November 02, 2010

Trankuiliti Damansara (‘Kronologi Pisang’, bak kata Tanpa Nama)

Osman Kabilah: Awak mandi pada 26 Oktober?

Semful: Saya mandi pagi.

Osman Kabilah: Kenapa awak tak mandi petang?

Semful: Sebab sejuk. Petang tu hujan. Saya sejuk.

Osman Kabilah: Ada awak mandi serta cuci 'anus' selepas kejadian?

Semful: Saya bilas (rinse).

Osman Kabilah: Kenapa tak cuci?

Semful: Saya mahu simpan bukti.

Osman Kabilah: Jadi awak tak mandi junub lah ye?

Semful: Jangan ugut saya.

Osman Kabilah: Awak berhadas besar selama 2 hari?

Semful: Saya tak boleh confirmkan seratus peratus.

Osman Kabilah: Kenapa tak buat lapuran polis masa 26 haribulan?

Semful: Tidak.

Osman Kabilah: Saya tanya kenapa, bukan adakah. Awak ni kena liwat di telinga kah?

Peguam Semful: Bantahan, Yang Arif.

Hakim: Diterima.

Osman Kabilah: 27 haribulan, kenapa tak 'lodge report'?

Semful: Saya takut ia akan 'affect' masa depan saya.

Osman Kabilah: Tapi awak ‘lodge report’ juga pada 28 haribulan? Atas nasihat siapa?

Semful: Tiada.

Osman Kabilah: Kenapa awak report juga walaupun ia akan ‘affect’ masa depan awak?

Semful: Saya sakit perut. Tak tahan.



Peguam Semful minta sesi ditangguhkan kerana klientnya tertekan dan dibimbangi hilang kewarasan (setelah kehilangan maruah).



Semful terus pulang ke kediamannya sebaik selesai sesi perbicaraan. Beliau baring di atas katil sambil membelek penyata akaun CIMB yang baru dikemaskini semalam.

Semful pejam mata dan senyum. Segala tekanan perasaan yang dirasainya di kandang saksi tadi hilang.



Mungkin inilah yang dikatakan Trankuiliti Damansara

.

12 suicidal thought(s):

ochs widdle said...

Like this.

tapi osman kabilah tu bukan suami tak jadi cik chenta ke?huhu

weed something out said...

genius. saya suka.

mungkin semful belek2 sambil terbayang awek awek di europe

otak ketat said...

kah kah kah! hilang waras dgn maruah xpe lg. jgn hilang akaun CIMB. heh.

afterc said...

lols..rupanya semful kena liwat kat telinga..ekeeekeke

ken said...

10 bintang utk artikel ini....kudos...

farizzet said...

osman kabilah dah mati la. semful tu salah eja. seharusnya shameful

tuan tanah said...

Nice :)

nn said...

terbaik :)

HidupPAS said...

Allahu hu Akbar!...hehe

Lucius Maximus said...

Haha, trankuiliti yang menarik

Anoneemus™ said...

Thank u.

Lucy, sorry lupa nak mintak izin =)

her royal highness said...

:)