Ada ustaz cakap, kalau kita tak redha dengan hukum Tuhan, rosak akidah. Ustaz tu cakap, kufur dan murtad kalau rasa hukum Tuhan itu menyusahkan.
Terutamanya perempuan.
Saya cuma mahu cakap, Ustaz, tugas Ustaz dan pendakwah lainnya untuk menjelaskan pada kami tentang hikmah dan kelebihan hukum-hukum tersebut. Buka hati kami, selami hati kami.
Bukan semua orang dilahirkan dengan jiwa suci murni. Bukan semua orang hatinya dicipta tidak begitu cinta dunia.
Macam selalu aku cakap, bukan semua orang ada pious soul.
Ahli keluarga nabi pun ada yang menyimpang.
Cara dakwah pun, biar kena dengan jiwa orang yang di receiving end. Kalau hati keras, mungkin cara keras tak kena. Mungkin dia akan jadi lebih keras.
Ada ustaz cakap, kalau kita tak redha dengan hukum Tuhan, rosak akidah. Ustaz tu cakap, kufur dan murtad kalau rasa hukum Tuhan menyusahkan.
Terutamanya perempuan.
Kalau macam tu ustaz tolonglah beri kami faham. Tolong jelaskan. Bukan sekadar itu haram. Itu tak boleh. Itu dosa. Masuk neraka.
Kalau kami benar-benar faham, insyaAllah kami tak rasa terpaksa. InsyaAllah kami redha dan ikhlas. Biar kami (dan yang lain) nampak lebih jelas akan keindahan agama.
Kami pun mahu rasa nikmat dan manisnya mengikut hukum.
Tak seronok pun taat perintah Tuhan kerana tak mahu dikeji nista hamba Tuhan.
Tak seronok pun buat benda tak ikhlas
.
[KISAH BIMBO YANG CERDIK]
