Pada pendapatan saya yang kurang dari RM20,000 sebulan ini, iklan itu agak kurang ajar dan mengajar kita menjadi kurang ajar.
Tujuan iklan itu adalah untuk menggalakkan penggunaan BM sebagai bahasa kebangsaan di kalangan semua umat Malaysia tanpa mengira kelebatan bulu roma di lengan.
Sempena konsep 1Malaysia.
1Malaysia, 1Bahasa.
Tapi konsep 1Malaysia juga menekankan tentang budi bahasa.
Kalau kau ingat lagu yang dulu dok ulang-ulang kat televisyen sampai terpahat di memori jangka panjang, ayat terakhirnya 'Budi bahasa budaya kita...'
Oh, lagu tu sendiri pun dinyanyikan dalam berbilang bahasa, bukan?
Ironinya, kalau kita ignore orang yang bertanya pada kita semata-mata kerana orang tu tak cakap BM (sedangkan kau faham je bahasa yang dipertuturkan olehnya itu) itu tandanya kita tidak berbudi bahasa. Atau dalam bahasa lembutnya, kurang ajar gemuk!
Kesimpulannya, iklan kempen bahasa kebangsaan ni secara 'live' merupakan kontradiksi kepada aspek berbudi bahasa dalam konsep 1Malaysia.
Aku pun selalu juga bertanya dalam bahasa Inggeris, dan nasib baik aku tak pernah dibiadapkan seperti itu.
Oh, tapi aku pernah dibiadapkan juga di sebuah negeri di semenanjung hanya kerana aku tak berdialek tempatan. Orang tu cakap "Saya tak paham lah orang cakap KL ni." Memang rasa phallat habis la kan.
Kalau yang skipping London tu orang tua pun kau nak ignore ke?
Dan, aku juga bangga Anna tulis point yang aku juga pernah tulis sini; latih anak berbahasa Inggeris sejak kecil. Jangan risau, di luar rumah tu ramai yang boleh ajar dia BM. Ataupun, ibu cakap English, ayah cakap BM. So dapat both.
Alah, kawan-kawan aku yang terer gila English pun, dapat A1 juga dalam BM.
Kawan kau yang terer BM tu semua dapat English A1 ke?
Satu lagi point aku nak tambah, kau kena open pada teguran. Macam aku, aku suka kalau orang betulkan English aku. Kalau ada commenter yang betulkan dalam blog ni, aku akan ketawa dan berterima kasih. Rasa seronok belajar benda baru. Bila orang betulkan, kau lebih ingat.
Ni masalah utama yang melanda ada satu suku kaum tu kat Malaysia. Kaum apa ntah aku pun macam lupa dah. Tapi menurut lagenda, kaum ni memang pantang ditegur kesalahan. Kalau kita betulkan, mereka fikir
"Kerek gila minah ni betulkan
Haha 'pronounciation'. Dah salah nak marah orang pulak dengan menambah kesalahan lagi.
Kalau ada orang kaum ni yang selalu cakap English, mereka akan dipandang serong. Patutnya belajarlah dengan beliau, ye dok?
Menurut lagenda lagi, kaum ini kalau tak tahu, malu pula bertanya. Takut nampak bodoh. Dulu-dulu kaum ni diperintah raja yang dipanggil sultan. Sekarang ni tak taulah apa fungsi raja bagi kaum tu. Sebab raja pun pantang ditegur, sama macam rakyat juga.
So korang jangan la jadi macam suku kaum ni. Memang tak maju lah kalau macam tu sebab orang lain belajar bahasa kita, tapi kita tak tahu bahasa orang.
Korang beritahu semua orang yang kau mahu improve English, dan tak kisah ditegur/betulkan kesalahan.
Dan terimalah teguran itu demi masa depan, demi kemajuan diri sendiri
.

6 suicidal thought(s):
haha. you got that right. thanks neem.
bersetuju! :)
sangat setuju. kalau tak belajar sampai bile bongok kan.
org skrang kutuk org cakap omputih, tapi bile time diorg kene cakap omputih ngan foreigner, baru tau langit tinggi rendah.
at least bile org buat lawak omputih kite bley la gelak. kalau bodoh english tak ke lost.
kan kan kan
maybe org tu tak paham english.
lepas tu attitude org yg bertanya tu pon cm kerek melampau gak. senang cite....iklan tu derang nk tekankan tentang 1Bahasa sampai lupa budi bahasa
(^___^)
Setuju part open utk terima teguran. Siriyesli, BM saya agak tunggang langgang. Dan saya jenis lebih suka guna English. Bertuahnya saya dpt teman lelaki yang terer bahasa Melayu dan selalu betulkan saya. Dan saya selalu betulkan English dia. Kadang2 gelak je bila kena tegur tapi kena selalu take note. ;)
iklan apa ni?? (saya duduk dalam botol kayu...lama tak layan iklan)
Post a Comment