October 28, 2010

Seni dalam pendidikan

Seni boleh buat otak berkembang dan aktif. Bila otak berkembang dan aktif, ia boleh serap lebih banyak maklumat, dan seterusnya guna maklumat yang ada untuk mewujudkan maklumat baru. Kalau bekerja dalam bidang sains pun kena kreatif juga,barulah innovatif. Cara nak kreatif kena berseni. And the cycle goes on and on.


Lagi bukti seni itu elok ialah jika kita kaji sejarah, ilmuan Islam pun merupakan karyawan seni juga. Jika tidak, masakan tokoh Islam juga ada yang merupakan tokoh muzik dan seni visual? Mereka juga pakar sastera, dan penyair agung.

Aku rasa orang Melayu dulu-dulu silap faham tentang seni. Mungkin mereka cuma nampak seni ini adalah anasir jahat yang dibawa oleh orang kafir untuk meruntuhkan pegangan Islam. Mereka cuma nampak ukiran patung bogel, lukisan dewa dewi dan muzik Black Metal. Pemikiran begini lah yang buat habis keturunan berfikiran kolot sampai zaman sekarang.

Satu lagi pemikiran sempit, asal pendidikan seni aja, kena melukis. Tak pemandangan di waktu senja, lukisan bertajuk ‘rumah saya’. Pemandangan pula, mesti sawah padi ataupun di tepi pantai. Tak ada pemandangan dalam Gua Niah ke? Patutnya zaman sekarang ni pemandangan dari tingkap Kinokuniya KLCC pula.

Sebab tu aku suka kalau kawan-kawan aku jadi guru seni. Barulah kreatif sikit, sebab dapat guru dari bidang rekabentuk (instead of dari bidang Sejarah atau BM). Aku dulu pun paling kreatif pun buat mozek. Papier mache pun tak de. Patutnya pendidikan seni boleh merangkumi teknik-teknik mewarna menggunakan pelbagai media, packaging design, sculpture, komunikasi grafik, sketching, anyaman, origami, patchwork etc.



Pendidikan muzik pula patut seimbangkan antara aktiviti menyanyi dan belajar bermain instrument. Bukannya main nyanyi saja tak ada unsur seni langsung.

Skrg kalau kita lihat, dlm dunia ni bangsa Yahudi paling bijak.Ini berkaitan dgn didikan semasa kecil. Selain jaga pemakanan orang Yahudi juga hantar anak belajar muzik untuk aktifkan sel-sel otak.

Orang kita? Dah lah makan tak jaga. Lepas tu tak kasi anak belajar seni. Anak nak melukis, suruh baca buku. Anak nak main piano, suruh baca buku.
Aku tak kata baca buku tak elok. Baca buku tu bagus, tapi kalau jenis macam ni, baca buku pun tak variety. Buku tentang seni, diharamkan. Macam di sekolah rendah, guru pendidikan seni dan muzik biasanya guru BM dan Sejarah, kerana itu silibusnya tipikal saja dan jarang masuk kelas.

Samalah macam pendidikan jasmani. Lari keliling padang. Yang perempuan main bola jaring. Yang lelaki main bola sepak. Kalau sekolah agama lagi terabai subjek ni. Silap-silap period subjek PJK ni, cikgu matematik yang masuk (dan mengajar matematik).

Mungkin ramai sebenarnya yang berbakat dalam seni, tapi kalau tak diberi peluang dan dicungkil, sia-sia saja. Nak harapkan ibubapa, hanya yang kayaraya saja mampu hantar anak ke kelas muzik atau seni di luar waktu sekolah. Bukan semua orang dapat bonus setiap tahun.

Memang bukan semua orang minat seni, tapi kalau ada pun student yang memang benci seni by nature, bukannya torture sangat pun dalam kelas seni. Well, bukan semua orang minat sejarah, tapi kena belajar juga kan? Bukan semua orang minat matematik. Bukan semua orang minat Bahasa Malaysia.

Kalau kita negara merdeka dan demokrasi, sepatutnya kita kenal diri kita, potensi dan minat kita sejak kecil. Bukannya diuli dibentuk oleh sistem pendidikan.

Sistem pendidikan negara kita memang berniat mahu lahirkan nerd dan geek agaknya. Baca buku sahaja. Jawab exam pun ambil apa yang dalam buku saja. Tak payah fikir. Cedok saja. Tak perlu belajar seni-seni ni, susah sebab abstrak. Susah sebab kena perah otak nak berkarya, nak jadi kreatif. Belajar apa yang terang-terang ada dalam buku kan senang, hafal je.

Sampai masuk universiti pun macam tu lah. Belajar sebab nak jawab exam. Tak minat pun course tu, tapi dah dapat surat tawaran pulun je lah. Lepas grad tak nak pergi bidang lain dah, sebab, mana boleh? Dah aku belajar bidang A, aku kena kerja A lah walaupun tak minat. Sebab dalam buku tulis macam tu.

Dah kerja pun ikut buku lagi. Kenapa buat macam ni? Dah saya belajar dulu, dalam buku teks saya tulis macam ni. Macam ni lah saya kena buat. Kalau tak ada dalam buku saya tak reti buat.



Ya, macam thesis aku. Apasal fakulti pentingkan sangat format dan birokrasi dan segala proses bagai. Sampai student lambat grad. Sebab banyak sangat proses nak siapkan thesis. Sebab dah dalam buku panduan cakap macam tu, kena ikut lah. Tak boleh nak kreatif langsung. Dan student tak boleh lebih bagus daripada pensyarah.

Ya, dari inilah akibat menolak seni secara total. Tak boleh think out of the box. Ikut buku saja. Bukankah buku itu manusia juga yang tulis?


Kalaulah pendidikan seni dan muzik dihapuskan di sekolah, makin ramailah golongan nerd lurus bendul di negara kita ni.

Ini melibatkan generasi akan datang. Setiap anak, permata negara. Walaupun aku tak layak kerja di tadika kerana aku bukan seorang yang penyabar dengan kanak-kanak (amazingly aku penyabar dengan lelaki), tapi aku cakna.

Aku rasa aku kena duduk semeja dengan ‘First Lady’ (Malaysians-are-proud-of-you) kita iaitu Aunty Rosmah dan berbincang hal ini.

.

Boring....betul

Kamon-lah,
komen-komen anonymous yang mengutuk hukum Islam,
dan menjurus ke arah politik,
dan secara terang-terangan mempamerkan kebodohan orang yang mengomen tu
(dan buat self-esteem aku naik sebab aku tahu aku tak sebodoh tu)


is sooo...2008.

Now it's the end of 2010 already.
Two thousand ten, oqeh?


Wake up.

Thanks for keeping me amused everytime, anyway
.

October 25, 2010

Penyabar

Aku sedang cari-cari kerja part time.


Ok, sebelum kau nak spam email dan comment box aku, aku beritahu awal-awal aku tak minat kerja-kerja direct selling ka, pyramid scheme ka, jual insurans ka, FOREX ka. Kalau ada juga spam, aku taknak layan kau walaupun kau bagi komen bernas dalam entri lain.

Antara kerja yang aku (perasan kononnya) boleh buat adalah kerja di tadika. Sebabnya aku dah letih mengadap bahan bacaan yang sungguh ilmiah seperti journal article, mengadap report, buat analysis blah blah blah.

Banyak juga jawatan kosong di tadika-tadika. Hmm..ada yang gaji 4 angka.

Aku tengok kriteria-kriteria yang diperlukan macam biasa-biasa saja.

Eh, jap.



Kriteria paling atas,

‘Penyabar’.



Aku terus terbayangkan kalau ada budak throw tanrum.



Oh, memang tak ah kut

.

October 23, 2010

Canggih (KRU)


Setelah bersusah payah sehinggakan jarum peniti di selendangnya tertanggal, Siti Aisyah pun berjaya membuka pintu makmal itu.

Aku masuk, disusuli penyelia aku.

“Aisyah” aku seru. “Tu pin tudung tercabut.”

Aisyah betulkan selendang sambil berkata “Maaflah, makmal ni agak berhabuk sebab jarang sangat guna.”

Aku dan penyelia angguk faham. Makmal di pejabat kami yang selalu digunakan pun berhabuk juga.



Ada macam-macam instrument/equipment di makmal Gerantologi itu. Ada juga yang aku tahu, iaitu alat penimbang berat badan. Tapi alat tu tak boleh pakai, sebab readingnya 52kg bila aku naik.

Ada satu equipment tu rupanya macam treadmill. Aku mula-mula ingat nak ‘panjat’ juga, tengok apa fungsinya tapi aku ni manusia yang berpandangan jauh orangnya. Aku fikir, kurang manis kerana aku bawa nama fakulti dan organisasi placement ni. Maka aku batalkan niat curiousity itu.

Ye, paras rupanya macam treadmill. Nampak sungguh canggih. Aku kagum. Agaknya apa mesin ni boleh buat ya. Mungkin boleh ukur keseimbangan badan, ataupun scan komposisi badan subjek. Aku tak boleh nak fikir lebih dari itu, ilmu tak cukup.

Dengan jakunnya aku bertanya

“Ni apa benda ni?”

Dengan selamba Siti Aisyah jawab,

“Ini treadmill.”



Owh. Oqeh

.

October 20, 2010

Rosmah dan Fesyen Islamik

Satu

Dua

Tiga


Aku tidak lah layak sangat mahu berkata apa-apa dengan lantang. Jauh sekali mahu mencerca.

Tapi aku harap aku tak akan buat benda pelik-pelik atas nama Islam
.

October 18, 2010

Magika

Aku dah tonton Magika. Atas sebab-sebab berikut.


1. Bini art director suruh aku tengok.
2. Prop master suruh aku tengok.
3. Penulis skrip suruh aku tengok.
4. Aku dapat pas percuma dari Celcom. Hurrah!


Macam My Spy juga.

Neem tulis jujur sajalah ya, rakan-rakan.

Magika merupakan filem yang unik. Yang pertama seumpamanya di Malaysia. Seperti filem-filem KRU yang lain.

Tapi plot tak kemas. Macam ada sesuatu yang tak sampai tapi aku tak tahu apa. Aku tak tahu adakah ianya KRU atau Amir Hafizi Mohd Sood.

Lakonan, ok lah. Diana Danielle ada effort untuk tidak tenggelam dengan kehadiran pelakon lain yang (lebih) hebat (daripada Diana Danielle).

Sabri Yunus lawak.

Nyanyian KRU best.

Cinematografi waktu nyanyian adalah macam malas.

Cinematografi waktu flashback adalah bagus.

Abang Bad tak tunjuk kuat pun?

Paras rupa naga tak ditunjukkan dengan jelas, maka tak sempat feel.



Aku rasa, skripnya OK. Lagipun Amir Hafizi baca Neil Gaiman. Tapi sebagai sebuah movie, banyak yang tak sempat feel. Tapi pas percuma meh…

Macam filem Bilut. Aku suka gila skrip cerita tu. Tapi movie tu macam ‘tak sampai’.

Ya, itulah komen daripada aku sebagai penonton, seorang marhaen yang tak pernah menulis skrip, mengarah filem, dan merekabentuk prop.

Sekian

.

October 17, 2010

Tadi aku baca entri ini.

Aku terpesona dengan ayat ini

'Kejadian yang berlaku pada Jumaat itu merupakan serangan kali yang kelima dilaporkan pernah berlaku di beberapa tempat di negara ini melibatkan sekumpulan wanita pelbagai saiz badan.'


Perlu ke mention pelbagai saiz badan? LoL!

Tapi bila ingat balik, dalam kejadian di mana lelaki menjadi pesalah, tak kiralah meliwat mahupun membunuh, saiz badan tidak pernah menjadi hal
.

Brand or noun?

Check this out. Products that has become words you can find them in dictionaries.


I personally think we could come out with this kinda list, emic to Malaysia. A number of products has become a prototype of the same kind due to its popularity, then they turn out to be a generic name.


Pampers are actually disposable diapers.

Photostat? it's a copier machine produced by Photostat Corporation.

In the 90s, I remember my confusion when someone said they need to buy some Kodak, but ended up buying Konica.

Liquid Paper is the most famous brand of correction fluid. But I don't like it tho.

Buncho and Pelaka produce coloring materials, including poster color.

Ajinomoto is, obviously, a prototype for additional (if not artificial) flavour.
But ghee, a clarified butter,  is a word originated from India.

Gameboy is product of Nintendo. Just as Playstation to Sony.
I myself often use the term 'Google' as a verb.

Cutex is a nail care range which includes nail color.

What else should be on the list?
.

October 15, 2010

Anakku bukan Srazali 2

“Alamak, ada mesej la pulak!”


Begitu bunyi nada dering sms telefon bimbit Aini Maria yang maha mengjengkelkan sekalian makhluk bumi. Bengang juga Kamal Asri, tapi disabarkan saja mengenangkan perit jerih isterinya mengandung dan bersalin. Suami macam ni la kita nak, kan?

‘I blk lmbt sket.mebi after magrib.luv u.’

Haih. Lambat pula. Tapi lega juga. Aku takde lagi nama anak ni. Bisik hati Aini Maria.

Baby sedang tidur nyenyak. Kekenyangan. Kalau tak terlebih kenyang pun memang bayi tidur je. Dia bukan ada akaun Facebook™ untuk buang masa. Aini Maria bangkit. Kala duduk sakit bontot, kala baring sakit juga. Serba tak kena.

Terlupa untuk balas mesej teks Kamal Asri, Aini Maria duduk di sofa di hadapan televisyen, capai majalah. Kut-kut la kan jumpa pula nama yang menarik. Susah benar nak bagi nama anak lelaki ni. Nak buat macamana, ketiga-tiga anaknya semua ada kromosom Y. Hakikatnya sejak sebelum kahwin Aini Maria sudah ada idea untuk nama cahayamata, tapi semua nama anak perempuan. Darlina Hani, Amni Suraiya, Chinta Chanduri. (Ok, yang akhir tu tipu –pengarang)

Majalah MIDI kepunyaan ibunya dibelek-belek. Ah, nama semua nama tipikal. Tak Aini Maria lah kalau nama tipikal-tipikal ni. Tak glamour you know. Balik-balik nama Hafiz, balik-balik Khairul Anuar, paling tak tipikal pun Amirul Nazri. Majalah MIDI kut.
Majalah lain yang ada di rumah itu, CLEO dan EVO. Confirm lah tak membantu kan.

Internet? Sudah dicari di laman-laman web di internet. Kalau ada pun yang berkenan, pasti ada anak orang lain bernama begitu. Susah juga kahwin dengan anak bongsu ni. Nama-nama tak tipikal sudah terpahat pada surat beranak dan MyKid anak-anak saudara Kamal Asri yang dua belas orang itu.

Aini Maria sudah habis modal. Sudahnya Aini Maria menghabiskan masa membaca blog kegemarannya iaitu Hikayat Sepohon Azadirachta Indica Yang Mendiami Suicide Park.
Ntah apa kebendanya azahidrata tu pun Aini Maria tak tahu dan malas nak ambil tahu. Tipikal marhaen Melayu macam tu lah. Tak tahu tapi tak berusaha nak tahu. Sebut pun tak betul.

Dari blog kegemarannya itu, Aini Maria ‘melompat’ ke blog-blog lain pula, sehinggalah bayinya terjaga dan menangis.

Entah minta disusukan, entah minta ditemankan tidur.

 
Bersambung....

October 14, 2010

Seni mengumpat versi YM




Ada juga witness yang cakap arwah meninggal kerana dibelasah, bukannya sesak nafas semata. Ya, mungkin juga sesak nafas setelah dibelasah? Oh tidak. Jangan keruhkan keadaan.

Ada version cakap bukan seorang yang mati, tapi dua. Ada yang cakap tiga orang.


Apa-apapun, kita bukan eyewitness, kita jangan percaya bulat-bulat
.

October 12, 2010

Quote of 20101013

Speeding will not bring you closer to heaven
- Anoneemus

October 11, 2010

Anakku bukan Srazali

Aini Maria binti Azizi Rahman termenung di atas katil. Beliau menggaru-garu perutnya yang sudah tidak besar namun belum kempis itu. Kulit perutnya menggelebeh. Tapi tiada stretch mark. Mungkin Aini Maria menggunakan Bio Oil. Tapi tetap, menggelebeh. Oleh kerana itulah Aini Maria memakai bengkung, seperti ibu-ibu dalam pantang yang lainnya. Oleh kerana itulah perutnya gatal-gatal. Oleh kerana itulah beliau menggaru-garu.


Tapi bukan itu yang dirisaukannya. Bukan itu yang dimenungkannya.

Aini Maria memusingkan torsonya ke kiri seraya memandang ke belakang. Sekujur tubuh kenit terbaring di situ, di atas katil yang sama Aini Maria duduki.

Baby.

Itulah panggilan terhadap makhluk kecil berjantina lelaki itu yang keluar dari anatomi beliau sendiri.

Sudah sebelas hari. Sebelas hari tanpa nama.

Emak Aini Maria (Puan Zamdurani) sudah bising dengan kadar decibel tinggi. Abahnya (kita panggil Uncle Zizi saja) pula nampak cool saja, tapi mungkin esok lusa bising juga. Mana boleh tahan bini je yang bising. Sudah sebelas hari, Aini Maria belum mencapai keputusan untuk memberi nama apakah pada anak ketiganya itu.

Ideanya sudah kering. Rancangnya untuk dua orang anak saja. Maklumlah perempuan urban, mana mahu anak ramai. Mahu anak pun kira mujurlah, itupun setelah ditazkirah Ustaz Kazim (dalam plot yang dicipta oleh suami Aini Maria). Tapi rezeki sudah ditentukan, Aini Maria disahkan hamil untuk kali ketiga.
Sebenarnya kali keempat. Tapi kali pertama dahulu, ‘tak menjadi’ kata orang. Atau bak kata OtakKapasitiRendah, sudah masuk gol tapi terkena tiang pula.

Suami Aini Maria, Kamal Asri bin Fahrin Ahmad sudah kembali bekerja sejak tiga hari lepas. Untung juga kedua ibubapa Aini Maria sudah bersara. Mereka bergegas ke Kuala Lumpur sejak mendapat tahu Aini Maria pecah ketuban. Sekarang merekalah yang membantu Aini Maria menguruskan rumah, anak pertama dan kedua serta bayi kecil itu.

Baby.

Itu sajalah panggilan buatnya. Setakat ini.

Aini Maria mengeluh kesah. Usap-usap abdomen yang masih gatal. Jam menghampiri jam 5. Kamal Asri yang bekerja sebagai Polis Marin di bawah naungan Ashraf Muslim akan pulang tidak lama lagi, Tuan.

Aini Maria sudah berjanji dengan Kamal Asri akan mencapai keputusan muktamad agar nama Baby boleh didaftarkan esok hari. Aini Maria mencebik. Kamal Asri menyerahkan mandat memberi nama anak bulat-bulat pada Aini Maria. Setiap hari Kamal Asri mendesak Aini Maria supaya segera memberi nama tapi beliau sendiri sedikit pun tak membantu.
Eyh dia ni nak lempang kang derhaka pulak. Bisik Aini Maria dalam hati.



Bersambung…

October 10, 2010

Attention: Sarah Ar

Darling, I've mailed you something. Check your yahoomail.
Takut masuk spambox lagi macam dulu-dulu.

Love,
me
.

"... maka kita jangan hairan jika orang Barat prajudis dan menuduh Islam mundur, tidak beraturan dan seumpamanya. Mereka salah tafsir terhadap Islam kerana kita tersalah memberikan lambang dan gambaran."

Click here for an interesting article from Dr Mohd Asri
.

October 08, 2010

...Of Macaque and Man

I doubt that shooting the suspect in the baby abduction and homicide case (a macaque that had kidnap and bit a 4-day-old infant to death) would solve anything.

It's not that he's a serial killer. I don't think he even had a criminal record. The alpha male in question had the right for a just trial. Poor thing didn't had the chance to defend himself in court.

Plus rumours had it that they had shot the wrong macaque. Even if they did shoot the culprit, it brings me to the conclusion that even more innocent macaques' life are being threatened now.

They should have run a DNA test to identify the real murderer, shouldn't they?

Steve Irwin was killed by a stingray, but we do not agree that to go on a stingray hunt or rally would do justice for the Irwins no?


As for the family of the poor baby, I feel really sorry for them. They must have been traumatised by the tragic and gory incident. Especially the mother, who has high probability of sinking into post-partum depression (meroyan).




Don't get me wrong. I know that the Wildlife Dept assumed that they had no choice but to prosecuted the male macaque as it was a threat to the residents' safety.
Alpha male can be very violent and due to its size it can kill an adult.


Well yeah, back in my college the monkeys are a threat too. They aren't agressive but who knows. I remember waking up to the sound of the venetian blind and found a monkey on my study desk. It shows no fear for me at all. Hmm....

.

October 07, 2010

Encik, dan Pakcik,

Saya rasa perlakuan melayan guest dari Brunei (yang juga merupakan prospect client) di dalam ruang berhawa dingin sambil menghisap rokok adalah sangat rude.

Dan inconsiderate.


Sekarang saya sakit tekak
.

October 03, 2010

[Enam jahanam] Sejarah dunia dan video Dunia Akhir Zaman

Membaca kupasan video Dunia Akhir Zaman oleh para penulis, blogger dan ulama’, ia mengingatkan pada diri aku sendiri pada zaman sekolah.


Pertama,

Aku memang sejak dulu tak percaya 100% pada apa yang aku belajar dalam kelas. Bukan setakat matapelajaran Sejarah, malah kadangkala subjek Agama Islam pun aku tak ambil seratus persen. Ustaz ustazah pun belajar dengan manusia juga. Kadangkala mereka juga terpengaruh dengan rigidnya Islam di Malaysia ini. Contohnya perkara yang membatalkan puasa, tentang haid. Di kalangan ulama’ juga ada khilaf pendapat.

Baca buku teks sejarah itu aku umpamakan seperti membaca Utusan Meloya, atau menonton Buletin Utama. Yang kau baca, kau dengar itu, perspektif mereka. Bukan dari Tuhan, bukan dari Nabi. Bukan the ultimate truth. Hatta sudah rujuk ayat Quran pun kalau ditafsirkan salah, maka salah juga jadinya. Kebenaran hanya Tuhan yang tahu.



Kedua,

Dahulu di sekolah rendah aku pernah persoalkan. Kenapa kisah-kisah nabi menunjukkan kehidupan mereka seperti kita juga, memasak, berdiskusi, menjahit, mengajar dan belajar, ke masjid, bercukur, mengembara, berpindah?
Tidak seperti apa yang ditonjolkan dalam bingkisan sejarah yang melibatkan zaman batu. Bercakap pun tak reti, jalan membongkok, tak potong rambut.

Waktu itu, tiada yang mahu menjelaskan pada aku dengan terperinci memandangkan usia aku. Yelah budak kecik, siapa nak layan soalan macam tu. Macam waktu aku tanya apa itu kondom.

Back to the story, ada juga yang jawab. Aku pun ingat-ingat lupa. Yang aku ingat, ada orang jawab pada aku, tamadun itu tidak sampai ke seluruh dunia. Ada tempat bertamadun, ada yang tidak. Aku yakin yang bertamadun itu sudah pasti di kawasan-kawasan adanya nabi dan ajaran Islam.

Oh ya, ustaz pernah cakap, di zaman Nabi sudah bina masjid, entah-entah orang putih masih mandi setahun sekali je. Mungkin juga, kan? Dalam satu negara pun, ada tempat sudah ada monorel, ada UYA, tapi ada juga tempat yang bekalan air paip pun tiada. Bau asphalt pun mereka tak pernah cium. Tak mengapa, lagi penting dapat cium bau syurga.



Ketiga,

Sebulan lalu, aku pernah bertanya, kenapa lelaki ada nipple walaupun tak keluarkan susu? (aku harapkan jawapan berbentuk biologi)

Jawab orang yang berada dengan aku ketika itu, zaman dulu dinosor suka makan perempuan. Maka mereka lukis nipple pada lelaki juga supaya dinosor keliru.

Bajet habis gentlemen ah lelaki zaman tu kan? Aku ketawa. Sebentar. Kembali siriyes.

Dan aku tanya lagi, zaman dinosor tu zaman nabi apa? Kenapa dalam kisah nabi tak ada pasal dinosor?

Kemudian aku teringat gambar yang aku dapat dalam email. Kau pernah lihat gambar-gambar ni?





Aku rasa zaman dulu dinosor tak makan manusia. Kalau manusia pun sebesar ni, dinosor bukanlah haiwan gergasi sebenarnya. Aku rasa dinosor tu macam koyote je kut eh dulu? Kalau yang kecik-kecik tu mungkin manusia ternak. Macam cool je eh kalau kat opis dia ada sijil dalam frame; Sijil Kursus Penternakan Dinosor Moden.



Keempat,

Orang Melayu ni ramai yang malas membaca. Asal Darwin je, tolak. Asal teori evolusi je, beruk. Lepas tu tak nak kaji dahulu. Kalau malas membaca je, takpe. Ni malas nak fikir pula.

Teori evolusi bukan hanya berkisar mengenai manusia keturunan beruk, okeh? Banyak lagi point-point dalam Survival of the Fittest yang boleh digunapakai. Tentang kelangsungan hidup, pembiakan manusia. Benda-benda yang tidak bercanggah dengan Islam. Benda-benda yang buat kau terfikir kebesaran Tuhan.



Kelima,

Apa-apa kau baca, kau tonton, kau dengar; fikir. Tapi tak perlulah fikir terlebih fikir sampai syak wasangka yang bukan-bukan. Kadang-kadang, orang lain tak sebijak yang kita sangka. Orang genius je yang boleh buat konspirasi besar-besaran.

Most of the time, benda-benda yang simbolik pada kita, tak simbolik pun pada orang lain, tak membawa erti apa-apa. Terutama bila melibatkan seni.
Macam bulan dan bintang. Orang agama lain pun, kalau mahu menggambarkan suasana malam, dilukis bulan dan bintang juga.
Macam kubah dan minaret. Untuk tujuan akustik, bangunan agama lain pun boleh dibina kubah juga. Ada minaret juga.

Most of the time, simbol dan gesture tak melambangkan apa-apa pun.



Keenam,

Apa-apa kau baca, kau tonton, kau dengar; fikir. Analyze, synthesize. Jangan main percaya je. Jangan main tolak je.

Dan sejarah tak semestinya fakta. Kau baca sejarah politik Malaysia pun kau boleh tahu.



Ada akal, guna

.

October 01, 2010

Makhluk sosial

Human beings are social creature, by nature.
No man is an island.


Itu apa yang mereka kata. Dulu aku sangka aku seorang yang sosial juga.

Tapi tidak. Aku reserved. Aku lambat hangat. Mungkin aku introvert. Dan aku tak minat mahu tambah kawan baru. Aku rasa kawan-kawan yang sudah ada pun aku tak terlayan. Ramai lagi yang aku ignore. Aku tak tanya khabar. Aku tak ucap selamat hari lahir. Aku tak pergi kenduri kahwin. Tak pergi bridal shower.

Ya, kalau istilah yang kau rasa tepat untuk menggambarkan itu adalah sombong, silakan. I rela. Ouwh.



Dan sekarang, amat ketara, aku tak ada hati mahu hadir aktiviti sosial anjuran manusia-manusia sosial di tempat aku intern ini.

Aku cuma hadir demi hidangan makanan. Itupun kerana di ghetto habitat aku ini amat kegersangan dari segi pilihan makanan halal. Asyik makan tomyam saja, naik cemuih juga.

Lagipun, aku jenis manusia yang suka menyendiri dan take my own sweet time to do my thang. You know, spend time on myself. Kalau aku sibuk bersosial, bila masa aku nak buat hal sendiri?
Baju yang aku basuh minggu lepas masih tak terlipat. Baju yang basuh minggu ini masih di ampaian tak terangkat. Baju yang dipakai minggu ini masih dalam bakul tak terbasuh.

Saat-saat begini semua pun rindu bibik, bukan?



Lagipun aku mahu jimat tenaga kerana akhir-akhir ini aku diganggu masalah kesihatan. Tak tahu apa tak kena. Tidur terganggu. Masalah penghadaman juga menakutkan. Sakit-sakit badan. Malas bangun pagi. Makan pun malas. Ok tipu. Sangat tipu kalau makan pun malas.

Eh malas bangun pagi tu masalah kesihatan ka? Kesihatan mental kut? OK, doktor cepat buat intervention.

Nak kena exorcise lagi habitat setinggan aku ni gamaknya. Penduduk asal habitat datang lagi mungkin. Katanya memang suka duduk situ. Entahlah. Jangan kau pun nak bersosial dengan aku, sudah. Aku bukan Melayu. (Jin kan suka kacau orang Melayu). Aku tak minat bersosial.

Tapi aku suka makan. Food brings people together.

Oleh itu, aku akan hadir ke jemputan open house minggu ini. Terutama yang ada roast lamb. Datang dengan Encik Stateskop, biar beliau yang beramah tamah. Aku cuma akan senyum, angguk, dan makan.



Roast lamb.

Oyeah baby. Come to mama

.