Aini Maria binti Azizi Rahman termenung di atas katil. Beliau menggaru-garu perutnya yang sudah tidak besar namun belum kempis itu. Kulit perutnya menggelebeh. Tapi tiada stretch mark. Mungkin Aini Maria menggunakan Bio Oil. Tapi tetap, menggelebeh. Oleh kerana itulah Aini Maria memakai bengkung, seperti ibu-ibu dalam pantang yang lainnya. Oleh kerana itulah perutnya gatal-gatal. Oleh kerana itulah beliau menggaru-garu.
Tapi bukan itu yang dirisaukannya. Bukan itu yang dimenungkannya.
Aini Maria memusingkan torsonya ke kiri seraya memandang ke belakang. Sekujur tubuh kenit terbaring di situ, di atas katil yang sama Aini Maria duduki.
Baby.
Itulah panggilan terhadap makhluk kecil berjantina lelaki itu yang keluar dari anatomi beliau sendiri.
Sudah sebelas hari. Sebelas hari tanpa nama.
Emak Aini Maria (Puan Zamdurani) sudah bising dengan kadar decibel tinggi. Abahnya (kita panggil Uncle Zizi saja) pula nampak cool saja, tapi mungkin esok lusa bising juga. Mana boleh tahan bini je yang bising. Sudah sebelas hari, Aini Maria belum mencapai keputusan untuk memberi nama apakah pada anak ketiganya itu.
Ideanya sudah kering. Rancangnya untuk dua orang anak saja. Maklumlah perempuan urban, mana mahu anak ramai. Mahu anak pun kira mujurlah, itupun setelah ditazkirah Ustaz Kazim (dalam plot yang dicipta oleh suami Aini Maria). Tapi rezeki sudah ditentukan, Aini Maria disahkan hamil untuk kali ketiga.
Sebenarnya kali keempat. Tapi kali pertama dahulu, ‘tak menjadi’ kata orang. Atau bak kata OtakKapasitiRendah, sudah masuk gol tapi terkena tiang pula.
Suami Aini Maria, Kamal Asri bin Fahrin Ahmad sudah kembali bekerja sejak tiga hari lepas. Untung juga kedua ibubapa Aini Maria sudah bersara. Mereka bergegas ke Kuala Lumpur sejak mendapat tahu Aini Maria pecah ketuban. Sekarang merekalah yang membantu Aini Maria menguruskan rumah, anak pertama dan kedua serta bayi kecil itu.
Baby.
Itu sajalah panggilan buatnya. Setakat ini.
Aini Maria mengeluh kesah. Usap-usap abdomen yang masih gatal. Jam menghampiri jam 5. Kamal Asri yang bekerja sebagai Polis Marin di bawah naungan Ashraf Muslim akan pulang tidak lama lagi, Tuan.
Aini Maria sudah berjanji dengan Kamal Asri akan mencapai keputusan muktamad agar nama Baby boleh didaftarkan esok hari. Aini Maria mencebik. Kamal Asri menyerahkan mandat memberi nama anak bulat-bulat pada Aini Maria. Setiap hari Kamal Asri mendesak Aini Maria supaya segera memberi nama tapi beliau sendiri sedikit pun tak membantu.
Eyh dia ni nak lempang kang derhaka pulak. Bisik Aini Maria dalam hati.
Bersambung…
[KISAH BIMBO YANG CERDIK]
October 11, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 suicidal thought(s):
uih, bercerpen cerpon!
teruskan!
Post a Comment