Puan Anoneemus yang gothic

Pandai pakai, tak pandai bukak sendiri
OK dah. Segan.
Oqeh, oqeh aku tau aku lambat upload gambar.
Mohon maaf kepada semua.
Ya, ya aku tak available.
Mohon maaf pada semua lesbian.
Baik, baiklah semua salah aku.
Sebab atas kecuaian diri sendiri; lepas dapat DVD dari photographer, aku tertinggal pulak DVD tu kat rumah parents. Walhal time tu aku ada masa nak edit bagai.
Lepas dapat semula DVD, aku dah mula busy. Bukan busy menguruskan rumah tangga, pun.
Busy menguruskan kehidupan sendiri, macam biasa.
Lepas tu aku dah turn off. Dah malas layan.
Aku rasa anak tudung yang aku pakai masa nikah tu pun tak tanggal lagi kesan bedaknya.
Dah malas nak usahakan benda-benda macam tu.
Serius aku rasa hidup aku sangat serabut. Mungkin kerana banyak uncertainty.
I hate uncertainty. It can be very, very frightening. And suffocating.
Tiba-tiba je aku teringat balik pasal gambar-gambar ni.
Thanks to Afterc yang komen 'anda akan jumpa jodoh' or something dalam entri Nujum Mimpi. I was like, apa dia cakap ni?
Then aku sedar yang aku tak announce lagi. Rasa nak hantuk kepala kat kusyen tu memang ada sangat la. Tapi tak elok la menzalimi diri sendiri kan. Kan tubuh badan kita ni amanah, Tuhan kasi pinjam je. Sebab tu la kita kena jaga kesihatan dan buat sit-up setiap pagi dan petang. Right.
Ini pun patutnya ada lagi gambar nak publish, tapi aku putus asa dengan kelembapan capaian internet.
Maklumlah, Wi-Fi percuma. Kan dah kena dumped dengan Celcom Broadband hari tu.
Watermark pun tak dan taruk dah ni.
Dan percayalah, aku tak print sekeping pun gambar wedding aku. I don't even have a wedding photo album yet. All I have is the DVD.
Semua benda rushing sangat.
Oqeh. Diharap berpuas hati.
Kalau tak puas hati pun, I don't care.
Ye, saya gay.
Saya girang.
Saya oqeh ja
.


