Seni boleh buat otak berkembang dan aktif. Bila otak berkembang dan aktif, ia boleh serap lebih banyak maklumat, dan seterusnya guna maklumat yang ada untuk mewujudkan maklumat baru. Kalau bekerja dalam bidang sains pun kena kreatif juga,barulah innovatif. Cara nak kreatif kena berseni. And the cycle goes on and on.
Lagi bukti seni itu elok ialah jika kita kaji sejarah, ilmuan Islam pun merupakan karyawan seni juga. Jika tidak, masakan tokoh Islam juga ada yang merupakan tokoh muzik dan seni visual? Mereka juga pakar sastera, dan penyair agung.
Aku rasa orang Melayu dulu-dulu silap faham tentang seni. Mungkin mereka cuma nampak seni ini adalah anasir jahat yang dibawa oleh orang kafir untuk meruntuhkan pegangan Islam. Mereka cuma nampak ukiran patung bogel, lukisan dewa dewi dan muzik Black Metal. Pemikiran begini lah yang buat habis keturunan berfikiran kolot sampai zaman sekarang.
Satu lagi pemikiran sempit, asal pendidikan seni aja, kena melukis. Tak pemandangan di waktu senja, lukisan bertajuk ‘rumah saya’. Pemandangan pula, mesti sawah padi ataupun di tepi pantai. Tak ada pemandangan dalam Gua Niah ke? Patutnya zaman sekarang ni pemandangan dari tingkap Kinokuniya KLCC pula.
Sebab tu aku suka kalau kawan-kawan aku jadi guru seni. Barulah kreatif sikit, sebab dapat guru dari bidang rekabentuk (instead of dari bidang Sejarah atau BM). Aku dulu pun paling kreatif pun buat mozek. Papier mache pun tak de. Patutnya pendidikan seni boleh merangkumi teknik-teknik mewarna menggunakan pelbagai media, packaging design, sculpture, komunikasi grafik, sketching, anyaman, origami, patchwork etc.
Pendidikan muzik pula patut seimbangkan antara aktiviti menyanyi dan belajar bermain instrument. Bukannya main nyanyi saja tak ada unsur seni langsung.
Skrg kalau kita lihat, dlm dunia ni bangsa Yahudi paling bijak.Ini berkaitan dgn didikan semasa kecil. Selain jaga pemakanan orang Yahudi juga hantar anak belajar muzik untuk aktifkan sel-sel otak.
Orang kita? Dah lah makan tak jaga. Lepas tu tak kasi anak belajar seni. Anak nak melukis, suruh baca buku. Anak nak main piano, suruh baca buku.
Aku tak kata baca buku tak elok. Baca buku tu bagus, tapi kalau jenis macam ni, baca buku pun tak variety. Buku tentang seni, diharamkan. Macam di sekolah rendah, guru pendidikan seni dan muzik biasanya guru BM dan Sejarah, kerana itu silibusnya tipikal saja dan jarang masuk kelas.
Samalah macam pendidikan jasmani. Lari keliling padang. Yang perempuan main bola jaring. Yang lelaki main bola sepak. Kalau sekolah agama lagi terabai subjek ni. Silap-silap period subjek PJK ni, cikgu matematik yang masuk (dan mengajar matematik).
Mungkin ramai sebenarnya yang berbakat dalam seni, tapi kalau tak diberi peluang dan dicungkil, sia-sia saja. Nak harapkan ibubapa, hanya yang kayaraya saja mampu hantar anak ke kelas muzik atau seni di luar waktu sekolah. Bukan semua orang dapat bonus setiap tahun.
Memang bukan semua orang minat seni, tapi kalau ada pun student yang memang benci seni by nature, bukannya torture sangat pun dalam kelas seni. Well, bukan semua orang minat sejarah, tapi kena belajar juga kan? Bukan semua orang minat matematik. Bukan semua orang minat Bahasa Malaysia.
Kalau kita negara merdeka dan demokrasi, sepatutnya kita kenal diri kita, potensi dan minat kita sejak kecil. Bukannya diuli dibentuk oleh sistem pendidikan.
Sistem pendidikan negara kita memang berniat mahu lahirkan nerd dan geek agaknya. Baca buku sahaja. Jawab exam pun ambil apa yang dalam buku saja. Tak payah fikir. Cedok saja. Tak perlu belajar seni-seni ni, susah sebab abstrak. Susah sebab kena perah otak nak berkarya, nak jadi kreatif. Belajar apa yang terang-terang ada dalam buku kan senang, hafal je.
Sampai masuk universiti pun macam tu lah. Belajar sebab nak jawab exam. Tak minat pun course tu, tapi dah dapat surat tawaran pulun je lah. Lepas grad tak nak pergi bidang lain dah, sebab, mana boleh? Dah aku belajar bidang A, aku kena kerja A lah walaupun tak minat. Sebab dalam buku tulis macam tu.
Dah kerja pun ikut buku lagi. Kenapa buat macam ni? Dah saya belajar dulu, dalam buku teks saya tulis macam ni. Macam ni lah saya kena buat. Kalau tak ada dalam buku saya tak reti buat.
Ya, macam thesis aku. Apasal fakulti pentingkan sangat format dan birokrasi dan segala proses bagai. Sampai student lambat grad. Sebab banyak sangat proses nak siapkan thesis. Sebab dah dalam buku panduan cakap macam tu, kena ikut lah. Tak boleh nak kreatif langsung. Dan student tak boleh lebih bagus daripada pensyarah.
Ya, dari inilah akibat menolak seni secara total. Tak boleh think out of the box. Ikut buku saja. Bukankah buku itu manusia juga yang tulis?
Kalaulah pendidikan seni dan muzik dihapuskan di sekolah, makin ramailah golongan nerd lurus bendul di negara kita ni.
Ini melibatkan generasi akan datang. Setiap anak, permata negara. Walaupun aku tak layak kerja di tadika kerana aku bukan seorang yang penyabar dengan kanak-kanak (amazingly aku penyabar dengan lelaki), tapi aku cakna.
Aku rasa aku kena duduk semeja dengan ‘First Lady’ (Malaysians-are-proud-of-you) kita iaitu Aunty Rosmah dan berbincang hal ini.
.
[KISAH BIMBO YANG CERDIK]
October 28, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

4 suicidal thought(s):
How apt!! saya setuju. dulu ayah saya cukup marah bila saya cakap nak ambil bidang fine arts, katanya x kemana. lebih teruk, ayah saya cakap "ada kau nampak artis pakai bmw?"
hehehe..
cikgu art di sini.
kesimpulannya, malaysia memang unik.
saya siap buat kelas tambahan untuk art. he he he
Sebelum rebah kota marudu
biar saya pertahan dahulu
kalau sudah dikata rindu
disebut nama begetar qalbu
amacam? seni tak?? hak hak..
=)..Art Is Life..Saya bangga saya bekas budak fakulti AD UiTM..keh keh keh
Post a Comment