September 29, 2010

Pusat perjudian halal

Hek eleh, macam lah kerajaan negeri Pahang tak makan duit judi. Kecoh ar lu, mat.

Kalau kau dengar dalam berita, selalu guna istilah 'pusat perjudian haram'. Kenapa? kerana wujudnya 'pusat perjudian halal'.

'Halal' kerana mereka keluarkan duit untuk permit, lesen dan cukai.

Bayar kepada siapa ya?

Square Rib-eye Steak

Mungkin, bila malam sebelum kau puasa sunat,
kau dinner di Sakura Kristal,

ia merupakan satu kesilapan.


Keesokan harinya, kau terbayang-bayang kesedapan hidangan western di situ.
Puasa sunat, memang lebih hebat cabaran dan dugaannya. Kalau dalam karangan budak tingkatan empat, dia guna istilah 'mehnah dan tribulasi'.


Lagipun, kau lupa mahu tunjuk J-Card untuk dapat point di Sakura Kristal.
.

September 28, 2010

Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa

Sebab tu aku tak alim macam ayah aku. Tapi ayah aku mungkin tak sealim sekarang di waktu mudanya. Dulu-dulu, jahiliyah lagi.




Tapi good look boleh diwarisi dari seorang ayah yang tampan.

Ok, gene tak elok pun diwarisi juga. Ha ha. Tapi jangan salahkan parents kalau kau tak hensem ya. Hidung kembang semangkuk pun boleh berjaya dalam hidup juga kalau kau rajin dan bertaqwa.

Kalau dapat gene yang elok, segala puji bagi Tuhan.

Aku terfikir benda ni, sebab aku baru je jumpa contoh yang obvious. Waktu aku beraya di rumah makcik aku, aku jumpa seorang uncle ni.

Dah bersara. Tapi badan masih tegap, muka hensem. Nampak smart je. Tengok body language pun kita tau uncle ni polis. Muka familiar pulak tu, kut-kut la pernah berlakon Polis Gerak Marin ka mana lah tahu kan? Tapi mesti dia berlakon yang takde dialog punya. Kalau yang ada dialog mesti aku ingat. Ha ha.

Uncle tu datang dengan isteri dan seorang anaknya. Anak istimewa. Aku tak tahu history dan detailnya. Dah besar pun anaknya. Late 20s kut. Mungkin lebih tua, sebab orang istimewa memang tak nampak tua.

Yang pasti, mamat yang istimewa tu pun kacak. Badan pun athletic macam ayah dia. Padahal nak pergi tandas pun berteman lagi. Berapa ramai manusia tak sempurna akal yang hensem dan tegap kau pernah jumpa?

Kalau dah bapak dia hensem, anak istimewa pun boleh hensem juga. Kagum juga lah aku.



Tapi kalau korang tak hensem, jangan rasa low self-esteem pula bila baca entri ni. Korang hensemkan dulu hati (dan akaun bank) korang.



Bak kata pepatung;

Pakaian yang kotor boleh dicuci, hati yang suci sukar dicari.

Ha, jawab. Jawab.

Ewah

.

September 27, 2010

Tajuk karangan: Melihat babi di Desa Haras

“Babi!”


“Babi?”

“Ha’ah. Tu babi.”
(Sambil pulas stereng dan menghalau haiwan itu ke arah semak menggunakan kereta)

“Ye ke?”

“Ya!”

“Bukan anjing ke?”
(Muka konfius habis)

“Tak, babi.”
(Babi melompat-lompat sedang berkira-kira mahu lari atau tak)

“Apsal kaki dia kurus?”

“Sebab dia babi yang kurus. Cuba tengok leher dia tu.”
(Siap flash-flash high beam ke arah babi yang sedang stress)

“Oo..”

“Apsal warna dia cerah? Bukan babi hutan warna gelap ke?”

“….”

Encik Stateskop penat kot layan soalan-soalan aku.



Ya. Aku tau aku jakun nampak babi. Lagipun aku sangka babi liar berwarna hitam dan berbulu. Macam dalam filem The Lion King.

Tempat aku membesar takde babi. Tempat aku belajar pun, dekat kolej aku takde babi. Kolej sebelah ada. Ghetto setinggan habitat aku sekarang ni pun takde babi.



Tapi aku kasihan juga sama babi-babi tu. Habitat mereka pun dah makin kecil.

Aku saspek yang malam itu babi Bukit Antarabangsa. Sudah pindah ke belakang zoo. Untung-untung dapat masuk zoo, boleh makan free. Tak payah korek ubi kayu orang

.

Dakwah

Aku naik muak dengan video dan artikel 'dakwah' yang memalukan orang dan gemar mencuri gambar-gambar individu yang tak dikenalinya.

Dan,
kenapa video-video dakwah buatan Malaysia ni lembab semacam? Tunggu 2 minit pun belum ada apa-apa.


Baik aku layan ceramah Ustaz Kazim je
.

September 26, 2010

A shoutout to all the people who love me despite my flaws (esp Encik Stateskop), and the ones whose love is not reciprocated



Love me. Love me.
Oversee my flaws.

Love hurts, but without love we won't survive
.

September 22, 2010

Petua untuk tidak dibenci kekasih barunya

Kau, kalau jumpa bekas kekasih kau,


Tak perlu berlagak sebagai seorang bekas kekasih. Tak kira lah kau makan hati ke, tak move on ke, tak walk away ke, tak puas hati sebab kau rasa kau lagi cun/hensem ke.

Buat macam biasa, macam kawan biasa. Macam kawan sepejabat, sekampus, sefakulti, sestudio, sekelab Wawasan, seperguruan Silambam.

Tak payah nak tunjuk sedih, atau ungkit-ungkit kisah lama.

Boleh tak?

Lebih baik kau cerita tentang kekasih semasa (current) kau. Perancangan kau dengan dia, bila nak kahwin, etc. Memang nampak macam ‘hek eleh nak tunjuk kat orang dia dah move on’ tapi itu lebih baik daripada mengemis simpati depan kekasih lama. Jaga maruah sikit. Be professional.



Ex aku boleh je keep cool. Aku yang obviously neurotik ini pun okeh je walaupun proses break up tu ugly nak mampus. Cerita lama kot. Dah ada kekasih lain buat apa nak sedih-sedih hal dulu lagi, dok gitu Jah?



Untuk petua menghadapi karenah bekas teman wanita, boleh baca CLEO baru. Ya, aku pun belum baca artikel tu sebenarnya.



Lepas tu mari kita layan lagu Case of the Ex. Kalau kau taknak layan, aku akan ajak orang lain layan jugak.

Tapi ini dari Sk8er Boy.

Sorry girl but you missed out…well tough luck that boy’s mine now.

Too bad that you couldn’t see. See the man that boy could be.
There is more than meets the eye. I see the soul that is inside.


Does your pretty face see what he’s worth?

.

Kisah Bimbo yang Duitlistik lagi Vain

Dulu, di sekolah menengah, kawan aku Sya yang kecil molek berkata ‘cita-cita saya adalah nak jadi tinggi.’


Aku jawab ‘impian saya adalah nak jadi cantik.’



***

“Kesian dia tu. Muka cantik pun kena kerja.”



Ayat itu terpahat tanggam di memori kapasiti sederhana aku.

Kalau perempuan cantik, tak kerja pun tak apa eh?

Kalau tak cantik, kena kerja lah ya?

Don’t get me wrong, I’m not against pretty women. I love them.

Tapi kawan-kawan aku kerja arkitek dan doktor cantik-cantik je. Makcik aku yang cun kerja kat Maxis. Tapi tak tahu lah berapa lama lagi dia kerja, sebab dia dah kahwin dengan seorang jejaka Maxis yang kacak.



Bila fikir balik, betul juga tu. Nanti dicemuh masyarakat.

‘Sudah la tak cantik, tak menjana pertumbuhan ekonomi pula tu. Kerajaan dah buat macam-macam. Sekolah dah buat, masjid dah buat, dewan belia dah buat, Gerak Desa Wawasan dah buat. Apa lagi alasan tak undi BN?’.

Oh. Yang hujung tu kurang relevan.

Kalau perempuan cantik, orang kata Oh, patut lah tak kerja. (Nanti dapat kahwin dengan lelaki kaya. Macam Sari Yanti. Atau Julia Rais)

Mereka assume semua lelaki kaya rupalistik. Tak baik tau prejudis terhadap lelaki kaya. Kerana lelaki miskin pun rupalistik juga.



Kawan aku yang kerja di municipal council cakap di pejabatnya tak kira suami orang atau isteri orang, flirting dan caressing tak jadi hal punya. Menakutkan. Kawan aku yang kerja di ministry pun kata begitu, banyak affair di pejabat. Hinggakan dia cakap dia tak akan sanggup kahwin dengan lelaki di ministry itu.

Mungkin juga, kalau isteri cantik, suami tak mahu isteri jadi hot stuff/staff di pejabat. Atau jadi mangsa sexual harassment macam kawan-kawan aku di atas. Maka takpayah kerja. Duk rumah tulis blog je.

Itu sebagai contoh dan telahan saja lah. Persepsi aku. Bukan persepsi kau. Baca je, takyah bising. Ni blog aku. Bukan blog kau. Muahahahah.





Bak kata mak, Neem ni masa kecik dulu cita-cita dia nak jadi surirumahtangga.

Bila dah besar, aku ubah sikit jadi ‘surirumahtangga yang berkelulusan senibina lanskap dan kahwin dengan arkitek.’

Kalau korang ingat, dulu aku pernah kena kutuk dek seorang lelaki. Dia cakap muka macam aku ni biasanya bukan reti buat kerja pun, tau perabih duit ja. Berbekas di hati aku ayat tu. Nasib baik dia cakap aku cun.





Aku rasa sekarang ni cita-cita dah tukar lagi. Cita-cita aku nak adalah nak jadi perempuan cantik. Sebab perempuan cantik takyah kerja pun dimaafkan.



Atau, dalam ayat lain, aku perlu jadi cantik untuk mencapai cita-cita asal aku tadi.





I want a perfect body. I want a perfect soul - Radiohead

.

September 21, 2010

Barang siapa memiliki converter Mp3 to MIDI, diharap sudi berkongsi bersama saya.

Pleaaasshhh....

(Buat muka comel)

.

September 20, 2010

Dalam hidup

Adik, dalam hidup ini


Tak semua manusia berlainan jantina yang panggil kita darling atau honey atau sayang

Ada hati pada kita.



Tak semua manusia berlainan jantina yang minta nombor telefon kita

Ada hati pada kita.



Tak semua manusia yang dapat nombor telefon kita

Akan telefon kita.



Tak semua manusia berlainan jantina yang cakap kita cantik

Mahu mengurat kita.



Tak semua manusia yang nampak mulia

Tak akan harass kita.



Tak semua lelaki yang sudah berkahwin

Tak akan kacau kita.

Tak semua boyfren yang datang beraya

Berniat mahu jadi suami kita.



Tak semua manusia yang manjakan kita

Mahukan kita.



Tak semua manusia yang bermanja dengan kita

Mahukan kita.



Tak semua manusia yang cakap kita seksi

mahu kahwin dengan kita.



Dan



Tak semua manusia yang nak kahwin dengan kita

Mahu anak

.

September 15, 2010

Pik pik pik: Pagi Sabtu

Jam 6.30pagi.




“Nak bangun pukul berapa ni?”

“Mmm…nak tengok Penguin (of Madagascar).”

“Ok.”





Jam 8.00pagi.



“Bangun, bangun. Pingu dan start.”



“Aa…?”

(peluk bantal dan sambung tidur dengan kadar segera)

.

September 13, 2010

No komen

Resipi balik kampung

Hai semua! Mari dekat, mari dekat.
Ok, jauh sikit. Soft focus. Korang busuk.

Apa kabar semua? Raya lagi ya?
Hang toksah merepek. Raya aidilfitri ni orang sambut sehari je. 1 Syawal. Raya aidiladha baru lah sambut 4 hari. Bukan sebulan pun, Jah. 4 hari je.

Eh melalut sudah kita hari ni. Hari ni kita nak buat apa?
Hari ni, kita nak kasi resipi baru.

Ha, maklumlah kita ni kan duk beraya duk makan lemang cicah rendang je ye, Jah. Dah naik boring dah. Tengok muka kau pun macam nasi himpit je gayenye. Nak pergi KFC, penuh pulak ya, kena beratur panjang. Laris sungguh KFC memandangkan kedai makan lain masih tutup. Tokey kedai makan yang jutawan senyap tu balik Lombok gamaknya ye, Jah.

Tapi, Jah...resipi yang kita nak kongsi ni bukan nak masak-masak. Ini ramuan penghalau kucing atau nama Scandinaviannya 'Combo Pendinding Kucing'.

Bahan-bahannya:
- Sebotol cuka makan
- Lada sulah (atau boleh guna chilli flake jika mahu)
- Sedozen botol air mineral
- 500 gram garam batu
- Sekampit ubat gegat (warna putih sahaja, jangan yang berupa macam candy)
- Sebotol cat repellent


Cara penyediaan:

- Tuangkan cuka makan di dalam botol spray. Boleh dicampur sedikit air untuk penjimatan namun akan mengurangkan kelikatan(power)nya. Semburkan pada kawasan yang ditandasi kucing, tumpukan pada kawasan yang terkena hujan. Jangan lupa define perimeter anda dengan cuka ini.
- Tanggalkan label pada semua botol air mineral. Isi air sehingga 3/4 penuh. Susun botol ini pada perimeter anda.
- Semburkan cat repellant pada kawasan yang tidak terkena hujan. Contoh, daun pintu rumah.
- Taburkan garam batu pada kawasan yang sering ditinjai kucing. Pastikan rata.
- Tabur juga serbuk lada sulah pada kawasan yang ditabur garam batu tadi.
- Akhir sekali, susunkan ubat gegat di kawasan perimeter tadi. Jarak radius ubat gegat bergantung pada jenis dan kekuatan bau ubat gegat. Pastikan ia tersorok dari pandangan.


Perhatian: Ubat gegat amat berbahaya kerana mungkin ditelan oleh kanak-kanak dan haiwan peliharaan. Ramuan ini sesuai untuk kawasan berlantai seperti di balkoni. Jangan guna di tempat yang tiada pengudaraan yang elok. Tidak sesuai untuk kawasan lanskap dan tanaman. Paling sesuai di kawasan perumahan kos rendah.
(Kalau perumahan kos tinggi tak timbul pula masalah kucing berak depan pintu seperti ini, dok gitu Jah?)


Kekerapan petua ini untuk diamalkan adalah bergantung pada tahap sensitiviti tuan kucing tersebut.

Jika petua ini berkesan, yakni tiada lagi tinja kucing di rumah anda sejak anda mengamalkan resipi ini, kemungkinan yang ada adalah seperti berikut:

1) Kucing tidak lagi gemar melepak di rumah anda kerana bau tidak enak. Lagipun sudah tidak berbau kawasan jajahannya lagi. Alhamdulillah.

2) Tuan kucing tersebut timbul rasa insaf setelah melihat betapa anda bertungkus lumus berusaha menjaga kediaman tanpa membunuh mahupun mencederakan kucing mereka. Lalu mereka mengambil inisiatif seperti melatih kucing mereka. Alhamdulillah.

3) Mungkin kucing-kucing tersebut habis mati akibat tertelan ubat gegat. Innalillah.

Sebenarnya ubat gegat, seperti juga racun rumpai, telah dicipta untuk berbau sebegitu stringent lagi pungent sebagai amaran yang ianya beracun.
Aku tak tahu lah tahap intelligence quotient kucing kat sini berapa, tapi kucing keluarga aku tak pernah pun nak makan ubat gegat atau benda-benda yang berbau sebegitu. Yang mati cuma lipas dan rumpai. Bukan kucing.



.Tiga asterisk.


Empat hari kemudian.

"Kucing makcik sakit. Makcik pun tak sihat. Makcik rumah sebelah ni pun tak berapa sihat sebab bau ubat gegat."










Habis makcik ingat saya ni sihat sangat ke duk hidu bau taik kucing makcik tu?
Kalau ada ibu mengandung boleh cacat janin tu tau tak?
.

September 06, 2010

I pun nak balik kampung juga lah kalau macam ni

Boring juga di pejabat takde orang.
Nak buat onar, masa ada bos pun buat onar juga.
Cyberslacking, masa ada bos pun cyberslacking juga kan? kan?


Kalau macam ni aku pun nak balik juga lah. Kerana atmosphere-nya yang best.



Kepada semua yang pulang ke kampung dengan kenderaan sendiri, berhati-hati memandu ya.
Jangan gelojoh. Lambat takpa, janji sampai jugak dengan kereta sendiri. Jangan tiba dengan kereta jenazah.


Berhenti dan tidur bila penat.
Berhenti di tempat yang selamat saja. Kalau malam, pasang lampu. Kang kena seret dengan treler nak marah siapa.
Kalau kereta rosak, berhenti di lorong kecemasan tapi tak payah keluar kecuali untuk buka but dan letak segitiga kecemasan tu. Lepas tu duduk dalam kereta diam-diam tunggu peronda PLUS datang. Bahaya berdiri tepi jalan tu.

Dan, satu lagi, jangan memotong kenderaan berpelekat P pada selekoh. Kenapa?
Kerana orang yang tak cekap memandu mungkin tak pandai bajet nak pulas stereng. Tinggi risiko untuk dilanggar mereka. Mereka bukan pantas nak tengok side mirror pun. Blind spot lagi la kan.
Ya, ini berdasarkan pengalaman sendiri. Tergezut mak.






I know how it feels to have a family member returned as a cadaver. Please don't let your family go through the same
.

September 05, 2010

Curiga

Semalam pukul 3 petang, aku cuci taik kucing yang di sebelah kanan.


Lepas tu aku sembur pendinding.

Lepas tu aku pergi rumah kakak. Lepas tu pergi rumah makcik.

Aku pulang jam 10.



Ada taik kucing fresh, betul-betul tepat di depan pintu.

Aku rasa ini bukan accident. Lagipun rumah lain tak kena macam ini pun.



Aku mula fikir yang bukan-bukan.


Malam semalam, tak dapat tidur.

Aku mula fikir yang bukan-bukan lagi

.

September 03, 2010

Pendinding


Kronik depresi nya! Aku terus masuk bilik dan baring.
Cuba melenyapkan imejan (atau imej-imejan) yang meruntun jiwa itu. Tapi gagal. Aku cuba untuk lelap. Gagal juga. Kecewa. Aku pun memanjatkan satu doa baru.




.Tiga asterisk.



Semasuknya aku ke dalam kereta pagi tadi, aku melontarkan sepotong doa secara verbal.
Bukan doa naik kenderaan. Tapi aku berdoa ‘Tuhan, tolong lindungi rumah aku dari taik kucing untuk pagi ini.’ Aku doa kuat-kuat. Che Mun sengih je.

Waktu keluar dari pintu pagi itu, hidung aku dapat mengesan bahawa gejala lepak depan rumah aku kembali menular di kalangan kucing kejiranan. Tapi, ah, aku dah lambat. Kami dah lambat. Maka, aku tawakkal sajalah dan berazam untuk menyembur pendinding kucing tengahari nanti.

Ya, aku ada pendinding kucing. Cat and dog repellant. Tak sangka pencinta kucing macam aku akan memiliki sesuatu seperti itu. Pergi mampos.


Apabila aku berada di kejiranan ini, aku bukan lagi seorang pencinta kucing. Harap maklum. Pendinding itu, tidak murah juga. Hampir RM40 pengerasnya. Harus dia sembur setiap hari pula tu. Kesannnya cuma 24jam.


Dah sebulan aku guna benda alah pendinding tu dengan harapan kucing akan terclassical conditioned olehnya. Alah, macam anjing Pavlov meleleh air liur sebelum dihidangkan makanan.
Ya, power of association. Yang tu. Kau lihat gambar, kucing dan anjing tutup hidung.
Aku harap kucing akan associate rumah aku dengan bau repellant. Rumah kakak comel = bau repellant. Bau repellant = rumah kakak comel. So jangan lepak depan rumah kakak comel.

Tapi dia comel.

Ok.

Maka pagi tadi tak guna pendinding.



Tak sampai 5 jam kemudian. Aku dan Che Mun balik rumah.
Biasalah. Rumah belakang opis kut. Balik tidur, tengok TV, basuh baju, lunch bagi yang tak berpuasa.



Che Mun jalan dulu. Sampai depan pintu, dia cakap ada dua, Neem.
Doa pagi tadi tak dimakbulkan.

Aku nampak. Setompok. Di sana.

Apadia, Mun?

Ada dua.

Mana? Mana satu lagi.

Tu. Mun muncung arah kaki aku.

Aku tunduk. Ya Tuhan, aku dah lalu tadi. Nasib baik tak pijak.



Itu dia saksi kejadian. Mari kita soal siasat dia.
Che Mun berkata ala-ala Inspektor Aliza sambil menuding bibir ke arah seekor mahkluk berbulu yang melepak di depan rumah Makcik Kucing.
Itu gelaran nama manja kepada makcik rumah sebelah. Dia tak tau.

Aku toleh. Adakah itu saksi ataupun saspek, Puan?

Mungkin, kedua-duanya sekali. Mun jawab gaya Horatio sebelum kena tembak.

Aku pandang kucing tersebut. Beliau pandang aku juga. Aku picingkan mata.

Beliau follow suit. Buat-buat seksi.



Hoi. Kau, meh sini aku nak tanya.

Aku berkata kepada beliau.



Kucing tu buat derk je....

.

September 02, 2010

Pseudoneem

Kenapa aku anonymous?

Kerana aku ada banyak rahsia.
Banyak dark side.
Banyak personaliti.
Banyak kehidupan.


Dan mereka semuanya terasing. Walaupun hampir.
Ibarat minyak masak Alif dengan air minuman La Boost di dalam botol syampu Kerastase.


Aku cuba gabungkan, tak berjaya.
Maaf. Maaf. Maaf.

Aku tak berniat kecilkan hati kamu. Kecewakan kamu.
Sesiapa yang tahu rahsia aku, kau istimewa.


Ya, aku ada banyak dark side
.