September 27, 2010

Tajuk karangan: Melihat babi di Desa Haras

“Babi!”


“Babi?”

“Ha’ah. Tu babi.”
(Sambil pulas stereng dan menghalau haiwan itu ke arah semak menggunakan kereta)

“Ye ke?”

“Ya!”

“Bukan anjing ke?”
(Muka konfius habis)

“Tak, babi.”
(Babi melompat-lompat sedang berkira-kira mahu lari atau tak)

“Apsal kaki dia kurus?”

“Sebab dia babi yang kurus. Cuba tengok leher dia tu.”
(Siap flash-flash high beam ke arah babi yang sedang stress)

“Oo..”

“Apsal warna dia cerah? Bukan babi hutan warna gelap ke?”

“….”

Encik Stateskop penat kot layan soalan-soalan aku.



Ya. Aku tau aku jakun nampak babi. Lagipun aku sangka babi liar berwarna hitam dan berbulu. Macam dalam filem The Lion King.

Tempat aku membesar takde babi. Tempat aku belajar pun, dekat kolej aku takde babi. Kolej sebelah ada. Ghetto setinggan habitat aku sekarang ni pun takde babi.



Tapi aku kasihan juga sama babi-babi tu. Habitat mereka pun dah makin kecil.

Aku saspek yang malam itu babi Bukit Antarabangsa. Sudah pindah ke belakang zoo. Untung-untung dapat masuk zoo, boleh makan free. Tak payah korek ubi kayu orang

.

3 suicidal thought(s):

o kambeng hitam o said...

mana ada babi mcm tu dah skrg. babi skrg semua ada rmbut dan berkaki dua dan pandai bercakap bahasa manusia.

eh. tu manusia ke?
silap plk.
mcm sama

aliaa said...

hahahahaha kt desa haras mmg byk babi kaki kurus..anak beranak die mmg berkampung kt situ..hehe

sastraboy said...

babi pun dijaga baik sekarang.

bayi je (segelintir)orang buang buang.

haha.