July 29, 2010

Disoriented

Aku, recently, sudah pandai.

Pandai jadi orang pejabat.

Mula-mula kita buat kerja. Lepas tu kita buat online research. Dari online research tu kita dah pandai merayau.

Baca belog.
Tiub Awak.
Donlot lagu.

Tapi bila kelig atau bos datang, kita gelabah.
Cepat-cepat minimize page merayau tadi. Atau cepat-cepat kita klik tab tetingkap yang berkaitan kerja.


Lepas tu kita sambung buat kerja. Dan kita buat online research. Dari online research tu kita dah pandai merayau.

Baca belog.
Tiub Awak.
Donlot lagu.

Tapi bila kelig atau bos datang, kita gelabah.
Cepat-cepat minimize page merayau tadi. Atau cepat-cepat kita klik tab tetingkap yang berkaitan kerja.




Repeat till bored.



Tadi,
Aku buat kerja. Dan aku buat online research.

Tiba-tiba bos datang, aku gelabah.

Aku cepat-cepat minimize page kerja tadi.
Dan cepat-cepat klik tab tetingkap yang merepek,


Yang tak berkaitan kerja.



Apakah.....

?

July 27, 2010

Ruqyah

Aku, pantang betul kalau aku ada masalah,


Kemudian ada orang berkata sesuatu yang menggambarkan aku dapat masalah tu sebab aku tak ingat pada Tuhan. Langsung.

I mean, perlu kah kita nak beritahu semua orang yang kita sudah solat, baca Quran, dan at least kita sudah cuba tutup aurat dan lain-lain?



Samalah halnya dengan mereka yang berkata tentang gangguan jin. Kata mereka hanya orang yang tidak solat dan mengaji saja diganggu makhluk halus.

Aku tak percaya. Aku biasa aja dengar ustaz diganggu makhluk halus. Dan aku tak maksudkan makhluk halus itu sebagai bakteria membunuh di hutan lipur.

Aku juga biasa dengar keluarga yang rajin solat pun diganggu jin.



Aku lebih tolerate orang yang tak percaya kepada kewujudan makhluk halus, daripada orang yang prejudis begitu.

OK well, aku sedang ada issue dengan hal-hal sebegitu. Aku tak mahu dengar ada orang cakap “Eleh, kalau kau sembahyang tak tinggal mesti takde gangguan punya.”

Atau “Kalau baca ayat Qursi confirm dia lari punya. Lawan aje lah. Kuatkan diri.”



Cakap senanglah.

Bukan. Bukan aku tak percaya dengan kuasa ayat Quran dan kuasa beribadah.

Tapi ia tak semudah small the pieces. Kalau ia semudah itu tak wujudlah Darussyifa’ kerana semua orang boleh uruskan sendiri asalkan solat dan mengaji.

Kalau kau prejudis dengan ustaz-ustaz itu sekalipun, tak payahlah buat aku rasa terhina.

Oqeh fine, kau nak cakap aku lemah sebab minta bantuan orang. Tak mengapa.

Cuma aku nasihat, benda-benda macam ni jangan cakap besar, jangan cakap macam benda ni kalau kena pada kau, kau boleh setelkan senang-senang. Benda-benda ni komplikated ya.



Aku tak akan lupa aku bergelut dengan seseorang yang kena possessed dari pukul 11pm sampai pukul 2am. Bukannya kitorang tak baca ayat Qursi. Bukannya pakcik yang tolong exorcise tu tak pernah solat. Ambil masa 4 jam juga.

Sudah halau, saspek datang semula.

Halau lagi. Datang lagi.

Sudah lebam pergelangan tangan si mangsa akibat digenggam aku.

Aku halau. Saspek diam sekejap. Lepas tu dia cekik aku. Aku lawan sampai kuku patah, itu pun ada 4 orang yang bantu aku lawan.

Kalau aku sorang-sorang je lawan waktu tu ada kemungkinan aku jadi tajuk utama berita, bukan sahaja Harian Metro malah Buletin Utama. ‘Seorang pelajar IPT yang comel dan seksi mati dicekik rakan sebaya.’

Aku tahu aku tak kuat sangat dalam bab ni.

Ia tak semudah mengiklankan buku Ustaz Sharhan di TV9.



Ia tak semudah yang disangka, oqeh. Maka tolong jangan perlekehkan

.

Hey Perempuan, aku tak mahu.

Aku dah kata aku tak mahu. Dah banyak kali aku ignore, oqeh?
Kau pergi cari perempuan lain. Aku dah maafkan kau.


Ya.
Hamba Tuhan di dalam entri ini add aku lagi
.

July 26, 2010

Bunuhlah Dosa Lampaumu dan Mulakan Hidup Baru di Suicide Park

Aku ke sana tadi.




Blog lama aku. Entri-entri lama aku. Aku imbas kembali.

Berikut merupakan penemuan aku.

1. Entri bahasa Melayu aku yang pertama bertarikh 9 November 2007.

2. Encik Stateskop rajin komen entri aku, dan biasanya komen dia paling tak boleh blah.

3. Dulu, bahasa aku sungguh cerdik dan penulisan nampak rajin. Baik Bahasa Malaysia, mahupun Bahasa Inggeris. Kenapa ya? My English was so good it sounds like someone else’s writing. Sekarang?

4. Dulu aku feminis macam sekarang juga.

5. Pada 8 Ogos 2008, aku sudah menyebut-nyebut Suzuki Swift.

6.  Dulu-dulu, pembaca aku semua lebih tua daripada aku. Sekarang, rata-rata lebih muda dan sebaya.
Oh ya, dulu aku sangka Sue Anna Joe lebih muda. Rupa-rupanya awet muda.

7.  Dulu, aku lebih seksi. Sekarang, aku behave. Ha ha. Oqeh, mungkin tak.


Evolve, Anoneemus™.
Don’t turn back
.

Interesting. I sound silly.

Waktu di alma mater, aku rapat dengan seorang guru Bahasa Inggeris.


Kami panggil beliau Teacher N. Ya, kerana aku belajar di sekolah kebangsaan. Tipikal.

Kami panggil guru BI perempuan sebagai Teacher, dan guru BI lelaki sebagai Sir. Contohnya, Teacher Rozita dan Sir Efendi. Kenapa kita tak address mereka sebagai Ms Rozita dan Mr Efendi? Aku tak tahu. Siapa yang mulakan panggilan Teacher dan Sir itu?

Adakah Sir Efendi mahupun Sir Nasarudin telah menerima Knighthood dari Ratu England seperti Sir Elton John dan Sir Alex Ferguson?

Encik Efendi mahupun Encik Nasarudin juga merupakan guru, atau dalam bahasa Inggerisnya pekerjaan itu dinamakan ‘teacher’. Kenapa kita tidak memanggil mereka Teacher Efendi atau Teacher Nasarudin?



Ya. Kampung.



Waktu di alma mater, aku rapat dengan seorang guru Bahasa Inggeris.

Kami panggil beliau Teacher N. Ya, kerana aku belajar di sekolah kebangsaan. Tipikal.



Waktu berada di tingkatan 3, sekolah aku telah berjaya mara ke peringkat akhir pertandingan bahas dalam Bahasa Inggeris peringkat negeri. Oleh kerana para pembahas merupakan abang dan kakak senior yang aku gemari, dan jurulatih bahas merupakan kakak aku sendiri yang ketika itu sedang belajar di matrikulasi, aku install impian dalam ulu hati untuk menyaksikan pertandingan itu secara live. Tapi risau juga meninggalkan kelas seharian. Aku bukan jenis yang menelaah dengan berkesan. Apa yang aku dapat dalam kelas, itu yang aku ingat. Tahun itu aku menduduki PMR.



Suatu hari, kira-kira pukul 2.40 petang. Aku sedang termenung di dalam kelas menunggu ketibaan ayahanda menjemput.

Aku tunggu dalam kelas sahaja, kerana kelas terletak di blok hadapan. Kalau datang lambat waktu pagi, ayahanda drop aku betul-betul di hadapan pintu kelas. Buka pintu kereta, boleh terus lompat ke dalam kelas jika tidak ada kesopanan dalam diri. Setiap kali ayahanda drop saya di situ, semua orang memandang. Malu saya dibuatnya (Mirnawan Nawawi, 2008).

Sedang termenung, tiba-tiba ada suara memanggil dari tingkap kelas.

Tingkap kelas aku bukan tingkap macam sekolah zaman sekarang yang boleh dikuak. Ini tingkap kelas yang guna louver berjenama Naco. Orang kampung panggil ‘tingkap nako’. Orang Mont’ Kiara pula tak tahu nak panggil apa. Kerana di Mont’ Kiara tak ada tingkap macam tu. Sebab tu parents aku hantar anak dan cucu ke sekolah kampung kut, supaya dapat mengenali tingkap jenis itu.

Oh, kisah tadi.

Maka aku pun toleh. Teacher N berada di luar kelas. Katanya “Neem, agak-agak nak ikut tak kitorang pergi final debate kat sekolah ********** this coming Wednesday?”

Ya, walaupun dia seorang guru BI, dia masih seorang rakyat Malaysia yang guna bahasa rojak.

Wah! Pucuk dicita, ulam pegaga siap dengan sambal tempoyak mendatangi!

Oleh kerana teruja bercampur gatal mulut nak speaking London secara automatik kerana beliau seorang guru BI, aku pun menjawab dengan yakin

“Erm, I’m not sure yet. I might need to ask for permission from Teacher Norma as my class teacher first.

Anyway, I’m really interesting.”
Ya. Yakin. Ibarat budak Kluang mengaku orang Sepanyol.


Teacher N terkebil-kebil di luar tingkap.



Beliau hanya perlu menuturkan satu perkataan untuk membuat aku kemaluan

“Interesting?”



Sampai sekarang aku ingat detik itu dengan jelas. Kerana itu, aku suka bila orang betulkan tatabahasa aku, BM atau BI. Orang tolong betulkan, kita cakap terima kasih. Bukan offended.

Aku sangat suka dulu Encik 47 (di mana beliau?) pernah betulkan kesalahan aku. Aku menulis tentang termengandung tapi aku silap guna istilah ‘knocked off’ instead of ‘knocked up’. Terima kasih, Encik 47!

Maka, tolonglah betulkan kesalahan aku terutama dalam grammar atau ejaan. Aku suka.



Waktu di alma mater, aku rapat dengan seorang guru Bahasa Inggeris.

Kami panggil beliau Teacher N. Ya, kerana aku belajar di sekolah kebangsaan. Tipikal

.

July 25, 2010

Sexy girl from Kualalala Lumpur (Padahal duk Kajang)


Assalamualaikum adik-adik. Apa khabar semua?
Masih ingat dengan apa yang akak ajar minggu lepas? Haa...kalau tak ingat, boleh rujuk website rancangan ni.

Minggu ini akak nak ajar perumpamaan baru.

'Umpama orang Rembau mengaku orang Mont' Kiara.'


Atau boleh juga digunakan yang ini

'Umpama orang Taman Kajang Sentral mengaku orang Bangi.'


Maksud perumpamaan ini bolehlah adik-adik teka sendiri. Siapa yang kasi jawapan betul, akak kasi ciuman.


Akak sudahi pelajaran hari ini dengan pepatah




Siapa makan cili dia rasa nak lagi
.

July 23, 2010

Jom ramai-ramai cari publisiti kat media antarabangsa

Rosmah boleh bayar suratkhabar.
Anwar boleh bayar CNN.
Najib pun mahu juga.


Anda, bila lagi?

July 22, 2010

I

am contemptible.


But not despicable
.

Super Mario Bros

"Bro, apa cerita?"
Aku tanya. Senyum ceria.


"..."
Aku tak dapat reply. Walaupun sebaris noktah barang 3 ketul.
Oh, yang atas ni aku saja letak sebagai kesan tambahan untuk entri ni.


"Bro, apa cerita?"
Aku tanya lagi. Mungkin tadi sapaan aku tak sampai.


Beliau diam lagi.


Tiba-tiba.
"You ni peremps kan?"


"Yep."
Aku jawab. Stail Anoneemus. Macam selalu-selalu.
Aku kan macho.


"Panggil I abang lah."

"?"
Kali ni, memang aku bagi tanda soal tu.


"You panggil 'bro' tu macam lelaki. Biasanya lelaki je panggil lelaki lain 'bro'. I rasa janggal awek cun panggil I bro."

Eh, mana ada?



"Erm. Ya.
Bro, apa cerita sekarang? Tengah tulis novel ke?"

Aku tanya lagi.

Jengkel
.

July 20, 2010

'Kalau kau rasa anak-anak ini menyusahkan, jangan buat anak.'

Itu ayat Rhona.
Aku quote satu ayat saja. Aku tak ambik konteks ayat tu digunakan. Makanya, jangan relate konteks Rhona dengan konteks aku.


Anyhow, aku selalu guna ayat tu. Atau ayat yang bermaksud lebih kurang begitu.

Aku selalu rasa ibubapa tak patut mengeluh tentang anak-anak. Dan aku selalu berharap suatu hari kalau aku decide mahu ada anak, aku tak akan mengeluh.

Aku tak berani cakap aku tak nak ada anak. Aku cuma berani cakap, aku tak rasa aku ada bakat nak jadi parent. Sebab aku tahu aku tak matang (ya, ringtone aku adalah lagu X-Men) dan tak bertanggungjawab. Abah aku pernah cakap aku tak 'mumaiyiz'.

Memang pun.

Aku tak rasa aku gemar melayan karenah budak-budak kecil. Dan budak-budak besar, as a matter of fact. Budak kecik lagi senang kot.
Takkan lah bila aku ada anak, aku nak layan dia waktu dia tengah oqeh ja. Waktu dia meragam, aku campak kat orang lain. Tak senonoh, bukan?


Aku menyampah betul dengar budak melalak yang bukan kerana sakit. Kalau tantrum memang aku pun nak mengamuk sama.
Maaf, aku tak pernah throw tantrum ye sejak kecil. Mak aku selalu beritahu aku tu. Maka wajarlah aku tak biasa dengan manusia (besar dan kecil) bertantrum neh.
Abang aku, sejak kecik tantrum sampai la ni kut. Memang aku rasa nak lempang ja. Tapi tak berani sebab dia besar.

Bayangkan kalau aku ada anak, mengamuk sikit kena lempang. Padahal normal la tu budak mengamuk kan?

Mak aku pun sama, tak biasa budak mengamuk sebab mak kata anak dia semua baik (terexclude abang aku la tu). Mak aku pernah kurung cucu dalam bilik air sebab budak tu mengamuk. Kalau aku lagi dahsyat la.


Bayangkan kalau anak aku perangai pemalas macam anak-anak buah aku. Mak depa tu, tiap-tiap hari membebel marahkan anak. Aku tak nak jadi macam tu.

Aku dah pandai membaca as long as I can remember, kalau aku ada anak darjah 2 yang tak pandai membaca walaupun aku dah ajar sejak kecik? Aku boleh handle ke?

Aku taknak jadi ibu yang mengeluh tak cukup tidur jaga anak. Ibu yang tak cukup rehat sebab bangun pukul 4 pagi, susukan bayi, bersiap pergi pejabat, hantar bayi ke nursery, balik kerja layan bayi lagi, masak untuk keluarga, layan ayah bayi pulak, kemas dapur, layan bayi lagi, dan masuk tidur paling awal pukul 1 pagi, dan kemudian mengeluh penat.

Ya, aku tahu ramai perempuan lain boleh buat semua tu dengan cemerlang. Ada yang siap jaga parents lagi. Atau adik-adik. Atau adik ipar. Tapi tu bukan aku. Aku spoiled.
Aku tak rasa aku sekuat iron lady lain di Malaysia.

Aku nak jaga diri sendiri pun tak larat. Dua minggu lepas, aku menangis waktu tengok cermin. Aku menangis tengok kulit muka aku. Sebab aku dah lama tak larat nak jaga. Aku dah lama tak jaga rambut. Tak buff kuku. Tak bersihkan bilik tidur. Tak sapu ruang tamu.

Nak jaga anak macam ni?
Camni lah, kata aku pada diri sendiri, kalau tak ada spare RM100,000 jangan buat anak.
Kalau ikut Amir Hafizi, dia cakap tunggu ada RM1,000,000 baru buat anak.
Aku taknak mengeluh penat kerana keluarga. Tak baik kut. Itu tanggungjawab.



Jangan mengeluh kalau kena ambik cuti pergi mesyuarat PIBG dan sign report card anak. Anak pulak exam dapat nombor 28.
Atau kena hantar anak ke kelas tuisyen pada hari Ahad. Kena sental baju anak yang berdaki. Malam-malam keluar cari kedai fotostat atau nak beli manila kad sebab anak terlupa beritahu petang tadi.

Jangan mengeluh bila kena jemput dan hantar anak balik asrama.
Jangan mengeluh bila kena temankan anak tonton animasi di panggung.


Ya, kalau rasa jaga anak tu menyusahkan, jangan buat anak. Anak itu rezeki, anugerah.
Anugerah adalah benda yang bukan semua orang layak terima
.

July 19, 2010

Kak Raden, bersemadilah dengan aman.

Untuk penulis blog ini yang bisa dan selalu buat aku menangis.

Terutama bila dikisahkan tentang kasih pada anaknya.
Tentang suatu hari dia akan meninggalkan anaknya itu, dan kita semua.


Terima kasih kerana telah banyak mengajar kami tentang kehidupan, yang ini dan yang satu lagi.


Al-fatihah
.

Stop and Stare: Due to possible breathing problem


July 18, 2010

Budak

Aku dan Cik Mun, keluar dari pintu. Harus awal kerana perjalanan ke pejabat yang letaknya sejauh 50 meter dari habitat kami, dan harus panaskan enjin kereta dahulu. Lagipun, aku yang pandu.
Sedang kami terkial-kial mahu kunci kekisi usang itu, aku terdengar suara halus
"Makcik, makcik."

Aku toleh. Ada seorang wanita sedang dukung bayi kecil. Isteri orang rumah depan kut.
Juga ada seorang budak perempuan berusia lebih kurang 7 tahun.

Yang aku busybody kenapa ya? Biarlah ada budak nak panggil siapa-siapa pun, kan?

Suara tadi kedengaran lagi. "Makcik. Makcik."
Tapi tiada bibir sesiapa pun yang bergerak.
Siapa yang berkata-kata tu? Risau pulak aku.

Dah lah kami baru pindah. Rumah tu dah lama tak berpenghuni. Orang kata, kalau kosong 7 hari pun jin dah check in. Ini pula lebih setahun.
Nota kaki: Terdapat kalendar 2008 pada dinding habitat kami.


Bila aku dengar lagi suara yang memanggil makcik itu, aku toleh dan perhatikan betul-betul.

Oh, di sebelah budak perempuan itu, ada seorang budak lelaki berusia 3 atau 4 tahun, jika beliau mengalami tumbesaran normal. Kita doakan. Mudah-mudahan.
Aku cuma nampak dahi beliau kerana tembok koridor rumah pangsa oops I mean pangsapuri kos rendah itu menyorok susuk tubuh beliau.

Beliau memanggil lagi. "Makcik, makcik."
Aku mulanya nak buat ramah, nak cakap pada budak itu, 'Adik panggil makcik tu perlahan sangat, kuat sikit.'

Tapi belum sempat aku berkata-kata, budak perempuan tadi, yang disyaki kakak kepada budak pendek itu telah berkata dengan gaya seorang kakak mithali

"Adik, tu bukan makcik. Itu kakak."



Owh. Dia panggil aku ker....
.

July 15, 2010

3.52

Tiada korelasi antara CGPA dan kesihatan mental ya, saudara saudari sekalian.

Begitu juga CGPA dan kejayaan dalam hidup
.

That's not my name

They call me sexy


They call me hot

They call me cool

They call me babe


That’s not my name
That’s not my name
.

July 14, 2010

Sim Neem

Semalam, aku cuba sebuah driving simulator. Ya, simulasi pemanduan dalam bentuk kereta.


Ya, manual.

Minit ke 4, aku tanya kawan aku

“Gear 5 yang mana eh?”

“Yang depan tu. Sebelah gear 3.”

“Okeh.”

Gear tu takde label. I mana biasa gear takde label. I kan makhluk Tuhan naik teksi.


Biasanya I cakap je nak pegi mana, orang lain yang drive. OK fine, aku kan spoiled.

Lagipun, ini manual. Encik Stateskop yang macho pun drive kereta auto, okeh. Tapi dia selalu memandu jauh, untuk aku. Bak kata Che Kiah, ‘demi cinta kugagahkan jua’. Cerita lain.



Minit ke 18, aku mengalami kemalangan maut.

Puncanya, aku duk sibuk pandang gear yang takde label tu dan

aku tak angkat wedges aku yang berat itu dari pedal minyak.



Bila engineer tu datang, aku cakap

“Gear dah stuck.”

LCD di depan aku cuma ada warna hijau, selain dashboard. Aku dah terbabas ke dalam semak setelah melanggar beberapa divider.





I always knew I would be a lousy driver.

Kerana aku selalu langgar dinding dan tersepak kerusi meja bila berjalan. Sudah 4 tahun aku cognitive impaired sebenarnya. Aku ada masalah dengan orientasi dan jarak. Aku bukan saja-saja malas tak mahu drive.



Aku tak beritahu sesiapa sebab takut nanti semua taknak naik kereta dengan aku

.

July 12, 2010

R&R

Tandas di pejabat ini sungguh bersih dan kering.

Macam tandas Plaza Mont Kiara.
Atau tandas tingkat atas Petronas Ampang yang ada MaxValue.
Ya, yang dekat surau tu.


Hmmm....
Sesuai dijadikan tempat tidur kala kantuk yang tak tertahan.

Jom!




July 11, 2010

July 09, 2010

Paul

Kasihan sama Paul The Sotong kerana menerima ancaman maut.



Beliau ada blog kah?

Aku mahu baca
.

July 08, 2010

Spoiled

Aku tau ramai pembaca nak lempang aku atas sebab aku whine tentang ketidakselesaan.

Tapi, memang aku rimas sebab bila masuk bilik air aku tak tahu nak berdiri kat mana untuk mandi.
Erm, silap ayat tu. Aku memang tiada pilihan untuk berdiri di mana. Cumanya, aku tidak tahu untuk berdiri mengadap ke mana. Memang setiap kali mandi air melimpah ke luar kerana tidak cukup keluasan tapak.

Erm.

Dan kucing jiran sebelah berak depan pintu aku.

Dan bau hancing dari  tempat letak kereta hingga ke pintu rumah.

Dan buoy tangki air tidak berfungsi.

Dan air paip berwarna coklat, bukan kuning.

Kalau air jernih pun, aku tak punya ruang untuk membasuh baju. Patut pun ada orang buka kedai dobi kat lot kedai depan tu.

Dan perihal jiran bergaduh dan kena maki semua aku dengar walaupun tak pasang telinga. Patutlah ada orang pasang radio kuat-kuat.

Banyak sungguh tenaga negatif di sini.


Tabah gila dowh orang membesar kat perumahan low cost macam ni.
Tabik sama mereka
.

July 05, 2010

I want my life back.

Ha ha.

Satu,
rumah sewa aku tak dapat coverage broadband. Buat pertama kali seumur hidup aku tak dapat coverage tu. Kamon la, kat kampung boleh je dapat. Ni praktikum bukan kat kampung. Eh, ke memang kampung? Aku pun tak pasti.
Dah la aku kali pertama duduk rumah sewa macam ni. Nasib baik Cik Mun sudi menjadi housemate.

Dua,
Aku bukan morning person. Duh.

Tiga,
Aku tak biasa bilik air sempit. Bukan salah parents aku besarkan aku di banglo yang ada bilik air luas.
Nasib baik semua jamban duduk.

Empat.
Aku tak biasa pakai baju formal dengan kekerapan 5 hari seminggu.

Lima.
OK fine, aku memang spoiled. Tak percaya tanya Encik Stateskop.



Oh, aku kat cyber cafe nih. Dengan beliau.

Cute kan pegi cyber cafe sama-sama? Rasa muda
.





July 02, 2010