Dulu, di sekolah menengah, kawan aku Sya yang kecil molek berkata ‘cita-cita saya adalah nak jadi tinggi.’
Aku jawab ‘impian saya adalah nak jadi cantik.’
***
“Kesian dia tu. Muka cantik pun kena kerja.”
Ayat itu terpahat tanggam di memori kapasiti sederhana aku.
Kalau perempuan cantik, tak kerja pun tak apa eh?
Kalau tak cantik, kena kerja lah ya?
Don’t get me wrong, I’m not against pretty women. I love them.
Tapi kawan-kawan aku kerja arkitek dan doktor cantik-cantik je. Makcik aku yang cun kerja kat Maxis. Tapi tak tahu lah berapa lama lagi dia kerja, sebab dia dah kahwin dengan seorang jejaka Maxis yang kacak.
Bila fikir balik, betul juga tu. Nanti dicemuh masyarakat.
‘Sudah la tak cantik, tak menjana pertumbuhan ekonomi pula tu. Kerajaan dah buat macam-macam. Sekolah dah buat, masjid dah buat, dewan belia dah buat, Gerak Desa Wawasan dah buat. Apa lagi alasan tak undi BN?’.
Oh. Yang hujung tu kurang relevan.
Kalau perempuan cantik, orang kata Oh, patut lah tak kerja. (Nanti dapat kahwin dengan lelaki kaya. Macam Sari Yanti. Atau Julia Rais)
Mereka assume semua lelaki kaya rupalistik. Tak baik tau prejudis terhadap lelaki kaya. Kerana lelaki miskin pun rupalistik juga.
Kawan aku yang kerja di municipal council cakap di pejabatnya tak kira suami orang atau isteri orang, flirting dan caressing tak jadi hal punya. Menakutkan. Kawan aku yang kerja di ministry pun kata begitu, banyak affair di pejabat. Hinggakan dia cakap dia tak akan sanggup kahwin dengan lelaki di ministry itu.
Mungkin juga, kalau isteri cantik, suami tak mahu isteri jadi hot stuff/staff di pejabat. Atau jadi mangsa sexual harassment macam kawan-kawan aku di atas. Maka takpayah kerja. Duk rumah tulis blog je.
Itu sebagai contoh dan telahan saja lah. Persepsi aku. Bukan persepsi kau. Baca je, takyah bising. Ni blog aku. Bukan blog kau. Muahahahah.
Bak kata mak, Neem ni masa kecik dulu cita-cita dia nak jadi surirumahtangga.
Bila dah besar, aku ubah sikit jadi ‘surirumahtangga yang berkelulusan senibina lanskap dan kahwin dengan arkitek.’
Kalau korang ingat, dulu aku pernah kena kutuk dek seorang lelaki. Dia cakap muka macam aku ni biasanya bukan reti buat kerja pun, tau perabih duit ja. Berbekas di hati aku ayat tu. Nasib baik dia cakap aku cun.
Aku rasa sekarang ni cita-cita dah tukar lagi. Cita-cita aku nak adalah nak jadi perempuan cantik. Sebab perempuan cantik takyah kerja pun dimaafkan.
Atau, dalam ayat lain, aku perlu jadi cantik untuk mencapai cita-cita asal aku tadi.
I want a perfect body. I want a perfect soul - Radiohead
.
[KISAH BIMBO YANG CERDIK]
September 22, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

9 suicidal thought(s):
saya suka entri ini.
tapi selalu fikir kenapa perempuan kurang cantik selalu bertemu jodoh dengan lelaki kacak
and,
perempuan cantik with lelaki yang kurang cantik.
hebatkan kuasa Tuhan.
Alar..jgn la cakap camtu..Encik Stateskop hensem.
oh suka ini entry, Neem dah meluahkan semua perkara yang bersarang di fikiranku. Sepupuku cantik sangat, muda lagi baru anak 1, bercerai dengan hasben dia yang hensem tapi tak berapa banyak duit sangat. Ku dengar cerita cerai sbb hasben cemburu sepupuku ada affair dengan bos dia (tempat kerja di govt juga). Entah lah.
Aku tumpang gembira cite-cita kau tercapai. Well, salah satu :)
Lina.
Keje govt ye..hmm..
Dammit.
Yg mana 1 dah tercapai? jd surirumah? aku tak abeh blaja lg.
neem ada fb tak?teeheeeeeeeeee
Knapa?
Saya nak jadi cantik (eh, dah jadi!)dan kaya.
Baek..
Post a Comment