November 16, 2010

The oldest profession

Tiap-tiap malam kita tengok Buletin Utama
mesti ada pelacur kena tangkap angkut naik lori

Lebih-lebih lagi kalau pelacur tu warganegara asing.

Tapi mana ada berita bapak ayam kena tangkap?
ataupun pelanggan rumah pelacuran kena tangkap?

Kau nampak tak diskriminasi di sini?

Pelacur kena tangkap, tak selesai masalah pun. Bapak ayam tu kaya raya boleh ambil yang lain pula.
Walhal pelacur tu bukan nak sangat jadi pelacur, sebahagian besarnya kena tipu dan dijual sebagai pelacur.

Yang melanggan pula macam tak buat salah je.

Kenapa pelacur selalu dianggap hina, walaupun oleh pelanggan dan majikan mereka sendiri?
Bukankah kalau mereka hina, majikan dan pelanggan turut sama hina?

At least melacur itu untuk kelangsungan hidup. Atau terpaksa nanti dibelasah majikan.
Habis yang berzina siang malam tak dapat satu sen pun itu? yang melanggan sanggup bayar beribu-ribu satu round? Mulia sangat kah?

Hanya kerana pelacur itu perempuan, dia lebih hina daripada lelaki yang melanggan?

Sigh
.

12 suicidal thought(s):

sastraboy said...

dorang buat nak lengkapkan jadual dan untuk penuhi slot 'konon bagus' tivi kot?

haih.

weed something out said...

sangat setuju, yang tangkap kalau pegawai perempuan muka ketat gila.. like..wth?

selalu highlight kan yang perempuan saja..kameraman pulak mesti nak fokus dekat-dekat.. ada yang menangis nangis pelacur perempuan tu..

agak kurang dengar berita, BAPA AYAM DITANGKAP!! SUDAH AKTIF SELAMA 20 TAHUN, atau PELANGGAN PELACUR MENGAKU KERAP KE PUSAT PELACURAN..

anyway, saya setuju dengan entri di atas!! kesian pelacur yang tak ada pilihan kena paksa.. nak lari takut kena 'balasan'..

Db Cooper said...

2 hanya trick media nak hangat kan berita je,

by t way, gua sokong entry nie, keep it up

vovin said...

saya kenal dengan few 'pelacur'. Despite their profession, saya pandang highly pada mereka compared sesetengah yang bukan pelacur.

Salah seorang dari mereka saya sering berhubung bertanya khabar dan bercerita apa saja.

Dia sekarang dah tak kerja situ dan jadi tourist guide.

berkenalan dengan pelacur membuka perspektif pandangan baru buat saya.

Interesting.

Lucius Maximus said...

Kalau kita ada perabot lama, langsir lama, permaidani lama di rumah, bila sudah digunakan untuk satu tempoh masa tertentu mesti mahu tukar baru bukan? Kena lagi musim perayaan semakin hampir.

Begitu juga kereta, kalau sudah guna lama dan barai, perlu tuakr kereta baru.

Kenapa ayam ditangkap tapi tidak bapa ayamnya?

Sebab bapa ayam mahu tukar dengan ayam yang baru.

Anonymous said...

word.

afterc said...

lucius: mungkin taktik bapa ayam yg anda huraikan itu boleh diserapkan ke dalam pasukan chelsea yang baru kalah berturut-turut itu..kahkahkah..

Anoneemus™ said...

Lucius memang pakar dalam membuat kronologi.

mauamoicntik said...

kronologi? Saya rasa yg di maksudkan ana logi...

Pemberita tv3 gila seks...polis pun cari kerja seronok tangkap perempuan cantik.

Masyarakat sibuk pecah rumah, peragut , perempuan muda juga yang dia orang cari. Terlampau ramai polis agaknya boleh berpuluh-puluh cari perempuan.

Imigresen patut disalahkan.

Anoneemus™ said...

Tak. serius kronologi.
Lucius understands well.

Solusi said...

Tidak ada kesalahan melacur sebenarnya dalam undang2 kita.

Perempuan2 Cina ini akan dikenakan tindakan kesalahan imigresen. LAmbat balik negeri umpamanya.

Pertama sebab susah nak buktikan pelacuran. Lagipun menjual tubuh adalah hak perempuan. Definisinya agak am.

Sampai bila kita nak polis kita asyik tangkap perempuan2 cantik dan muda ni?

Lelaki2 Malaysia mampu dan dahagakan perempuan cantik. Mana nak dapat main dengan perempuan muda dan cantik kalau dah tua.

Takan nak biar dunia berlalu menunggu mati saja.

Lainlah kalau anda gay maka anda boleh cari lelaki cun tanpa di ganggu oleh jabatan ugama.

Kalau ada duit sikit boleh bawa partner anda main di Bangkok atau Singapore atau Hongkong.

Apakah penyelesaiannya. Legalise brothel atau red light district.
Tak payah upah beratus polis buat tangkap perempuan muda dan cantik.

Keselamatan perempuan dan pelanggan boleh lebih terjamin dan pemeriksaan perubatan.

Sudah tiba masanya melayu tak jadi hipokrit.

Kita lelaki Malaysia semua mahu perempuan yang cantik2 ye ye ye!!!!!

suez said...

pastu kalau ada berita tangkapan kat mana2, mesti nak cakap macam "15 orang termasuk 2 wanita ditahan kerana memiliki ganja". kenapa kene mention yg sikit 2 orang tu hah?
ok mungkin aku agak over.