February 27, 2010

Jah!

The Star, 26th Feb

“It’s not true that we’re having problems because of cultural differences,” said
the Malay-German beauty.

“Being a child of mixed parentage myself,
cultural differences have never been an issue to me.”


Kosmo!, 25th Feb
Pelakon yang terkenal dengan filem Pontianak Harum Sundal Malam itu
menganggap keretakan tersebut sebagai kesilapan mereka sendiri kerana tidak
menyedari faktor perbezaan budaya sewaktu seronok bercinta.

Utusan, 26th Feb

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim
berkata, kajian ilmiah yang dilakukan oleh beberapa ahli sosiologi di negara
ini antara 1995 hingga 1998 mendapati dalam setiap 10 perkahwinan campur,
hanya tiga berjaya.


Seketul forum (yang namanya dirahsiakan)

rendah sangat ker standard kalau kahwin dengan lelaki2 Malaysia??? berangan
nak kahwin dengan Mat Salleh dengan menganggap 'Jaga Standard Artis' adalah satu pemikiran yang cetek.Tak kan laa xtahu Mat Salleh memang terkenal dengan bertukar2 pasangan dan pergaulan bebas yang xterkawal..Rasanya berlambak lagi orang2 Malaysia ni yang handsome,berduit,penyayang,dan setia untuk
dikahwini.. Gajah depan mata xnampak,kuman seberang laut dicari2..haish
artis2 Malaysia..Sedey2.. TT__TT ..baik laa jadi macam datuk siti nurhaliza
tuh..haha.. [moderator]



Anoneemus™, 28th Feb

Alah, Jah...kau kawen dengan orang puteh ke, orang hitam ke, kalau dah tak sehaluan tu tak jadi jugak. Artis yang kawen sesama bangsa pun cerai berai jugak. Yang kawen sesama artis pun cerai berai jugak. Takde perbezaan budaya dan gaya hidup pun bercerai jugak, Jah oooiii....


Mak ni bukannya apa, Jah...rimas lah tengok bila ada kes-kes melibatkan artis sensasi ni, semua nak generalizekan isu. Lebih-lebih lagi artis yang cantik. Kalau dia tak cantik takdenya orang nak bincang hal ni sampai ke muka depan surat khabar tabloid mahupun mainstream! Takdenya orang nak interbiu pak menteri tentang hal ni. Takde maknenye...!

Kalau tak silap mak lah, anak-anak menteri pun pakat kawen omputeh juga, tak gitew Jah?


Alah, Jah...sepupu sepapat mak yang kawen dengan omputeh semua okehhh ja, takde pun nak ada masalah culture multure ni Jah...
Unless ada orang ketiga, memang lah....itu bukan masalah culture. Itu masalah commitment namenye, Jah oooiiii......


Kalau Maya Karin kahwin dengan lelaki Melayu, lepas tu suami dia main kayu tiga, ada ke orang nak diskus isu lelaki Melayu suka main kayu tiga? Takde maknenye...sebab lelaki mahupun perempuan bangsa lain pun sama je. Penguin je bangsa yang tak main kayu tiga neh.

Samalah kes cerai berai rumahtangga retak menanti gam gajah ni, Jah ooiiii....mak rasa bangsa apa pun begitu jualah adanya.
Kawen sesama bangsa pun kalau tak panjang jodohnya, pendeklah jodohnya. Tak gitu, Jah?

Lagi kelakar kalau nak kata Maya Karin ada masalah dengan budaya omputeh, kan Jah? Tang mana Melayu sangat Maya Karin tu pun mak tak tawu lah. Cakap Melayu pun baru berapa tahun fasih. Opocot kau Melah! Eh, Jah!


Mak ni bukan apa, menyampah orang suka generalize benda-benda yang takde external validity ni. Wah, kellas gitew ayat mak! Speaking, yew.. don't sound silly pulak tu.


Mak bukan nak sokong orang kawen campur ni, nak memboikot pun tidak. Terpulanglah pada situasi masing-masing. Nak kawen dengan orang Melayu ke, orang Jawa ke, orang Albania ke, orang Sudan ke, orang Africa Selatan ke.
Nak kawen dengan Ahmad pun...erm, Ahmad dah ada bini kut, Jah?


Kalau nak berkahwin dengan orang Melayu tapi takde calon, bolehlah kontek moderator forum di atas untuk dapatkan maklumat mengenai erm, mak quote ayat dia ya; 'berlambak orang2 Malaysia ni yang handsome, berduit, penyayang, dan setia untuk dikahwini'.



Tapi lebih baiklah kahwin dengan orang asing yang single daripada nak kahwin dengan Dato' Melayu yang dah ada bini dan empat orang anak, tapi tak sanggup jadi bini kedua (apa kellas jadi nombor dua, Jah? nanti harta kena bahagi 2) so suruh Dato' tu ceraikan bini dia
.

February 25, 2010

Impian (II)

Bila aku dah sekolah,

cikgu tanya cita-cita nak jadi apa, orang lain jawab

doktor

cikgu

polis

bomba

.

Aku jawab

arkitek.

Semua orang ternganga. Well, tahun 90-an.
Malaysia belum cukup maju untuk anak-anak bangsanya yang masih kecil mengetahui apa itu arkitek.

Cikgu pun sama, belum maju.
Cikgu tanya aku, "arkitek kereta ke apa?"

Heh?
Cikgu ingat arkitek tu jurutera ke? zaman tu kalau designer kereta pun dikenali umum sebagai arkitek ke?

Ok, aku tahu memang ada arkitek yang design kereta. Aku dengar-dengar Sir FL Wright pernah design kereta tapi generally, pelik kut kalau cakap arkitek kereta. Apa-apalah. Zaman itu, cikgu sekolah tak perlu ada kelulusan tinggi macam sekarang.


Waktu darjah 5, barulah aku ada kawan.
Ada dua orang lagi yang bercita-cita mahu jadi arkitek iaitu Falique dan Amin.

[Ok, ini aku tahu daripada autograf. You know, semua orang ada autograf waktu kecil dulu. Suruh kawan-kawan tulis biodata dan ucapan. Nak canggih sket siap tampal gambar dan kad nama yang tempah guna borang tu. Eh autograf aku ada tandatangan KRU tau.
Ooh La La! Khabar-khabarnya...]

Falique sudah grad.
Sekarang bekerja sebagai arkitek. Aku tumpang bangga.
Amin sudah tukar jurusan kali terakhir aku jumpa beliau. Aku tak pasti sekarang beliau di mana.

Dan oh, salah seorang dari mereka, aku lupa siapa, juga pernah hilangkan kaset Ooh La La! aku. Tapi dah ganti balik. Kaset, beb. Kaset! Eh, kaset? apa tu?


Waktu tingkatan 1, hanya ada seorang kawan yang bercita-cita sama dengan aku.
Namanya Im. Pelajar pintar kelas aku.

5 tahun kemudian, pada hari keputusan SPM diumumkan, aku kata pada Im
"So, architecture?"
dengan harapan kami akan jadi coursemate di universiti. Lagipun, Im dapat straight A's. Aku ada 2 subjek tak dapat A. Kalau aku boleh, tentu beliau lagi boleh.

Jawabnya,
"Tak. Susah lah architecture."

Aku menggeletar. Budak straight A's cakap arsitektur susah.
Bikin gerun saja.
Sudahnya Im amik pre-med.


Terus aku gundah mahu tukar cita-cita.


Doktor famili aku pun agak terkejut aku kata mahu ke arsitektur.
Katanya "susah tau. Are you sure?"
OK, she's gone thru medic school and now she's telling me how hard architecture school is.


How scary is that
?

February 24, 2010

Impian

Waktu aku sebesar erm, maksud aku sekecil budak dalam gambar di bawah,

kakak aku yang sulung pernah tanya
"Dah besar nanti nak jadi apa?"


Aku jawab
"Cita-cita saya bila besar nanti ialah nak jadi surirumah tangga."

Waktu tu aku rasa tu pekerjaan paling mulia lah kan.




Sampai sekarang cita-cita murni aku itu jadi bahan ketawa adik-beradik aku.

Cis
.

February 23, 2010

Grunge habis


Cita-citanya adalah untuk menjadi Dila Raden.





OK, tipu.

Cita-cita sebenarnya adalah untuk menjadi Wonderpet
.

February 22, 2010

Menjawab Anon

Anonymous said...

hmm.
jgn slhkan lelaki shj.
sbb bnd yg slalu jd adalah ble 3rd party(woman) da tau kewujudan pasangan lelaki tu.
tp still sggop serahkan diri.
utk seek attention.
waktu nh.
nk slhkn sape?




Lain kali taruk nama. Aku sorang je anoneemus kat sini.

Pasti, lelaki beristeri dan perempuan yang merampas kedua-duanya salah dalam kecurangan.
Tapi salahnya lebih kepada pihak yang telah berumahtangga.

Ingat, kalau bujang hukumnya sebat. Kalau sudah berkahwin hukumnya rejam sampai mati.
Terang-terangan yang sudah berkahwin itu lebih besar kesalahannya.




Perempuan itu goda macamana pun, kalau si lelaki suami orang tu tak layan, tak berlaku kecurangan pun. My brother had never let it happen. Can we blame the ladies who throw themselves at my brother for being the homewrecker? No. Cause the infidelity does not occur. But we can kutuk them for being gediks lahs.

Maka tiada siapa yang perlu disalahkan dalam kes kecurangan kerana kecurangan tidak pernah berlaku.



Sama lah kalau isteri yang curang dengan lelaki bujang.
Masih, si isteri yang lebih besar kesalahannya. Kalau dia tak layan lelaki itu, tak berlaku masalah.




Tapi dalam budaya kita, sudah tentu perempuan yang sering diletakkan salah.

Dulu aku pernah tulis.


Kalau isteri curang, orang kata jalang. Masuk neraka. Habis jahatlah kan? Keji.

Kalau bercerai, orang tuduh janda tu tak pandai jaga suami. Sebab tu suami dia cari lain.

Kalau orang tahu suami selingkuh, macam-macam keburukan isteri dicari orang.
Konon isteri tak luang masa untuk suami, tak dengar cakap suami, derhaka, tak jaga badan etc.


Lepas tu orang tuding jari pada perempuan satu lagi pula.
Kata mereka tak malu rampas suami orang, murahan, mata duitan, gatal, gedik.


Eh? Tapi siapa yang curang sebenarnya? Lupa pulak.


Apa kata orang tentang suami yang curang tadi?

Midlife crisis.
Tertekan dengan kerja di pejabat.
Mahu hiburan lain.
Isterinya badan dah tak cantik.

Macam-macam lah justification. Padahal siapa yang curang dia lah salah.

Tak kiralah lelaki atau perempuan.

Takde pulak kalau isteri curang orang lain nak justify "Oh, itu suami dia tak pandai layan isteri tu. Mesti suami dia tak romantik. Dahlah gaji tak tinggi. Gigi tak putih. Buncit pulak tu. Patutlah bini cari lain."




Ingat, hukum hudud itu bukan tiada makna

.

February 20, 2010

Siri Bercakap Dengan Perempuan

Lupa nak pesan.


Hang, kalau bercinta (bukan becinta) dah lama, tapi boyfren hang tu takdak niat pun nak kenalkan pada keluarga dia,


kemungkinan besar sebenarnya dia tu laki orang.

Ni terutama jenis jantan yang suka berkepit dengan awek mikro skirt, tapi bab kahwin cari yang bertudung.


Maka, cepat-cepatlah angkat kaki dan blah sebelum parah. Nak move on tu ambik masa, baik start awal-awal.



Oh,

tapi kalau boyfren hang baru tingkatan 3,

abaikan pesanan ini
.

February 18, 2010

Bimbo yang demam tapi tough

Tuhan,

Tolong tabahkan hati mereka yang dicurangi suami (atau isteri). Kurniakanlah kekuatan dan kesabaran kepada mereka agar tidak menjadi nusyuz. Ampunkanlah mereka. Sesungguhnya aku tak larat dah mendengar kisah-kisah meruntun hati sebegini.

Dan semoga pasangan mereka insaf.

(oh God I’m such a queen for wishful thinking am I not?)


Orang kata, curang-mencurangi ni perkara biasa.
Maaf, keluarga aku tidak begitu. Maka aku tak faham.

Aku tak faham lelaki yang suka-suka hati ada affair kalau isteri layan elok saja.
Aku tak faham lelaki gatal cari lain kalau isteri tak ada cacat celanya.

Lelaki dalam keluarga aku tak begitu.

Sepupu aku yang kacak bergaya, sudah kahwin 12 tahun belum ada anak. Isterinya benarkan kahwin lain. Tak mahu, katanya, boleh usaha lagi. Walhal isteri tidaklah begitu hot.

Abang aku, sudah jadi widower 6 tahun. Sejak bergelar suami lagi sering digoda perempuan. Sampai sekarang masih tak layan walau diri sudah single. Cintanya pada perempuan hanya yang satu itu.

Affair? Sesuatu yang sangat asing dalam darah daging aku.
It might not be a crime, but it's a sin.

Lelaki paling hangin kalau isteri ada affair. Sampai berbunuhan. Usahkan isteri, bekas isteri yang sudah habis iddah pun mahu ditempelengnya jika ada teman lelaki. Padahal punca penceraian pun sebab kau dah ada yang lain. Duhh... (ini kisah benar)



Kau tak rasa kau buat malu kaum ke?

Demam aku memikirkannya.

***

Ye, sebab cuaca panas. Aku memang tak tahan panas. Tak, tak pegi klinik. Sebab takde kelas hari ni so dapat mc pun tak guna.

Ubat? Tak makan. Saja je nak buat-buat tough.

Macho, kan?

Stop and Stare: Kedelai...hik hok...


Mula-mula aku ingat susu keledai. Terus rasa nak muntahkan balik.

Lepas tu pusing belakang tulis soy milk daa...
.

February 16, 2010

Stop and Stare: Selamat

Gambar ihsan Encik Stateskop

February 15, 2010

Mangan besar

Gumbira dapat makan besar dengan Studiofellas di Damsyik, Senawang pada malam CNY.
Namun, kami makan nasi Arab, bukan Chinese.

Tiada sempat masuk ke restoran, pakcik tu dah jerit Ahlan Wa Sahlan.
Nasib baik Encik Stateskop (yang bukan belum jadi Studiofellas but never mind lah) tak jawab ‘Lu Sahlan? Nama wa Ah Kit.’ Lelaki hensem memang loyar buruk tak sedar diri.

Tapi meja tak cukup besar, maka makan semeja dengan My Girls sahaja. My Boys makan di meja lain. Tapi gelak naga mereka itu boleh didengari dengan jelas sekali. Confirm.

“Nak order yang kullu ke yang wahid?” pakcik tu tanya.
Tiada jawapan.

“Kullu tu yang dalam dulang. Wahid tu yang sorang makan.”

Kak Niesa cakap “Isnani takde? Arba’ah ka?”
Start dah dia nak kechek Arab.

Pakcik tu buat derk je sebab tak faham. Duhh…
“Minuman ada shai dan mango saja. Shai tu mint tea.”

Eleh, aku dah tau dah. Mesti teh biasa taruk daun pudina.

Akhirnya kami berlapan order set (kullu) nasi mandi ayam dan kambing, 2 dulang.
Siapa yang mandi?

Seperti yang dijangka, aku jugak yang effortless melicinkan dulang selepas diberi mandat oleh mereka.
Dah tu ada hati nak tanya Kak Niesa tips mengempiskan perut. Duhh…


Anyway, aku puas hati lah. Walaupun niat asalnya mahu ke tempat lain tapi demi semangat togetherness tahap muntah budak-budak studio aku ni, aku turutkan.

Lagipun Incik Harris yang pujuk supaya aku join. Incik Harris ni kami jarang jumpa.

Penat, memang penat.

Tapi puas hati dapat makan besar dengan mereka.
Thanks for everything.


See you on my birthday next month, fellas. Jangan buat-buat lupa. Phat, you especially.


p/s: Nama kedai makan tu Nasi Arab Damsyik. Memang tak wujud tempat nama Damsyik di Senawang
.

February 13, 2010

Maintenance

Kalau rambut kau kerinting dari akar hingga ke hujung, kemudian kau buat rebonding,
rajin-rajinlah maintain.

Kerana sesungguhnya rambut yang kerinting di bahagian pangkalnya manakala lurus di bahagian hujungnya,
kelihatan sangat absurd, okay?

Ridiculous.


Terutama kalau rambut kau panjang, dan bahagian kerinting tu sangat obvious.


Lebih distracting daripada perempuan berbaju ungu dan bertudung hijau
.

February 10, 2010

Biar Lambat Asal Selamat

Ramai orang menempah neraka
sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah
dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin,
tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila
anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke
neraka?

Berapa ramaikah yang
menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian
membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa
sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar
isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum
cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2
belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu
kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang
tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh
terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.



Dicilok dari sini.

Kalau ikutkan aku, memang aku setuju.

Tak kiralah usia kita berapa. Kalau tak sedia, jangan.
Kalau kail panjang sejengkal, jangan buaya albino hendak diduga.
Kalau takutkan tsunami jangan berumah di Pulau Langkawi.

Mungkin itu yang dimaksudkan oleh seorang janda dalam nasihatnya pada aku suatu ketika dahulu.
Katanya, kalau berkahwin jangan kerana hanya mahu menghalalkan hubungan.

Mulanya aku tak faham.
Mulanya aku fikir, bukankah itu tujuan perkahwinan? Supaya tidak berzina, supaya keluarga dapat dibina dengan halal?

Rupa-rupanya tidak. Tidak cukup dengan status halal.

Kalau diguna analogi pemakanan, nampak logiknya.
Makanan halal, kalau tidak kena caranya, boleh memudaratkan juga. Contohnya makan berlebihan, makanan tidak bersih, dimasak dengan cara salah, atau dimakan dengan cara salah. Tidak elok juga, bukan?
Makan Big Mac di McDonald’s drive thru juga halal. Tapi elokkah dimakan selalu? Dimakan sambil memandu pula tu. Nanti tumpah atas baju.
Owh, korang makan tak tumpah ek?



Fikir-fikir, kalau kahwin demi menghalalkan perhubungan, samalah maknanya dengan nikah untuk seks semata-mata. Untuk suka-suka secara halal. Tapi tak fikir tanggungjawab.

Kalau kau kahwin dan berharap secara automatik kau akan jadi lebih bertanggungjawab, kau silap. Bukan semua orang begitu. Kalau tak mestilah tak wujud fasakh.



And don’t settle for less than you expect just because you are the only one in your social circle that is still single. Biar lambat asal selamat.
Lihat Zara Salim Davidson. Kahwin lambat tapi dapat ikan besar, what?


Rezeki kita tak sama dengan orang lain. Ada orang jumpa jodohnya awal, tapi diri sendiri tiada apa. Hubungan dengan ibubapa pun ntahapahapa. Aku kah itu?
Ada orang jodohnya tidak lah awal, tapi bujang-bujang pun sudah ada kereta, kerjaya dan rumah sendiri. Hubungan dengan keluarga pun baik-baik saja.
Aku? Aku cuma ada surat PTPTN.

Ada orang, lebih baik tak berkahwin. Macam orang tabligh yang selalu merantau.
Lebih baik bujang daripada menzalimi anak isteri.


Dan bila dah kawen tu kalau tak sedia untuk jadi ibu atau bapa, jangan conceive. Maksud aku, pandai-pandailah guna kaedah kontrasepsi.

Seperti yang aku pernah kata pada Encik Stateskop, anak is not something you can experiment with. It’s not something that you can return to the mall while the price tag is still intact, or within 7 days of purchasing.
Kasihan pada anak itu. Kasihan jika dikandungkan oleh ibu yang seolah-olah tidak redha.
Ibu yang rasa terpaksa melahirkan. Ibu dan bapa yang tidak mahu kehadirannya, membesarkan dengan acuh tak acuh. Kesannya pada parenting. Kesannya pada anak itu sehingga dia besar nanti.

Kalau kau berharap dengan ada anak secara automatik kau akan jadi ibubapa yang bagus, kau silap.
Andai benar begitu, pastilah semua ibubapa dalam dunia ini bagus. Tiada yang gagal. Tiada anak-anak lari dari rumah. Tiada anak dara nak bunuh diri bila pakwe curang. Tiada anak-anak yang rendah harga diri dan tulis ‘aku gomok lagi bodoh’ dalam blog.


Menyebut tentang parenting, aku sebenarnya ada banyak perkara yang mahu aku tulis mengenai parenting. Tapi aku tahankan, sedarkan diri bahawa aku tak layak.

Hari demi hari, aku tahankan.
Tapi hari ini, aku terlepas jua.

Sebenarnya banyak lagi yang mahu aku kupaskan.

Mungkin, aku boleh saja tulis tentang parenting?
Walaupun aku belum berkahwin, tapi aku seorang anak.
Seorang anak kepada ibu dan bapa. Parenting terkesan pada aku.
Jika parenting itu dianggap sebagai service, seorang anak itu boleh dikatakan client pada ibubapa.

Siapa lagi yang layak menghakimi ‘the service’ selain ‘the client’
?

February 08, 2010

Where is my mind




Why hasn't anyone told me that Placebo is coming down to Malaysia next month
?

February 07, 2010

No Surprises. Khurafat, macam followers.

"Senang saja, sebelum buang apa-apa, sampaikan salam dulu macam Assalamualaikum Datuk... Nenek... Ana mahu buang air kecil di sini. Jangan apa-apakan ana dan keluarga ana. Jangan ikut ana dan rakan-rakan ana. Lindungi ana daripada kesulitan hutan... haa macam tu."


I thought we are supposed to ask God The Almighty (whatever you call Him) for protection?


Kalau dah khurafat tu khurafat jugak.
Tak kiralah tudung labuh ke, ana-ante ke, cakap taknak pandang mata ke...



This is sooo Melayu.



Macam waktu aku tingkatan 2 dulu.

Aku, dan bulatan sosial kecil aku, seperti biasalah akan menjadi orang yang menghias kelas. You know, beli langsir, handle papan kenyataan yang kita panggil soft board, buat duty roster, timetable etc.

Sebab waktu tu aku di kelas top. You know, di mana berkumpulnya budak-budak nerd perasan bagus dan memang bagus. Mestilah geng-geng aku yang buat kerja-kerja leceh tu kerana orang lain cuma mahu tumpu pada pelajaran. Sapu tempat sendiri pun pemalas.
Ya, dulu aku Ketua Kebersihan kelas.


Untuk label pada papan kenyataan dan atas meja, jAJa buat dalam bentuk tulang. Agak comel lah di mata aku.

Untuk pengetahuan, sekolah aku ni separuh asrama. Aku mestilah duduk rumah je. Kalau aku ni budak asrama sekolah aku, takdenya blog aku ni macam ni. Mesti korang tak minat punya.


Pada suatu hari, dalam mesyuarat kelas, tiba-tiba berkatalah seorang budak perempuan yang berspek tebal dan berbanyak kain
“Kita tak boleh guna bentuk tulang ni dalam kelas. Dah lah kertas kat softboard tu ada gambar anjing. Kitorang budak Aspuri takut tau nak studi kat sini petang-petang.”


Aku jeling softboard tu. Mana?
Oh, itu dia gambar anjing kartun. Macam yogi bear. Tak obvious langsung kut.

Dia sambung lagi “ Tempat ni keras tau. Tempat ni tambah seram dengan gambar tulang. Dah lah masa gotong royong minggu lepas pasang lagu kuat-kuat.”

Ya, aku dan rakan-rakan lah tu. Siapa lagi.
Orang lain mana nak hadir gotong-royong. Semua nak study je.


Dipendekkan cerita, jAJA pun ubahsuai kesemua label itu daripada bentuk tulang kepada bentuk roket.
Roket, wa cakap lu beb. Roket! Gila nerd.


Semua itu kerana budak-budak Aspuri takut nak prep di depan kertas-kertas yang dipotong bentuk tulang. Waktu prep adalah antara pukul 2.30pm hingga Asar.
Siang hari kut? bukan prep ramai-ramai ke?

Semua itu kerana kelas kami kononnya berada di kawasan keras.

Semua itu kerana gambar anjing kartun yang comel itu menakutkan.
Kalau gambar ayam katik, tak seram pula? Ini diskriminasi haiwan namanya.


This is sooo Melayu.


Mesti budak-budak tu sekarang ni ahli kelab yang anjurkan camping yang Afiqdeen join dulu
.

February 06, 2010

Oh bulan…enggan melayan matematik lagi…

Kalau ditanya sebulan ada berapa hari, pasti kita akan jawab 30 hari kan?
Kerana memang sudah ada mental frame di situ.
Schemata.

Sebulan bersamaan 30 hari.
Seminggu bersamaan 7 hari.
4 minggu bersamaan sebulan.



Tapi, 7 x 4 = 28, bukan 30.
Maknanya, kalau kita kata sebulan ada 28 hari pun benar juga.



Ini bukan idea aku.
Aku rasa bijak kut orang yang terfikir macam ni.

Kira out of the box lah.
Tak tipikal
.

February 03, 2010

Kenapa Bimbo Yang Cerdik?

Aku dulu sebenarnya macam hangin je kalau orang cakap aku bimbo. Tapi lama-lama aku dah tak rasa offended – kalau orang cakap direct la. I mean, kalau cakap aku ‘bimbo’ mungkin aku tak kisah sangat, terutama kalau ia datang dari orang yang rapat. Tapi kalau kau ntah sapa-sapa cakap aku ‘perempuan takde ilmu’, memang aku sedikit terasa.


Tapi kalau kau, terutama lelaki bercakap dengan aku seolah-olah aku ni bodoh sangat, (indirectly), memang anxiety aku datang lah. Anxious sebab tahan marah.
Macam ada lelaki beristeri pernah cakap kat aku “adik kena baca paper, kena tahu perkembangan dunia…”.
Memang la aku tak beli suratkhabar, tapi aku ada internet lah bongok. Lepas tu kau mintak nombor telefon aku buat apa, nak bagi aku update current affairs setiap hari? Ingat aku bodoh sangat la tu nak kasi nombor senang-senang. Bimbo tak semestinya gullible, ok?


Kawan aku sendiri pernah persoalkan, dia cakap “Muka macam awak ni reti masak ke? Setau saya perempuan c** macam awak ni bukan reti buat apa pun. Tahu menghabiskan duit je.”
Tapi aku takde la nak bengang pun sebab aku memang tak reti masak, menjahit dan sebagainya. Dan aku memang pandai habiskan duit. Heh.
Tapi tak fair lah untuk perempuan lain, kan? Ramai je kawan aku yang cantik, cerdik dan pandai masak.


Paling aku kecil hati, bila aku dapat jawab dengan pantas soalan lecturer dalam kelas, kemudian lecturer tu tak percaya aku dapat jawab. Lepas tu dia ignore aku bila aku tanya betul ke tak. Sebab memang betul pun. Mungkin waktu aku tanya tu dia diam sebab dia tengah kira kut. Yang aku geram tu, 2 minit kemudian bila orang lain bagitau jawapan mereka, dapat respon pulak. Aku dah bagi jawapan yang sama 2 minit lepas kut.
Kalau ya pun dia tak percaya orang pakai dress dan booties macam aku boleh mengira dengan pantas, tak payah la tunjuk prejudis tu.
Waktu sekolah menengah dulu aku peer tutor, ok?


Kadang-kadang, ada situasi di mana memang aku saja je buat bimbo.
Contohnya kalau Whisper keluarkan produk baru, mesti ada promoter yang bagi sample di supermarket. Walaupun aku dah tahu pasal produk baru tu, aku akan keluarkan ayat seperti “Eh apa ni? Produk baru eh?” lepas tu promoter tu akan semangat nak cerita pada aku (orang lain malas nak dengar) dan kasi sample pada aku.
Dan aku akan cakap “Eh, boleh ambik eh? Free ke ni?”. Padahal hari sebelumnya aku dah dapat sample yang sama. Kemudian aku akan cakap terima kasih macam orang tak pernah dapat barang free seumur hidup.
Puas hati aku bila promoter tu lighten up.

Tapi tak selalu aku begitu. Kalau aku menyampah pada promoter itu, aku akan berlagak completely bimbo pada mulanya dan bila dia dah percaya aku bimbo, aku tunjuk belang. Contohnya dia promote pencuci muka ada UV block.
Aku akan berkata dengan sopan ala-ala Bree Hodge “macamana pencuci muka boleh halang cahaya matahari, kan kita bilas? Produk ni selamat untuk ibu mengandung tak? Sodium Laureth Sulfate ni merbahaya kan? Boleh menyebabkan kanser…bla bla bla..”
Sampai dia terkesima dan aku cakap terima kasih dan blah.


Ataupun waktu nak beli gadget.
2 tahun lepas, aku pergi ke Plaza Low Yat dengan kawan aku yang kecil molek, Farah. Kalau tanya apa-apa, mesti Cina-Cina tu nak kelentong kitorang. Padahal Farah tu lagi gadget savvy dari aku. Yang untungnya, disebabkan kitorang ni nampak macam bimbo, mereka kelentong yang senang-senang aja, contohnya tentang true megapixel, digital zoom, memory card etc. Maka senanglah aku detect mana kelentongannya. Kalau aku ni gaya geek mesti itu tokey kelentong level geek perempuan. Kalau geek lelaki, dia tak berani kelentong.



Lagi satu, buat-buat bimbo bila nak/dah buat salah. Sebab kalau bimbo orang malas nak layan.
Contohnya masuk kawasan hospital ikut gate exit. Bila guard tu datang, cepat-cepat tanya banyak soalan. Mana pintu masuk? Kitorang parking sini boleh? Macamana nak pergi belah sana? Sini ada surau tak? Nanti saya nak pergi highway ikut mana?


I know, some girls (or maybe guys too) hate bimbo. I know, some females are not very fond of me because of this. But those females are not my mom, or even my relatives. So do I change myself just because of them? Nope. It’s just the way I am. Tak suka, jauhkan. Senang. Tak suka blog ni, jangan baca. Itu je.
Aku pun benci kalau bimbo gets credit for others’ work. Atau bimbo free rider dalam group assignment, tapi ketua group (which is usually male) tak ambil tindakan sebab dia comel. Tapi aku tak salahkan perempuan tu sepenuhnya. Kau sendiri fahamlah.


Kadang-kadang, aku rasa seronok juga tengok orang nak kenakan aku sebab ingat aku bodoh. Aku layan je dulu. Buat-buat oblivious. Padahal aku pun enjoy je kenakan dia balik.
Manipulative? Only if I was being (or going to be) manipulated first, yes.


Anak-anak menakan aku, lelaki dan perempuan – semua ada gaya bimbo masing-masing sebagai defense mechanism apabila kena marah. Yang buat muka sad puppy yang berkesan tu paling aku gelihati.
Yang tiba-tiba tanya soalan tak relevan padahal orang tengah membebel pun ada.
Contohnya, “Dah tu, Baby nak eyak ni, sapa nak tukarkan dipers (diaper)?”

Well, yeah it’s in the blood.


Not always, but sometimes, bimbos do get away with it
.

February 01, 2010

Kisah Bimbos yang Cerdiks

Minggu dolu-dolu aku pegi hepi-hepi hour sama Cik Muah. Ya, bukan nama sebenar.

Lepas dinner, kami pergi arked game. Main macam-macam.
Main game rebut tolak-tolak yang aku rasa tak mencabar langsung walaupun kalah 3-0, main tembak-tembak zombie makan orang perut berlobang, main bowling kecik.
Lepas tu token tinggal dua. Tapi tak puas hati kat zombie sebab mereka ramai. Nak balas dendam, tapi kena ada 3 token untuk seorang pemain.

Kami pun pergi kaunter token.

Aaa..game tu perlukan 3 token untuk seorang pemain. Kita nak main dua orang. Aa…
Cik Muah hulur seringgit. Aku hulur dua ringgit. Aa..kita nak enam token kan? Eh kalau dah ada dua, berapa ringgit ya? Empat ringgit ke? Eh? Aa…

Akak kat kaunter tu bosan.
Satu token, lima posen, dik. Nak empat token jadi dua ringgit.

Baik, kak.

Aku bisik pada Cik Muah, kalau tak pandai matematik pun cover-cover la sikit.
Padahal aku pun sama.


Aku tembak-tembak. Kadang-kadang guna dua mata. Kadang-kadang membidik guna satu mata. Tengah aku tembak zombie, tiba-tiba ada zombie Melayu keluar dari pintu. Aku tembak tak jadi apa-apa. Aku pun buka mata satu lagi. Oh, itu bukan dalam skrin. Itu pintu kat belakang mesin tembak zombie.
Itulah yang dinamakan depth perception ya, adik-adik.


Lepas game over, aku pun dengan tak puas hati pergi usha pintu dari mana zombie melayu tadi keluar. Oh, rupa-rupanya kat sebelah arked tu ada pusat karaoke.

Apa lagi?


Kami dapat bilik yang agak best jugalah kerana level of privacy yang tinggi.
Kalau pergi dengan mahram ataupun sesama jantina yang heteroseksual takpelah. Kalau tak, bahaya. Katakan tak nak!

Aku pun pantas je cari lagu Faizal Tahir. Lepas geram lah kan sebab tak semua tempat ada lagu Faizal Tahir.

Tiba-tiba lagu dah start. Aku pun kalut cari microphone. Duhh…

Itulah, excited nak pilih lagu tak terfikir nak pegang mic.
Tapi, biasanya mic ada kat atas meja, tak payah cari. Oh, rupa-rupanya bilik ni tiada meja – lagipun tiada servis makan minum kut.

Weh, rugi masa ni bayar ikut jam. Mana mikrofonnya?

Akhirnya Cik Muah jumpa kat celah dinding tu. Ada tempat sangkut rupanya. Maklumlah gelap.
Fuiyyo cordless lagi. Senang nak bergerak nih.

Eh, tapi apasal tak berfungsi. Aku ketuk-ketuk takde bunyi pun.

Cik Muah hulur satu lagi yang dia jumpa kat celah dinding tu. Pun tak berfungsi.
Ah, rugi nih, rugi. Masa berjalan.

Aku kata, kena panggil staff dia. Cik Muah tanya, nak pegi panggil ke?

Aku kata, takde butang nak panggil servis eh? Cik Muah pun bergegas keluar.

Tapi sebelum keluar beliau sempat berpaling dan berkata, kalau kat Red Box ada butang tu kan?
Aku tak jawab, dia dah keluar dengan satu mikrofon di tangan.


Cik Muah pun pergi kaunter dan kata, abang, mikrofon ni tak bleh guna.
Abang tu jawab, dah try sambung wayar?

Cik Muah sengih je, Oh ada wayar eh?
Aku agak lah. Padahal aku tiada di tempat kejadian.

Waktu yang sama, tiba-tiba aku ternampak wayar kat celah dinding di mana Cik Muah jumpa mikrofon tadi. Aku cuba sambungkan, memang berfungsi pun. Hipotesis salah. Rumusannya mikrofon itu bukanlah jenis tidak berwayar.


Cik Muah pun tiba dengan abang tadi sebelum sempat aku tanggalkan wayar dan pura-pura masih tak tahu demi tidak mensia-siakan usaha bimbo Cik Muah membawa mikrofon yang kononnya cordless ke kaunter pendaftaran pusat karouk itu.

“Kena sambung wayar, dik. Kitorang memang tanggalkan lepas client keluar.”
Ya, saya (dah) tahu.

Malu saya dibuatnya (Mirnawan Nawawi, 2008).

Maka tinggallah beberapa baris sahaja lagu Sampai Syurga yang sempat dilayan.



Lepas sesi karouk, kami mahu pulang. Tiket parking ada dalam beg aku kerana Cik Muah tidak percayakan diri sendiri dengan tiket itu.

Aku masukkan tiket. Cik Muah masukkan wang seringgit. Tak boleh.
Dia cucuk lagi. Tak boleh.

Kemudian aku kata, eh ni tempat keluar duit baki daa…

Cik Muah malu. Beliau gelak-gelak sahaja.

Tiba-tiba seorang security guard datang dan kata, dik, mesin ni memang rosak, guna mesin yang satu lagi tu.
Oh, nasib baik memang rosak.

Padahal kalau tak rosak pun memang tak boleh masuk ikut lubang tu. Hik hik.




Haih, begitulah pengalaman bersukaria bersama rakan sebimboan.
Sekian
.