Kronik depresi nya! Aku terus masuk bilik dan baring.
Cuba melenyapkan imejan (atau imej-imejan) yang meruntun jiwa itu. Tapi gagal. Aku cuba untuk lelap. Gagal juga. Kecewa. Aku pun memanjatkan satu doa baru.
.Tiga asterisk.
Semasuknya aku ke dalam kereta pagi tadi, aku melontarkan sepotong doa secara verbal.
Bukan doa naik kenderaan. Tapi aku berdoa ‘Tuhan, tolong lindungi rumah aku dari taik kucing untuk pagi ini.’ Aku doa kuat-kuat. Che Mun sengih je.
Waktu keluar dari pintu pagi itu, hidung aku dapat mengesan bahawa gejala lepak depan rumah aku kembali menular di kalangan kucing kejiranan. Tapi, ah, aku dah lambat. Kami dah lambat. Maka, aku tawakkal sajalah dan berazam untuk menyembur pendinding kucing tengahari nanti.
Ya, aku ada pendinding kucing. Cat and dog repellant. Tak sangka pencinta kucing macam aku akan memiliki sesuatu seperti itu. Pergi mampos.
Apabila aku berada di kejiranan ini, aku bukan lagi seorang pencinta kucing. Harap maklum. Pendinding itu, tidak murah juga. Hampir RM40 pengerasnya. Harus dia sembur setiap hari pula tu. Kesannnya cuma 24jam.
Dah sebulan aku guna benda alah pendinding tu dengan harapan kucing akan terclassical conditioned olehnya. Alah, macam anjing Pavlov meleleh air liur sebelum dihidangkan makanan.
Ya, power of association. Yang tu. Kau lihat gambar, kucing dan anjing tutup hidung.
Aku harap kucing akan associate rumah aku dengan bau repellant. Rumah kakak comel = bau repellant. Bau repellant = rumah kakak comel. So jangan lepak depan rumah kakak comel.
Tapi dia comel.
Ok.
Maka pagi tadi tak guna pendinding.
Tak sampai 5 jam kemudian. Aku dan Che Mun balik rumah.
Biasalah. Rumah belakang opis kut. Balik tidur, tengok TV, basuh baju, lunch bagi yang tak berpuasa.
Che Mun jalan dulu. Sampai depan pintu, dia cakap ada dua, Neem.
Doa pagi tadi tak dimakbulkan.
Aku nampak. Setompok. Di sana.
Apadia, Mun?
Ada dua.
Mana? Mana satu lagi.
Tu. Mun muncung arah kaki aku.
Aku tunduk. Ya Tuhan, aku dah lalu tadi. Nasib baik tak pijak.
Itu dia saksi kejadian. Mari kita soal siasat dia.
Che Mun berkata ala-ala Inspektor Aliza sambil menuding bibir ke arah seekor mahkluk berbulu yang melepak di depan rumah Makcik Kucing.
Itu gelaran nama manja kepada makcik rumah sebelah. Dia tak tau.
Aku toleh. Adakah itu saksi ataupun saspek, Puan?
Mungkin, kedua-duanya sekali. Mun jawab gaya Horatio sebelum kena tembak.
Aku pandang kucing tersebut. Beliau pandang aku juga. Aku picingkan mata.
Beliau follow suit. Buat-buat seksi.
Hoi. Kau, meh sini aku nak tanya.
Aku berkata kepada beliau.
Kucing tu buat derk je....
.


5 suicidal thought(s):
haha! ini best! eh horatio mati ka last-last? tetbe. hee.
cis betul kucing tersebut ..
get off tu tahan berapa lama ?
Aku baru atau ade repllent untuk kucing/anjing.
ubat spray kucing tu tak tahan lama sebab kena hujan.
Ada satu je yang effektif. Sebab dia macam pellets yang diletak dalam kotak so keluar smell 24/7. Tapi sekarng tk ada jumpa kat pet shop lagilah...
Ketat.
Hero bleh mati ka?
R.K.
Tak sampai sebulan pun.klu rajin spray,maybe 2 minggu je.
Dammit.
Tahniah.
Nopasir.
Duk bawah atap/porch tak kena hujan kut.
Post a Comment