October 03, 2010

[Enam jahanam] Sejarah dunia dan video Dunia Akhir Zaman

Membaca kupasan video Dunia Akhir Zaman oleh para penulis, blogger dan ulama’, ia mengingatkan pada diri aku sendiri pada zaman sekolah.


Pertama,

Aku memang sejak dulu tak percaya 100% pada apa yang aku belajar dalam kelas. Bukan setakat matapelajaran Sejarah, malah kadangkala subjek Agama Islam pun aku tak ambil seratus persen. Ustaz ustazah pun belajar dengan manusia juga. Kadangkala mereka juga terpengaruh dengan rigidnya Islam di Malaysia ini. Contohnya perkara yang membatalkan puasa, tentang haid. Di kalangan ulama’ juga ada khilaf pendapat.

Baca buku teks sejarah itu aku umpamakan seperti membaca Utusan Meloya, atau menonton Buletin Utama. Yang kau baca, kau dengar itu, perspektif mereka. Bukan dari Tuhan, bukan dari Nabi. Bukan the ultimate truth. Hatta sudah rujuk ayat Quran pun kalau ditafsirkan salah, maka salah juga jadinya. Kebenaran hanya Tuhan yang tahu.



Kedua,

Dahulu di sekolah rendah aku pernah persoalkan. Kenapa kisah-kisah nabi menunjukkan kehidupan mereka seperti kita juga, memasak, berdiskusi, menjahit, mengajar dan belajar, ke masjid, bercukur, mengembara, berpindah?
Tidak seperti apa yang ditonjolkan dalam bingkisan sejarah yang melibatkan zaman batu. Bercakap pun tak reti, jalan membongkok, tak potong rambut.

Waktu itu, tiada yang mahu menjelaskan pada aku dengan terperinci memandangkan usia aku. Yelah budak kecik, siapa nak layan soalan macam tu. Macam waktu aku tanya apa itu kondom.

Back to the story, ada juga yang jawab. Aku pun ingat-ingat lupa. Yang aku ingat, ada orang jawab pada aku, tamadun itu tidak sampai ke seluruh dunia. Ada tempat bertamadun, ada yang tidak. Aku yakin yang bertamadun itu sudah pasti di kawasan-kawasan adanya nabi dan ajaran Islam.

Oh ya, ustaz pernah cakap, di zaman Nabi sudah bina masjid, entah-entah orang putih masih mandi setahun sekali je. Mungkin juga, kan? Dalam satu negara pun, ada tempat sudah ada monorel, ada UYA, tapi ada juga tempat yang bekalan air paip pun tiada. Bau asphalt pun mereka tak pernah cium. Tak mengapa, lagi penting dapat cium bau syurga.



Ketiga,

Sebulan lalu, aku pernah bertanya, kenapa lelaki ada nipple walaupun tak keluarkan susu? (aku harapkan jawapan berbentuk biologi)

Jawab orang yang berada dengan aku ketika itu, zaman dulu dinosor suka makan perempuan. Maka mereka lukis nipple pada lelaki juga supaya dinosor keliru.

Bajet habis gentlemen ah lelaki zaman tu kan? Aku ketawa. Sebentar. Kembali siriyes.

Dan aku tanya lagi, zaman dinosor tu zaman nabi apa? Kenapa dalam kisah nabi tak ada pasal dinosor?

Kemudian aku teringat gambar yang aku dapat dalam email. Kau pernah lihat gambar-gambar ni?





Aku rasa zaman dulu dinosor tak makan manusia. Kalau manusia pun sebesar ni, dinosor bukanlah haiwan gergasi sebenarnya. Aku rasa dinosor tu macam koyote je kut eh dulu? Kalau yang kecik-kecik tu mungkin manusia ternak. Macam cool je eh kalau kat opis dia ada sijil dalam frame; Sijil Kursus Penternakan Dinosor Moden.



Keempat,

Orang Melayu ni ramai yang malas membaca. Asal Darwin je, tolak. Asal teori evolusi je, beruk. Lepas tu tak nak kaji dahulu. Kalau malas membaca je, takpe. Ni malas nak fikir pula.

Teori evolusi bukan hanya berkisar mengenai manusia keturunan beruk, okeh? Banyak lagi point-point dalam Survival of the Fittest yang boleh digunapakai. Tentang kelangsungan hidup, pembiakan manusia. Benda-benda yang tidak bercanggah dengan Islam. Benda-benda yang buat kau terfikir kebesaran Tuhan.



Kelima,

Apa-apa kau baca, kau tonton, kau dengar; fikir. Tapi tak perlulah fikir terlebih fikir sampai syak wasangka yang bukan-bukan. Kadang-kadang, orang lain tak sebijak yang kita sangka. Orang genius je yang boleh buat konspirasi besar-besaran.

Most of the time, benda-benda yang simbolik pada kita, tak simbolik pun pada orang lain, tak membawa erti apa-apa. Terutama bila melibatkan seni.
Macam bulan dan bintang. Orang agama lain pun, kalau mahu menggambarkan suasana malam, dilukis bulan dan bintang juga.
Macam kubah dan minaret. Untuk tujuan akustik, bangunan agama lain pun boleh dibina kubah juga. Ada minaret juga.

Most of the time, simbol dan gesture tak melambangkan apa-apa pun.



Keenam,

Apa-apa kau baca, kau tonton, kau dengar; fikir. Analyze, synthesize. Jangan main percaya je. Jangan main tolak je.

Dan sejarah tak semestinya fakta. Kau baca sejarah politik Malaysia pun kau boleh tahu.



Ada akal, guna

.

9 suicidal thought(s):

faheypairan said...

wah wah wah! :)

sastraboy said...

gua faking like entri yang ini!

Pakcik Luar Otak said...

Once again, excellent job.

Pakcik Luar Otak said...

Once again, excellent job.

Kema Azeman said...

i'd like to share something. pd zaman keagungan islam, org2 eropah mmg tak mandi sbb mereka percaya air tu pembawa kuman jd kl mandi dgn air diorg akn rs jijik. minuman diorg hanyalah jus dan alkohol, mmg tak minum air masak. diorg sapu lemak haiwan pd bdn mereka sbb mereka pcaya kl buat camtu, kuman akan mati. dsbbkan diorg sapu lemak tu, badan diorg mmg berbau busuk yg teramatlah tp diorg kire tu bersih. sbb tu ad black death n plague. dan sy setuju bhw tamadun tidak merebak ke seluruh tmpt. malaysia adalah salah 1 contoh dimn tamadun lambat sampai. pd waktu tamadun sampai ke malaysia, eropah dah ade train n electrical bus and roller coster dah pon.

sy peminat sejarah dan ilmu sy cetek. bile dah tgk vid akhir zmn tu br ni sy rs tertipu. dan sy mula melihat dunia dr persepsi yg amat2 berbeza. the world MIGHT not be as it seemed to be. tp like u said, kdg2 benda yg kt tgk/dgr/blaja tu kdg2 tak boleh terima bulat2. sbb smua tu akan mnimbulkan syak wasangka yg over the top.

Matematis Muda said...

baru je borak dengan dammit malam semalam pasal benda macam ni. but it was related more to the history of math.
u know, i once wondered, kenapa sejarah yang kita belajar tak pernah relatekan dengan islam punya sejarah. i meant, even budak sekolah agama, diorg ambil sabjek sirah nabawi (sejarah nabi), sejarah tamadun dunia, dan sejarah malaysia. tapi diorang belajar macam tu je. kenapa tiada yang relatekan waktu zaman nabi muhammad muncul, malaysia begini begini begini. waktu khalifah ini, begini. siapa yang perintah tanah arab waktu islam mula mula sampai malaysia. zaman bila? zaman bawah jajahan portugis kah? belanda kah?

sorry tak sengaja ter panjang huhu

amirnazrin said...

beratus2 tahun dulu lagi setiap ayat2 Quran mereka kaji, untuk cari jalan menyesatkan umat islam.setiap ayat,ada team yang mengkaji dan ada team untuk melaksanakan proses menyesatkan.contohnya keluarga rothschild,ditugaskan untuk mencemarkan darah umat islam dengan unsur-unsur riba.mereka tubuhkan federal reserve, dan seluruh dunia ikut.

berudu said...

Apa la tak de yang jawab soaln pasal kondom tu..

hah kondom tu apa guna nya?

Untuk tangkap berudu la jawapnya..
hehe.

Luar Otak.. puji sekali cukup la..
kalau ia pun

suez said...

saje nak cite.

mase tu kelas agama, tengah baca tafsir quran, aku tak ingat ayat mana, tapi macam lebih kurang gini la "Wahai umat muhammad, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu." <-ini contoh je tau. aku tak ingat ayat apa mase tu.

pastu aku tanya satu soalan kat ustazah: "ustazah, umat muhammad tu semua lelaki saje ke?" pastu ustazah tu marah aku "abis tu awak tu umat siapa?".

aku masih kecewa sbb ustazah tu tetibe marah aku sedangkan aku nakkan explanation dan jawapan yg dapat memuaskan ati aku.

oh ye, smpi skrg pun aku masih belum jumpa jawapan. kalau ada sesape boleh terangkan, silekan. tq.