Ok, gua hangin betul la kan orang bakar-bakar tempat ibadat ni.
Tak kira la kan tempat ibadat siapa pun.
Aku mungkin akan rasa sedikit lega kalau akhirnya kita find out yang bakar gereja itu merupakan orang yang sengaja melagakan umat Islam dan Kristian di Malaysia.
Kerana aku tak boleh terima kalau orang Islam yang buat perangai macam ni.
Patutlah negara lain tuduh kita sarang terrorists.
Enjin jet seberat 40billion kg pun boleh hilang, jauh pulak tu dibawak lari. Anak kau 40kg apatah lagi. Punyalah negara ni tak selamat.Orang Islam kalau bakar gereja kerana marah, kerana mempertahankan agama, memang silap besar. Kerana itu bukan ajaran Islam. Aku tak percaya Islam menyokong keganasan dan kemusnahan.
Aku masih ingat ketika berada di Great Mosque di Cordoba, aku tak boleh berhenti menangis.
Aku sedih melihat 'kemusnahan'.
Ya, bangunan masjid itu ditukar kepada gereja. Digantung patung-patung berhala di atas ukiran ayat-ayat suci. Mesti orang Islam hangin bila dengar bab ni. Sebenarnya sebelum jadi masjid, ia asalnya memang gereja pun.
Wait, ayat aku silap. Maksud aku, sebelum tapak itu dibina masjid di atasnya, there was a church. There was. Maknanya ini bukan kes tukar fungsi bangunan, tapi gereja diruntuhkan untuk membina masjid.
Fikir logik sajalah, the church was there sebelum kedatangan Islam ke Sepanyol.
Itu salah satu silapnya umat Islam di Andalusia yang menyebabkan pemerintahan Hisham III runtuh. Tidak mengikut guideline penjajahan Islam.
Sedangkan agama Islam melarang kemusnahan terhadap rumah ibadat agama lain.
Sesetengah perkara, kita tidak tahu the real reason behind its prohibition.
Contohnya, pengharaman makan babi dan anjing. Kita cuma boleh cuba fikirkan hikmah di sebalik pengharaman.Dalam kes ini, kau mungkin argue yang tak ada dalil yang khusus menyentuh tentang memusnahkan rumah ibadat (pada pengetahuan aku). Tapi kalaupun kita tidak tahu the real reason, kita boleh nampak kesannya kalau kita musnahkan rumah ibadat agama lain.
Kau ingat dengan buat
demokrasi demonstrasi dan bakar gereja tu dikira jihad yang membantu ke arah dakwah dan pemantapan empayar Islam ke? Tengoklah apa jadi pada empayar Islam di Andalusia.
Lihat ayat ini yang menerangkan tentang sebab kenapa perlu berjihad;
"Kalaulah Allah tidak mendorong sesetengah manusia menentang pencerobohan, nescaya robohlah tempat-tempat pertapaan, gereja-gereja Yahudi dan Kristian dan masjid-masjid yang disebut nama Allah banyak-banyak padanya"(al-Haj: 40).Aku rasa ayat ini pun sudah menunjukkan kita juga perlu melindungi gereja-gereja daripada dirobohkan, bukan hanya masjid.
Ini ayat Quran; waktu ayat Quran turun, maknanya agama Yahudi dan Kristian sudah dipesongkan; tapi ajaran Quran masih menekankan tentang kepentingan menjaga keselamatan gereja.
Kau nak interpret cara lain, aku tak ada masalah. Ini pengertian aku dan beberapa guru aku.
Yang aku bengangnya adalah; isu penggunaan nama Allah pun belum selesai, tiba-tiba timbul pula isu memusnahkan tempat ibadat. What the fag la buat huru-hara kat negara aku ni.
Aku mendapat 2 invitation di FB, satu untuk menyertai golongan yang menyokong keputusan mahkamah mengenai isu penggunaan istilah 'Allah', manakala satu lagi untuk membangkang.
Aku tak mahu decide kerana, aku belum mendengar hujah-hujah dan dalil yang cukup bagi kedua-dua belah pihak yang meyakinkan aku untuk membuat keputusan.
Mahu dijadikan cerita, buat pertama kali seumur hidup aku, semalam aku mendengar radio IKIM ketika solat Jumaat. Walhal aku tak berniat, tetapi ketika sedang tukar-tukar channel tetiba aku terdengar isu ini dibincangkan. Maka aku dengar khutbah dari awal hingga akhir.
Ya, aku dengar khutbah Jumaat dari radio kereta.
Cayalah NeEM. Terima kasih Tuhan kerana membuka hati aku.Tapi pada minda aku khutbah itu belum cukup 'sharp' untuk meyakinkan orang yang indifferent macam aku. Asyik duk kutuk Islam Liberal ja.
Islam Hadhari takpa pulak eh?Eh, sempat lagi aku perli khatib tu pulak. Aku pun sama je. Haha.
Aku rasa orang yang tulis sepanduk 'Allah itu milik orang Islam sahaja' sangat juvenile.
Allah bukan milik sesiapa, OK? Kita ini (tak kira agama) yang dimiliki Dia.
Yeah I know he was referring to the term. Saja je.Aku tak suka kalau kawan aku yang bukan Islam guna istilah 'Tuhan you... Tuhan I...'.
Tuhan aku pun Tuhan korang jugak. Kefahaman je yang lain. Contohnya kefahaman tentang zat Tuhan.
Kenapa sibuk-sibuk tentang terminology?
Aku bagi contoh lain.
Dalam bahasa Melayu, solat dipanggil 'sembahyang'. Sembah Yang.
'Yang' dalam bahasa Sanskrit adalah dewa yang dianggap Tuhan oleh orang Hindu. Atau disebut Dewata Hyang dalam agama Buddha. Well yeah Hindu dan Buddha pun asalnya agama sama juga.
Hyang juga bermaksud nenek moyang.
In fact, konsep ketuhanan Kristian iaitu Trinity jika dalam bahasa Indonesia diistilahkan sebagai Sang Hyang Tritunggal.
Literally, 'sembahyang' is menyembah dewa. So kalau kau nak ambil kira istilah, bila kau kata 'jom sembahyang' maknanya kau ajak orang sembah berhala atau sembah nenek moyang.
Senang cerita, dalam konteks terminology, orang Melayu Islam pun guna nama Tuhan agama lain juga.
Sebenarnya sudah berkurun pun agama Nasrani menggunakan istilah Allah.
Kau baru tahu nak kecoh pulak. Kan nama ayah nabi kita Abdullah?
Bagi aku, bukanlah setiap masa mereka TAK BOLEH guna istilah Allah.
Dan bukanlah setiap masa mereka BOLEH guna istilah Allah. Contohnya seorang Kristian tak boleh datang ke tadika Islam dan berdakyah kepada anak-anak kecil kita dengan meyakinkan mereka bahawa Allah yang disebut di dalam Quran itu memiliki anak lelaki.
Depends pada konteks.
Ya, keputusan mahkamah itu tidak mengatakan mereka dibenarkan menggunakan istilah itu dalam apa jua konteks dan keadaan. Ada syaratnya, bukan?
Soalan.
Kita percaya Tuhan itu ada satu saja kan?
Orang lain tak boleh sembah Tuhan yang sama dengan kita ke?
Yang berbeda adalah pengertian tentang Tuhan, bukan?
Tapi Tuhan itu tetap yang Esa.
Kau faham tak maksud 'Maha Esa'?
Ya. Sila rujuk tajuk entri
.