Hai semua! Mari dekat, mari dekat.
Ok, jauh sikit. Soft focus. Korang busuk.
Apa kabar semua? Raya lagi ya?
Hang toksah merepek. Raya aidilfitri ni orang sambut sehari je. 1 Syawal. Raya aidiladha baru lah sambut 4 hari. Bukan sebulan pun, Jah. 4 hari je.
Eh melalut sudah kita hari ni. Hari ni kita nak buat apa?
Hari ni, kita nak kasi resipi baru.
Ha, maklumlah kita ni kan duk beraya duk makan lemang cicah rendang je ye, Jah. Dah naik boring dah. Tengok muka kau pun macam nasi himpit je gayenye. Nak pergi KFC, penuh pulak ya, kena beratur panjang. Laris sungguh KFC memandangkan kedai makan lain masih tutup. Tokey kedai makan yang jutawan senyap tu balik Lombok gamaknya ye, Jah.
Tapi, Jah...resipi yang kita nak kongsi ni bukan nak masak-masak. Ini ramuan penghalau kucing atau nama Scandinaviannya 'Combo Pendinding Kucing'.
Bahan-bahannya:
- Sebotol cuka makan
- Lada sulah (atau boleh guna chilli flake jika mahu)
- Sedozen botol air mineral
- 500 gram garam batu
- Sekampit ubat gegat (warna putih sahaja, jangan yang berupa macam candy)
- Sebotol cat repellent
Cara penyediaan:
- Tuangkan cuka makan di dalam botol spray. Boleh dicampur sedikit air untuk penjimatan namun akan mengurangkan kelikatan(power)nya. Semburkan pada kawasan yang ditandasi kucing, tumpukan pada kawasan yang terkena hujan. Jangan lupa define perimeter anda dengan cuka ini.
- Tanggalkan label pada semua botol air mineral. Isi air sehingga 3/4 penuh. Susun botol ini pada perimeter anda.
- Semburkan cat repellant pada kawasan yang tidak terkena hujan. Contoh, daun pintu rumah.
- Taburkan garam batu pada kawasan yang sering ditinjai kucing. Pastikan rata.
- Tabur juga serbuk lada sulah pada kawasan yang ditabur garam batu tadi.
- Akhir sekali, susunkan ubat gegat di kawasan perimeter tadi. Jarak radius ubat gegat bergantung pada jenis dan kekuatan bau ubat gegat. Pastikan ia tersorok dari pandangan.
Perhatian: Ubat gegat amat berbahaya kerana mungkin ditelan oleh kanak-kanak dan haiwan peliharaan. Ramuan ini sesuai untuk kawasan berlantai seperti di balkoni. Jangan guna di tempat yang tiada pengudaraan yang elok. Tidak sesuai untuk kawasan lanskap dan tanaman. Paling sesuai di kawasan perumahan kos rendah.
(Kalau perumahan kos tinggi tak timbul pula masalah kucing berak depan pintu seperti ini, dok gitu Jah?)
Kekerapan petua ini untuk diamalkan adalah bergantung pada tahap sensitiviti tuan kucing tersebut.
Jika petua ini berkesan, yakni tiada lagi tinja kucing di rumah anda sejak anda mengamalkan resipi ini, kemungkinan yang ada adalah seperti berikut:
1) Kucing tidak lagi gemar melepak di rumah anda kerana bau tidak enak. Lagipun sudah tidak berbau kawasan jajahannya lagi. Alhamdulillah.
2) Tuan kucing tersebut timbul rasa insaf setelah melihat betapa anda bertungkus lumus berusaha menjaga kediaman tanpa membunuh mahupun mencederakan kucing mereka. Lalu mereka mengambil inisiatif seperti melatih kucing mereka. Alhamdulillah.
3) Mungkin kucing-kucing tersebut habis mati akibat tertelan ubat gegat. Innalillah.
Sebenarnya ubat gegat, seperti juga racun rumpai, telah dicipta untuk berbau sebegitu stringent lagi pungent sebagai amaran yang ianya beracun.
Aku tak tahu lah tahap intelligence quotient kucing kat sini berapa, tapi kucing keluarga aku tak pernah pun nak makan ubat gegat atau benda-benda yang berbau sebegitu. Yang mati cuma lipas dan rumpai. Bukan kucing.
.Tiga asterisk.
Empat hari kemudian.
"Kucing makcik sakit. Makcik pun tak sihat. Makcik rumah sebelah ni pun tak berapa sihat sebab bau ubat gegat."
Habis makcik ingat saya ni sihat sangat ke duk hidu bau taik kucing makcik tu?
Kalau ada ibu mengandung boleh cacat janin tu tau tak?
.
[KISAH BIMBO YANG CERDIK]
September 13, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

3 suicidal thought(s):
Aik, dah ada isi ke? hehe..
Selamat hari raya, Neemo..
Issey miyaki ada la. Slmt hari raya, bleki.
betul.makcik xrasa apa yang kami rasa.(kami?) walopon penguni senyap,masih mampu menyerap bauan kurang enak dari kucing makcik itu.
Post a Comment