October 23, 2010

Canggih (KRU)


Setelah bersusah payah sehinggakan jarum peniti di selendangnya tertanggal, Siti Aisyah pun berjaya membuka pintu makmal itu.

Aku masuk, disusuli penyelia aku.

“Aisyah” aku seru. “Tu pin tudung tercabut.”

Aisyah betulkan selendang sambil berkata “Maaflah, makmal ni agak berhabuk sebab jarang sangat guna.”

Aku dan penyelia angguk faham. Makmal di pejabat kami yang selalu digunakan pun berhabuk juga.



Ada macam-macam instrument/equipment di makmal Gerantologi itu. Ada juga yang aku tahu, iaitu alat penimbang berat badan. Tapi alat tu tak boleh pakai, sebab readingnya 52kg bila aku naik.

Ada satu equipment tu rupanya macam treadmill. Aku mula-mula ingat nak ‘panjat’ juga, tengok apa fungsinya tapi aku ni manusia yang berpandangan jauh orangnya. Aku fikir, kurang manis kerana aku bawa nama fakulti dan organisasi placement ni. Maka aku batalkan niat curiousity itu.

Ye, paras rupanya macam treadmill. Nampak sungguh canggih. Aku kagum. Agaknya apa mesin ni boleh buat ya. Mungkin boleh ukur keseimbangan badan, ataupun scan komposisi badan subjek. Aku tak boleh nak fikir lebih dari itu, ilmu tak cukup.

Dengan jakunnya aku bertanya

“Ni apa benda ni?”

Dengan selamba Siti Aisyah jawab,

“Ini treadmill.”



Owh. Oqeh

.

3 suicidal thought(s):

sastraboy said...

kadang kadang, fikir yang simple sudah. haha.

dalamdalam said...

Cherina (KRU)

Gee Carmen said...

owh.
tak ada rupa mcm treadmill ye?
patutlah :(