[KISAH BIMBO YANG CERDIK]
April 30, 2010
Perempuan, jangan kau sandarkan kebahagiaan hidupmu pada lelaki
Aku mahu kamu, perempuan-perempuan di luar sana enjoy being single.
Being single is not something you can easily return to once you let it go. Kau mungkin kata, kau sudah lama single, dah bosan.
Well, kalau kau sudah lama single, kau sebenarnya sudah lama untung tapi kau tak sedar. Selama ni kau bebas. Kau banyak masa untuk diri sendiri. Kau jadi diri kau yang sebenar. Kau puaskan diri kau. Jadi apa yang kau mahu.
Tapi bila kau berpacaran, kau akan jadi orang lain. Kau mungkin terkongkong. Kau tak lagi dapat jadi diri kau yang sebenar. Kau akan pakai topeng.
Kau kurang masa untuk diri sendiri. Kau kurang masa untuk ibubapa kau. Kau akan sibuk dengan menjaga hati pacar kau. Kau sudah tiada masa untuk jaga diri sendiri. Kau jadi sensitif, senang terasa, moody, cepat marah. Dah tak emotionally independent.
Berapa ramai perempuan di luar sana yang korbankan pelajaran, kerjaya dan masa depan kerana lelaki. Kau, jangan begitu.
Kalau kau betul-betul mahu dan tiada apa yang rugi, baru kau settle down.
Masa kau single ni lah kau banyak peluang untuk berbakti pada ibu bapa dan keluarga kau. Masa kau single lah kau nak explore kebolehan kau, explore kelemahan kau, explore macam-macam. Masa single lah kau nak jadi adventurous.
Aku dulu, sebelum jumpa Encik Stateskop (pada tahun 2007 kut?) I was at my best. Aku rasa aku di kemuncak. Rasa sangat bahagia. Aku betul-betul bahagia jadi single. Aku cuma perlu jaga hati sendiri. Tak ada orang boleh sakitkan hati aku (selain family neraka aku tu). Tak ada orang boleh buat aku merana, cemburu, kecil hati. Memang aku emotional independent habis. Dan aku pun tak sakitkan hati sesiapa.
Takde marah siapa-siapa. Takde rindu siapa-siapa.
Menjalani hidup sahaja.
Waktu tu, takde lelaki pun yang telefon aku malam-malam. Takde lelaki text aku siang-siang. Takde lelaki sibuk ajak keluar. Pergi mana-mana takde lelaki kacau. Aku macam invisible dari dunia lelaki, dan aku bahagia. Yang ada cuma mesej-mesej macam dalam entri ini. Takde effect pun.
Aku dressing macamana pun takde orang yang offended, yang nak marah.
Dalam hidup aku waktu tu cuma pergi spa, makan, shopping, jumpa kawan-kawan, dan lanskap. Tak perlu lelaki yang tak platonik. Lagipun waktu tu senang mahu jumpa Eja. Bahagia yang amat. Aku rasa hidup aku dah complete.
Nak tulis blog atau status FB pun tak perlu fikir kut-kut kau offend pacar kau.
Nak overnight di mana-mana pun takde orang kisah.
I took really good care of myself. Waktu tu self-esteem aku sungguh OK tahap aku boleh pergi spa. Maksud aku, well, you know, all the stripping and stuff.
Tak perlu waktu dan tempat private untuk bercakap telefon bila pacar telefon.
Tiada airmata kerana lelaki.
Yang ada cuma gelak ketawa bersama rakan-rakan lelaki platonik.
Kawan-kawan pun tak perlu berebutkan aku dengan pacar aku. Macam sekarang.
Once kau dah ada pacar, kau takkan dapat benda-benda macam ni.
Mungkin kau kata, boleh bahagia juga dengan lelaki.
Benar, kalau saling mencintai boleh bahagia juga.
Tapi kalau kau sandarkan kebahagiaan itu pada lelaki, musnahlah hidup kau bila ditinggalkan.
Tuhan yang beri kau bahagia.
Walaupun aku sudah tak dapat rasa kebahagiaan yang dulu, dan aku rindu sangat-sangat kebebasan aku itu, aku bersyukur kerana Tuhan pernah bagi aku rasa.
At least aku pernah merasa.
Kau pula, yang sekian lama merasa, silalah enjoy.
Sounds silly, pining for my past. Tapi itulah yang aku rasa.
Aku rindu jadi emotional independent. Kurang stress. Kurang sedih. Tiada airmata.
Banyak masa untuk spend dengan kawan-kawan.
Ouh, aku rindu kawan-kawan aku. Kalian jangan pernah fikir aku lupakan kalian.
Aku sayang kalian
Aku sayang diri aku
.
April 29, 2010
2007: Orang peliharaan
Hoh?
Orang peliharaan?
Macamana aku dan Ryan nak tahan gelak.
Tak mampu den
.
April 28, 2010
Quote for 28042010
“semoga kekasih kita masih teguh mencinta kita hari2”
-Fynn Jamal-
April 27, 2010
Panduan mengurat secara online
Mesej-mesej ini aku ambil dari inbox Friendster™ aku. Sudah bersawang. Tahun bila punya mesej pun aku tak tahulah.

Yang pertama ini terlalu obvious. 'Abg nak masuk line'?
Kalau nak mengurat sila buat secara subtle. Unless aku memang tulis kat profile aku yang aku ‘sedang mencari dan para lelaki sila pikat aku’.
Peminat setia? Ingat aku ni selebriti kah?

Yang kedua ini pula, too much info. Orang tu belum cakap sudi berkenalan, kau dah buang masa dan tenaga buat karangan. Effort itu bagus, cuma belum tiba masanya.
Agak-agak, berapa ramai perempuan dapat mesej macam ni dari lelaki yang sama?
You know what’s funny? Pada waktu aku terima mesej-mesej seperti ini, aku sudah ada Encik Stateskop. Makanya sudah tentu status aku adalah In a Relationship.
Kut ye pun nak mengurat, tengoklah status perhubungan tu dulu. Kalau aku mahu selingkuh, aku letak Open Relationship.
Dan, aku memang rasa hairan dengan lelaki yang senang-senang kasi nombor telefon pada perempuan. Contohnya, dekat restoran ada pelayan datang hantar tisu yang ada tulis nombor telefon. Ataupun, dekat pinggan kau ada kertas yang tertulis nombor telefon.
Mungkin juga, ada lelaki tinggalkan nombor telefon pada wiper kereta.
Apa kau ingat perempuan rajin kah mahu telefon lelaki stranger? Kemudian sedap-sedap je cakap aku perempuan sombong. Sebab aku tak layan stanger.
Kalau mahu memikat, mulakan perbualan dengan bercakap tentang isu-isu yang diminati perempuan itu. Kaji profail beliau, lihat apa aktiviti yang beliau sertai.
Contohnya, kau tanya beliau, minat Wolverine kah? What do you think if there’s a sequel?
Atau, kalau kau dapati beliau ini seorang pencinta alam, kau invite beliau ke aktiviti pencinta alam. Kau ajak beliau berbincang mengenai isu-isu terkini.
Kemudian kau lead perbualan itu ke arah common interest pula.
Kalau beliau tunjuk minat, barulah kau ajak beliau jumpa. Tolong jangan perasan sorang-sorang. Kau jangan ingat kau best sangat kalau beliau sudi bersembang dengan kau. Sesetengah orang memang suka bersembang.
Kalau beliau minat untuk tahu hal peribadi kau, itu petanda baik. Kalau beliau dah tahu semua benda tentang kau sebab kau beritahu tanpa ditanya, itu komplikated.
Itu saja untuk kali ini.
Dulu aku pernah bagi syarat untuk lelaki yang mintak nombor telefon aku, aku minta dia janji tak akan jatuh cinta pada aku. Selepas setengah hari berfikir, dia setuju. Tapi kami berkawan tak lama, sebab dia tak layan aku macam platonic. He bored me to death. Ye lah, orang yang kau cuma mahu berkawan layan kau macam romantik. Telefon aku setiap jam pulak tu.
Boring…betul.
Ikut hati, mahu saja aku reply pada mesej-mesej di atas macam ni;
‘Maaflah dik, akak ni dah umur 43. Tak mampu nak jadi cougar, nak bela cubs. Kat profile tu gambar anak sulung akak. Baru tingkatan 5.’
April 23, 2010
Halitosis
"Biasanya memang busuk."
OK.
Breath mints, come to mama
.
April 21, 2010
Pen. Period.
Orang yang di hujung talian berpesan
"Nanti adik bawak pen, tau."
Hoh?
Aku sungguh gelihati dengan ketersusilan telinga aku mendengar.
Maka aku tanya "Bawak apa, kak?"
"Bawak pen."
"Heh?"
"Bawak pen untuk isi borang di kaunter pendaftaran. Ramai-ramai pesakit klinik ni tak cukup pen."
Erm, OK.
Rupa-rupanya aku bukan silap dengar.
Maka tadi aku ke klinik itu. Idok le ramai benor pun pesakit. 5 orang je.
Tapi, sebatang pen pun tak disediakan.
Kasihan.
Mesti kena potong budget gila-gila sampai nak beli alatulis pun tak mampu. Ye lah, mestilah dia guna budget seciput tu untuk ubat dan kemudahan lain yang lebih penting.
Tahukah korang bahawa budget untuk perubatan telah dipotong sebanyak 60% oleh kerajaan 1Malaysia?
Maklumlah, RM600 juta dah disalurkan pada projek Puan Rosmah.
Lain kali, ingatkan aku, bawak sekotak pen sebagai sumbangan ikhlas untuk klinik-klinik dan pusat kesihatan. Walaupun aku sendiri tidak memiliki pendapatan tetap, sekurang-kurangnya aku ada banyak pen.
Tak kiralah felt tip pen, atau technical pen mahupun pendrive.
Lawak kan? lawak kan aku ni? rasa nak lempang.
Which reminds me, dulu aku ada cakap nak cerita sesuatu tentang 'My student ada bawak pendrive....'
.
April 20, 2010
Aku kalau panas, jangan cari pasal
OK, aku bias. Sepupu sebelah mak aku tak heran pun, kan?
Sebab aku tak kenal sangat sedara sebelah mak.
Rasa tak best miss kenduri Abg Amir sebab waktu tu lah aku nak jumpa sepupu-sepupu lain. Yang tinggal jauh dari KL pun boleh jumpa waktu tu.
Haih. Sepupu-sepupu pun dah besar panjang.
Nanti kang tetiba aku dapat jemputan anak pada sepupu aku pulak yang kahwin.
Eh, sebenarnya memang dah ada, walaupun macam half cousin sebab nenek lain. Sebelah mak. Sepupu aku siap dah ada cucu.
Kiranya cucu aku lah jugak.
Duh! Tapi sebelah ayah aku, anak cousin aku susah sangat nak panggil aku makcik.
Mereka panggil Kak NeEM. Eh, tu bukan panggilan blogger ke? Nampak sangat aku tipu. hoho..
Mereka panggil 'kakak'. Bila aku cakap boleh panggil Achik, diorang macam bingung. Agaknya dalam mental frame mereka seorang makcik mesti ada gaya keibuan kut. Bukan macam aku, duk berbaby-T dan main Bumblebee lagi.
Haih. Rindu pada mereka. Tapi nak buat macamana dah aku tak boleh pergi kenduri itu.
Tapi, bila fikir-fikir balik...ada untungnya aku tak pergi.
Sebab kalau aku pergi, aku terpaksa la bersua dengan orang yang aku sangat mahu elak dari berjumpa.
Orang yang selalu buat aku menangis sakit hati.
Orang yang buat ibubapa aku kecewa.
Orang yang menyusahkan ibubapa aku. Dan hidup aku.
Itupun, ketika keghaiban aku, khabarnya sudah ada sedikit pertelingkahan berlaku.
Kalau aku ada, fuih, lagilah panas situasinya. Aku ni kalau tengah panas, depan ibu pun nyaris tersentap. Lagi-lagi ibu pulak jenis cakap tengking-tengking. Tapi itu cerita lain. Lagi-lagi sekarang ni cuaca panas. Aku takde kipas cap Mistral. Aku ada Panasonic je. Dia tulis kat situ 'electronic regulator'.
Nasib baik aku tak dapat hadir.
Kalau tak, maunya aku bikin kecoh pada hari bahagia orang.
Apa-apapun, selamat pengantin baru Abang Amir.
I'm so happy you finally berjaya jugak buat kenduri ni setelah berapa kali postpone =)
April 18, 2010
April 17, 2010
Full House
Aku selalu bayangkan diri aku Stephanie (Jodie Sweetin).
Bila aku dapat anak menakan kembar lelaki, aku pun posing macam Stephanie posing dengan anak kembar Uncle Jesse, Nicky dan Alex macam cover novel Twin Trouble (siri novel Full House).
Rupa-rupanya cerita Korea pun ada tajuk yang sama. Aku selalu keciwa bila kawan-kawan cerita pasal Full House dan aku excited, tapi lepas tu aku tak faham apa yang mereka cakap.
Semalam aku makan di restoran Full House di Sunway Pyramid.
Kawan aku cakap dia ambik konsep cerita Korea tu. Tapi ini Malaysian punya bisnes.
OK, nak support local business punya pasal, aku makan di situ.
Verdict?
Kurang sedap.
Chicken chop manis.
Spageti karbonara manis.
Ikan Dori juga manis.
Tapi kek sedap. Nasib baik.
Pelayan pula tak reti cakap Melayu, tak fasih cakap Inggeris. Aku pun heran restoran yang ambil pekerja macam ni sebagai pelayan. I mean, kau ingat pelanggan kau sama bangsa dengan pelayan kah? Suruh dia kerja kat dapur sudah lah.
Itu baru first time aku makan di situ. Mungkin menu lain tak manis dan tak muak
.
April 16, 2010
April 13, 2010
10 perangai ‘kampung’ yang lawak antarabangsa
Terutama kalau dia lagi muda dari aku. Macamlah ada effect pun pada aku yang tak pernah berniat nak kahwin muda. Apa susah sangat ke kau nak ada boyfren sampai macam tu punya bragging? Aku rasa kau oqeh ja, takdelah tak laku sangat. Adakah kau mahu buktikan yang kau takde hati pada boyfren aku? Ataupun, adakah kau saspek aku ada hati sama lelaki tu maka kau kena tunjuk yang kau dah dapat dia? Lainlah kalau lelaki tu putera raja yang ada phD.
Lelaki pun, ada juga yang menunjuk-nunjuk ada gefren. Lagi-lagi kalau gefren cantik. Padahal bila ada orang tengok, orang cakap, ‘hek eleh muka macam tu dapat awek cun…mesti awek tu nanti cari lain’. Ya, orang sekeliling kau memang jahat mulut.
2. Nak berlawan-lawan majlis/party/open house siapa paling grand.
Orang nak buat lain daripada yang lain, supaya jadi memorable. Bukannya tiru idea orang dan buat jadi lebih mahal. Perangai macam ni, zaman jamuan akhir tahun darjah 6 Elit boleh lah diamalkan. Dah dewasa ni, gila kampung kut nak compete benda-benda ni.
3. Rentetan dari no 1, menunjuk-nunjuk private message kekasih kepada orang lain.
Aku rasa, kalau kekasih kau nak tayang pada orang, dia tak kasi kau private message tapi public message. Some things are sweeter in private. Seriously, ada sorang perempuan -yang bukan kawan aku pun- pernah forward pada aku, message dari admirer dia. Dan yang pasti, bukan tersilap send sebab dia memang tulis kepada neem. Ini memang nak audience punya orang.
4. Beritahu semua orang, hubungannya dengan kekasih adalah paling sweet.
Ini jenis yang kalau bercakap pasal couple lain, mesti nak cakap relationship dia jugak paling utuh. Kawan tengah sedih baru breakup pun, dia boleh cakap ‘amenda ar korang nih..aku dengan boyfren takde pun gaduh-gaduh ni, sweet ja sentiasa.’ Pengalaman aku tengok, orang yang cakap macam ni, memang tak tahan lama pun lepas tu dia yang breakup. Tak malu ke dekat kawan yang tadi tu?
5. Tak puas hati sebab kawan sendiri telah menambat hati jejaka hot.
Kau patutnya gembira untuk kawan kau tu. Lebih-lebih lagi kalau suka sama suka. Doakan kebahagiaan mereka, bukannya pulaukan dia sebab ada lelaki hot minat kat dia. Ni apa jenis kawan pun tak tahu lah. Dah lelaki tu terang-terang tak minat kat kau, kau ada hak untuk kecewa tapi kau tak boleh marah kalau dia minat kat kawan kau.
6. Tak faham konsep majlis.
Asalkan namanya majlis, nak glamour-glamour. Padahal kalau graduation dinner, raikan kecemerlangan akademik. Maka majlisnya biar nampak akademik lah, nampak educated. Best student yang dapat award. Penyampaian sijil. Bukan jadi majlis Anugerah Bintang Popular. Popular student yang dapat award. Graduation dinner dengan annual dinner tak sama, oqe? Kalau kenduri arwah pun nak glamour jugak ke?
7. “Kalau makcik dah lama tak hantar makanan ke masjid ni dan minum air telaga ni, keluarga makcik akan ditimpa bala. Contohnya, anak makcik demam panas dan makcik jatuh tangga.”
Hoh? Biar betul makcik ni. Mesti kalau masuk hutan makcik mintak izin ‘datuk nenek’ jin kan?
8. “Nanti before presentation tu, ambik batang kayu kecik macam mancis, letak kat bawah tulang belakang kat celah butt crack, kemudian baca jampi ni…”
Seriously, kau kata kau membesar kat Bangsar? Gila kampung. Siap hafal jampi tu mesti dia selalu amalkan. Butt crack, dude, butt crack!
9. Bakar kemenyan.
Bomoh guna asap sebab nak kasi jin makan. Bila nenek aku meninggal apahal nak bakar kemenyan? Nak jemput jin datang tolong uruskan jenazah?
10. Basuh baju dalam bidet.
Nuff said!
April 12, 2010
Read My Mind
Lagu ni la yang aku nyanyi waktu mandi pagi tadi.
OK, tipu. Aku nyanyi korus je sebab tak hafal lirik.
Erm, tipu lagi. Bukan mandi pagi, tapi mandi tengahari.
Sebab pagi aku baru nak tidur. You know, nocturnal.
Siapa ada video klip lagu ini mohon berbuat amal jariah sedekahkan pada saya.
Atau, di mana boleh saya donlot video klip ini secara percuma?
Ingat senang kah mahu tengok Shidi goreng gitar zaman sekarang ni?
Ya, Kak Vee, kecuali anda
.
April 11, 2010
Kerana sekotak (atau dua) Soyrich
Tahukah anda bahawa Soyrich merupakan produk Yeo's?
Saya rajin minum soya sejak tahu bahawa arwah atuk saya meninggal akibat kanser prostat. Saya takut kalau-kalau ada gene kanser.
Produk soya dikatakan bagus untuk menyeimbangkan hormon.
Kalau pensyarah aku baca ayat di atas mesti dia komen 'so, apa kaitan dengan kanser? it is not clear.'
Semalam, saya beli dua kotak Soyrich di Petronas di bandar ********. Sekotak harganya RM1.70. Tetapi bila di kaunter setelah diimbas harga totalnya menjadi RM3.60. Saya menjadi berang. Atau beruang. Saya pun tidak pasti.
Saya kata mana boleh jadi RM3.60? Kata lelaki itu, yang kita namakan Ahmad, harganya RM1.80. Saya kata sticker harganya tulis RM1.70? Ahmad kata harganya memang RM1.80.
Saya kata sticker harganya tulis RM1.70? Ahmad kata harganya memang RM1.80.
Tak perlu repeat till fade. Sebab dua kali je.
Saya tak berganjak dari kaunter. Fuiyyo, ini kali pertama saya sebegini berani untuk kerek.
Tahniah untuk saya. (Walaupun saya yakin jika ada orang beratur di belakang saya ketika itu, saya akan pasrah sahaja)
Ahmad tanya seorang pekerja lain yang nampak lebih dewasa.
Pekerja itu jawab ini harga baru. Harga dah naik tapi itu sticker belum tukar.
Saya kerut dahi dan pandang dia seketika, kemudian saya keluar dengan membawa air kotak itu tanpa plastik.
Tidak, saya bukan di Selangor. Tapi saya dan Ahmad lupa langsung terhadap plastik. Maka saya letak air kotak di atas dashboard dan ketika membelok di simpang kedua-dua kotak jatuh ke atas kaki dan saya nyaris menyumpah Ahmad. Tak pernah terlintas di hati saya sebelum ini yang air kotak mampu memberi kesakitan begitu.
Soalan: Dari segi undang-undang, bagaimanakah kes ini dapat disintesiskan?
Bukan, bukan kes kaki seksi yang sakit. Tapi kes sticker harga itu.
Ya, produk soya dikatakan bagus untuk menyeimbangkan hormon.
Saya rajin minum soya sejak tahu bahawa arwah atuk saya meninggal akibat kanser prostat. Saya takut kalau-kalau ada gene kanser.
Saya seorang penggemar Soyrich. Kerana Soyrich kurang manis.
Tahukah anda bahawa Soyrich merupakan produk Yeo's
?
April 09, 2010
Buat anak secara online (If you're pretty make some noise!)




April 07, 2010
Peristiwa Subuh
Gelap. Eh tak, tipu.
Cerah. Sebab lampu on.
Tapi kat luar gelap.
Aku kat mana ni?
Pukul berapa ni?
Aku tengok hamfon. Eh? kenapa hamfon off?
Aku bangun, tengok jam. Pukul 5.44. Tapi kenapa gelap?
I mean, kenapa kena bukak lampu baru terang?
Macam mana lampu terpasang?
Rasa lapar. Aku terbayangkan Koko Crunch campur dengan Cookie Crisp. Sangat lapar.
Oh,
patut pun lapar.
Patut pun gelap. Ni 5.44am.
Semalam waktu aku tidur, 5pm.
Mesti aku sleepwalking bukak lampu ni. Macam biasa. Biasanya sleepwalking tutup lampu.
Eh peliknya. Aku tak pernah bangun awal macam ni. Kecuali ada flight pukul 7.
Alamak kantoi pulak.
Ye lah, biasanya waktu ni aku baru nak tidur.
Tiba-tiba rasa nak dengar lagu nasyid pulak. Oh, kalau bangun awal pagi boleh jadi alim rupanya.
Patut pun Encik Stateskop selalu suruh aku bangun awal
.
April 06, 2010
Cik Nadia bertemu kaunselor
Kiranya aku berlakon lah..dapat watak nama Nadia. Kami rakam sesi lakonan kaunseling itu.
Berbelit-belit lidah aku nak cakap Bahasa Malaysia dengan tatabahasa yang benar.
Siap satu session, Si Budak Tepet cakap
"Wah, akak ni terer la berlakon."
Aku jawab
"Akak ni bakat ada, rupa je yang takde!"
Ha ha.
Bila dah siap, kami dengar semula rakaman.
"Ya Allah buruknya suara!"
"Kalau berlakon pun nanti mesti dubbing guna suara orang lain."
Maka,
Kami pasrah.
Kesimpulannya,
Walaupun ada bakat, tapi rupa dan suara tak best tiada gunanya
.
April 05, 2010
Kalau betul lah aku comel macam tu, mestilah aku takde masa nak update blog tiap-tiap hari. Apatah lagi nak reply komen kamu.
Kat Malaysia ni tak perlu bakat, rupa je cukup.
Don't cha think?
(eh, aku macam nak suggest yang blogger-blogger aktif ni semua muka tak commercial je? hoho)
***
Tahun lepas, aku pergi nonton sama Cik Muah. Kami nampak poster The Time Traveller's Wife.
Cik Muah kata,
macam familiar lah muka perempuan dalam poster tu.
Aku jawab,
memanglah nampak familiar...sbb muka macam neem.
I was kidding, of course.
Tapi Cik Muah terus pandang muka aku tepat-tepat, buka mulut macam mahu berkata sesuatu.
Tapi dia tenung aku, lepas tu tutup mulut dan terus pandang tempat lain.
Maka,
I take it as a compliment.
Ha ha.
Cik Muah itu, dulu waktu aku mention pasal Diana Danielle pun dia sokong. Dia cakap 'a'ah, dalam certain gambar ada iras.'
Iras tang mana aku memang takde darah Caucasian neh?
Kalau korang yang tak pernah jumpa aku takpe lah percaya. Yang beliau ni classmate sendiri pun boleh layan. LoL.
Takpe, kita maafkan dia walaupun dia menyumbang ke arah menyedapkan hati aku
.
April 04, 2010
Sad but true
Aku jawab muka aku macam ni

Agak-agak korang lah,
dia percaya tak
?
April 03, 2010
Selera remuk redam
Aku rasa aku nak makan
Aku rasa nak
rasa nak Big Mac
rasa nak Big Breakfast set
rasa nak keladi rebus
rasa nak cheesy tartilla dari Chilli's
rasa nak Bacon 'n Poached Egg dari The Apartment
rasa nak chicken grill taruk keju
rasa nak Caesar salad dari Sakura Kristal
rasa nak scrambled eggs dari Qatar Airways
rasa nak ketupat sotong dari Kelantan
rasa nak makan pizza terbaru dari Pizza Hut
rasa nak nasi lemak ada kangkung
rasa nak makan macam-macam.
Walhal aku baru lepas makan nasi ayam.
Hati sedang sedih merana remuk redam pun begini juga seleranya.
Sama ja dengan selera waktu senang hati.
Ceh. Tak boleh pakai teori hati senang perut pun lapar.
Sebab aku ni jenis tak kenyang pun
kalau dan walau
makan hati berulam jantung dengan air mata suam
.
Bar Bar Blek Syip
Orang Barbar?
Apa itu?
Barbaric?
Inilah akibatnya seorang Bimbo Yang Cerdik tapi tak baca akhbar Utusan Meloya. Lemah Bahasa Malaysia
.
April 01, 2010
s ths sm knd prl fl jk?

Mula-mula aku sangka Google sengaja mahu buat survey tentang respon pengguna.
Tapi dalam Gmail blog siap explain detail lagi. Konfius pulak
.


