“Alamak, ada mesej la pulak!”
Begitu bunyi nada dering sms telefon bimbit Aini Maria yang maha mengjengkelkan sekalian makhluk bumi. Bengang juga Kamal Asri, tapi disabarkan saja mengenangkan perit jerih isterinya mengandung dan bersalin. Suami macam ni la kita nak, kan?
‘I blk lmbt sket.mebi after magrib.luv u.’
Haih. Lambat pula. Tapi lega juga. Aku takde lagi nama anak ni. Bisik hati Aini Maria.
Baby sedang tidur nyenyak. Kekenyangan. Kalau tak terlebih kenyang pun memang bayi tidur je. Dia bukan ada akaun Facebook™ untuk buang masa. Aini Maria bangkit. Kala duduk sakit bontot, kala baring sakit juga. Serba tak kena.
Terlupa untuk balas mesej teks Kamal Asri, Aini Maria duduk di sofa di hadapan televisyen, capai majalah. Kut-kut la kan jumpa pula nama yang menarik. Susah benar nak bagi nama anak lelaki ni. Nak buat macamana, ketiga-tiga anaknya semua ada kromosom Y. Hakikatnya sejak sebelum kahwin Aini Maria sudah ada idea untuk nama cahayamata, tapi semua nama anak perempuan. Darlina Hani, Amni Suraiya, Chinta Chanduri. (Ok, yang akhir tu tipu –pengarang)
Majalah MIDI kepunyaan ibunya dibelek-belek. Ah, nama semua nama tipikal. Tak Aini Maria lah kalau nama tipikal-tipikal ni. Tak glamour you know. Balik-balik nama Hafiz, balik-balik Khairul Anuar, paling tak tipikal pun Amirul Nazri. Majalah MIDI kut.
Majalah lain yang ada di rumah itu, CLEO dan EVO. Confirm lah tak membantu kan.
Internet? Sudah dicari di laman-laman web di internet. Kalau ada pun yang berkenan, pasti ada anak orang lain bernama begitu. Susah juga kahwin dengan anak bongsu ni. Nama-nama tak tipikal sudah terpahat pada surat beranak dan MyKid anak-anak saudara Kamal Asri yang dua belas orang itu.
Aini Maria sudah habis modal. Sudahnya Aini Maria menghabiskan masa membaca blog kegemarannya iaitu Hikayat Sepohon Azadirachta Indica Yang Mendiami Suicide Park.
Ntah apa kebendanya azahidrata tu pun Aini Maria tak tahu dan malas nak ambil tahu. Tipikal marhaen Melayu macam tu lah. Tak tahu tapi tak berusaha nak tahu. Sebut pun tak betul.
Dari blog kegemarannya itu, Aini Maria ‘melompat’ ke blog-blog lain pula, sehinggalah bayinya terjaga dan menangis.
Entah minta disusukan, entah minta ditemankan tidur.
Bersambung....
[KISAH BIMBO YANG CERDIK]
October 15, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

2 suicidal thought(s):
arghhhh!!!
Neta
"ketiga-tiga anaknya semua ada kromosom Y" boleh juga ditulis "ketiga-tiga anaknya semua ada sepasang kromosom Y" jika mahu maksudkan anak pompuan.
Post a Comment