Nak buat onar, masa ada bos pun buat onar juga.
Cyberslacking, masa ada bos pun cyberslacking juga kan? kan?
Kalau macam ni aku pun nak balik juga lah. Kerana atmosphere-nya yang best.
Kepada semua yang pulang ke kampung dengan kenderaan sendiri, berhati-hati memandu ya.
Jangan gelojoh. Lambat takpa, janji sampai jugak dengan kereta sendiri. Jangan tiba dengan kereta jenazah.
Berhenti dan tidur bila penat.
Berhenti di tempat yang selamat saja. Kalau malam, pasang lampu. Kang kena seret dengan treler nak marah siapa.
Kalau kereta rosak, berhenti di lorong kecemasan tapi tak payah keluar kecuali untuk buka but dan letak segitiga kecemasan tu. Lepas tu duduk dalam kereta diam-diam tunggu peronda PLUS datang. Bahaya berdiri tepi jalan tu.
Dan, satu lagi, jangan memotong kenderaan berpelekat P pada selekoh. Kenapa?
Kerana orang yang tak cekap memandu mungkin tak pandai bajet nak pulas stereng. Tinggi risiko untuk dilanggar mereka. Mereka bukan pantas nak tengok side mirror pun. Blind spot lagi la kan.
Ya, ini berdasarkan pengalaman sendiri. Tergezut mak.
I know how it feels to have a family member returned as a cadaver. Please don't let your family go through the same
.


5 suicidal thought(s):
pesanan ringkas dan mampat.
peringatan yang bagus..utk saya juga...Esok bakal drive sengsorang 7 jam..kalo x jam..haha
terkesan tgk ads tu...esok akan drive blk trg..baek, sy janji xkan speeding..td br ade sorg kwn eksiden motor..br blk hosp amek die..thanx, neem..
Wow who's from Mont Kiara?
My pet dog is.. =)
Post a Comment