pendraf, mahu print. Aku lihat stesen kerjanya. Ada lakaran. Ada diagram skematik. Ada stiker PAM. Aku tanya, dulu studi arkitekcer ke? Dia jawab ya. Diploma jer.

Dia heret folder berisi fail-fail poster aku dari tamdraiv aku ke dalam komputernya. Dia kata biar dia uruskan. Nanti dia telefon bila dah siap cetak.

Hari semalam, aku sibuk. Diskusi sana-sini.

Pukul 4.30, aku lihat di meja aku sudah ada poster yang siap dicetak, bergulung tidak, terbentang tidak. Aku buka gulungan itu. Ah, susah juga tiada drawing tube (atau nama penanya Bazooka).



Bos aku juga teruja lihat poster sudah siap. Kami sama-sama lihat.

Eh? Ada something yang lain.

Cis. Budak draughter tu edit aku punya design. Aku tak marah pun. Tapi… kenapa? Kenapa dia pandai-pandai edit padahal aku suruh print je. Tak beritahu pula.

Nampaknya bukan aku sorang yang suka buat graphic design tanpa disuruh.



Seronok sungguh bila orang lain yang print untuk kita. Tapi tak seronok pun kalau dia ubah design kita tanpa diberitahu

.

1 suicidal thought(s):

yaya. said...

Tapi tak seronok pun kalau dia ubah design kita tanpa diberitahu.

*saya setuju 100% yang ini sis.