October 01, 2010

Makhluk sosial

Human beings are social creature, by nature.
No man is an island.


Itu apa yang mereka kata. Dulu aku sangka aku seorang yang sosial juga.

Tapi tidak. Aku reserved. Aku lambat hangat. Mungkin aku introvert. Dan aku tak minat mahu tambah kawan baru. Aku rasa kawan-kawan yang sudah ada pun aku tak terlayan. Ramai lagi yang aku ignore. Aku tak tanya khabar. Aku tak ucap selamat hari lahir. Aku tak pergi kenduri kahwin. Tak pergi bridal shower.

Ya, kalau istilah yang kau rasa tepat untuk menggambarkan itu adalah sombong, silakan. I rela. Ouwh.



Dan sekarang, amat ketara, aku tak ada hati mahu hadir aktiviti sosial anjuran manusia-manusia sosial di tempat aku intern ini.

Aku cuma hadir demi hidangan makanan. Itupun kerana di ghetto habitat aku ini amat kegersangan dari segi pilihan makanan halal. Asyik makan tomyam saja, naik cemuih juga.

Lagipun, aku jenis manusia yang suka menyendiri dan take my own sweet time to do my thang. You know, spend time on myself. Kalau aku sibuk bersosial, bila masa aku nak buat hal sendiri?
Baju yang aku basuh minggu lepas masih tak terlipat. Baju yang basuh minggu ini masih di ampaian tak terangkat. Baju yang dipakai minggu ini masih dalam bakul tak terbasuh.

Saat-saat begini semua pun rindu bibik, bukan?



Lagipun aku mahu jimat tenaga kerana akhir-akhir ini aku diganggu masalah kesihatan. Tak tahu apa tak kena. Tidur terganggu. Masalah penghadaman juga menakutkan. Sakit-sakit badan. Malas bangun pagi. Makan pun malas. Ok tipu. Sangat tipu kalau makan pun malas.

Eh malas bangun pagi tu masalah kesihatan ka? Kesihatan mental kut? OK, doktor cepat buat intervention.

Nak kena exorcise lagi habitat setinggan aku ni gamaknya. Penduduk asal habitat datang lagi mungkin. Katanya memang suka duduk situ. Entahlah. Jangan kau pun nak bersosial dengan aku, sudah. Aku bukan Melayu. (Jin kan suka kacau orang Melayu). Aku tak minat bersosial.

Tapi aku suka makan. Food brings people together.

Oleh itu, aku akan hadir ke jemputan open house minggu ini. Terutama yang ada roast lamb. Datang dengan Encik Stateskop, biar beliau yang beramah tamah. Aku cuma akan senyum, angguk, dan makan.



Roast lamb.

Oyeah baby. Come to mama

.

2 suicidal thought(s):

yaya. said...

Lecturer kata jadi extrovert lagi bagus sis. Hihi.

Dammit said...

"Food brings people together"

yeah sangat setuju! err.