November 30, 2010

Merajuk saya dibuatnya!

Sejak tahun lepas, aku diserang masalah gusi.

"Tapi, saya berus gigi pagi tadi."
"Berus gigi saja tidak mencukupi."

Cilakak, siapa pula pasang iklan ni?

Sejak geraham bongsu mahu keluar, aku sering demam dan diserang masalah gusi sensitif.

"90 peratus kuman, bukan pada gigi."

Diam!

Tapi sepatutnya tidak berkolerasi. Gusi sensitif tidak sepatutnya berlaku akibat geraham bongsu.
Aku agak kecewa. I floss, I gargle, all in vain.

Anyway, maka aku ke klinik gigi pada bulan lalu. Bila nama aku dipanggil, aku salah masuk bilik. Akak misi yang garang bilang 'Hey sini la!'. Wuwuwuw kena marah.

Pakar pergigian berkata, ia mungkin masalah genetik. Ya, baru aku ingat, Abah dan kakak aku guna Sensodyne Gum Care. Doktor nasihatkan aku supaya aku terima kekurangan aku itu dengan redha.

Baek....

Minggu lalu aku ke klinik itu lagi. Bila nama aku dipanggil, aku berlari-lari anak sambil memegang buku Eat Pray Love ke arah bilik yang betul. Takut kena marah, dowh. Wuwuwuwuw.

Pakar pergigian berkata, oh awak ni yang gusi lemah tu ye.

Lagi sekali; Baek....

"Saya kasi awak ubat dulu. Biasalah remaja memang hormon tak stabil."

Hoh?

"Tapi doktor, umur saya dah dua pul-"

"Eh? Saya ingat awak baru belasan tahun. Nam belas ke.."

Erk.





Maka tengahari itu aku pulang sambil merajuk-rajuk suka
.

November 24, 2010

Anoneemus lagi cun!




That guy with the freaky table lamp!



Eh jap, Nurul Izzah buat apa di CM?

Oh, aku ada blog rupa-rupanya.

Sukacita dimaklumkan akaun jalurlebar aku telah bungkus setelah 3 bulan tak bayar bil.

Masuk bulan keempat, bil sudah ditolak dalam lebih kurang 70ringgitkasorga sebagai tanda kehormat aku telah di-disconnect-kan. Belum hubungi Celcom untuk kata putus.

Aku rasa macam putus tunang. Tapi putus tunang dengan lelaki kaki kikis.

Tak apalah, boleh cuba lagi. Bukannya takde WiFi percuma. Sebenarnya itulah punca tak bayar bil.

Hoho
.

November 16, 2010

The oldest profession

Tiap-tiap malam kita tengok Buletin Utama
mesti ada pelacur kena tangkap angkut naik lori

Lebih-lebih lagi kalau pelacur tu warganegara asing.

Tapi mana ada berita bapak ayam kena tangkap?
ataupun pelanggan rumah pelacuran kena tangkap?

Kau nampak tak diskriminasi di sini?

Pelacur kena tangkap, tak selesai masalah pun. Bapak ayam tu kaya raya boleh ambil yang lain pula.
Walhal pelacur tu bukan nak sangat jadi pelacur, sebahagian besarnya kena tipu dan dijual sebagai pelacur.

Yang melanggan pula macam tak buat salah je.

Kenapa pelacur selalu dianggap hina, walaupun oleh pelanggan dan majikan mereka sendiri?
Bukankah kalau mereka hina, majikan dan pelanggan turut sama hina?

At least melacur itu untuk kelangsungan hidup. Atau terpaksa nanti dibelasah majikan.
Habis yang berzina siang malam tak dapat satu sen pun itu? yang melanggan sanggup bayar beribu-ribu satu round? Mulia sangat kah?

Hanya kerana pelacur itu perempuan, dia lebih hina daripada lelaki yang melanggan?

Sigh
.

November 13, 2010

"A cheap (silent) for me to lay"

Aku nak buat report. Korang layan ni dulu.



They got the whole orchestra to put on a mask. Cool
.

November 11, 2010

Setuju dengan Anna!

Ya, saya, Anoneemus bersetuju dengan Sue Anna Joe mengenai iklan mempromosi bahasa Malaysia itu.
Pada pendapatan saya yang kurang dari RM20,000 sebulan ini, iklan itu agak kurang ajar dan mengajar kita menjadi kurang ajar.

Tujuan iklan itu adalah untuk menggalakkan penggunaan BM sebagai bahasa kebangsaan di kalangan semua umat Malaysia tanpa mengira kelebatan bulu roma di lengan.
Sempena konsep 1Malaysia.

1Malaysia, 1Bahasa.

Tapi konsep 1Malaysia juga menekankan tentang budi bahasa.
Kalau kau ingat lagu yang dulu dok ulang-ulang kat televisyen sampai terpahat di memori jangka panjang, ayat terakhirnya 'Budi bahasa budaya kita...'

Oh, lagu tu sendiri pun dinyanyikan dalam berbilang bahasa, bukan?
Ironinya, kalau kita ignore orang yang bertanya pada kita semata-mata  kerana orang tu tak cakap BM (sedangkan kau faham je bahasa yang dipertuturkan olehnya itu) itu tandanya kita tidak berbudi bahasa. Atau dalam bahasa lembutnya, kurang ajar gemuk!

Kesimpulannya, iklan kempen bahasa kebangsaan ni secara 'live' merupakan kontradiksi kepada aspek berbudi bahasa dalam konsep 1Malaysia.


Aku pun selalu juga bertanya dalam bahasa Inggeris, dan nasib baik aku tak pernah dibiadapkan seperti itu.
Oh, tapi aku pernah dibiadapkan juga di sebuah negeri di semenanjung hanya kerana aku tak berdialek tempatan. Orang tu cakap "Saya tak paham lah orang cakap KL ni." Memang rasa phallat habis la kan.

Kalau yang skipping London tu orang tua pun kau nak ignore ke?


Dan, aku juga bangga Anna tulis point yang aku juga pernah tulis sini; latih anak berbahasa Inggeris sejak kecil. Jangan risau, di luar rumah tu ramai yang boleh ajar dia BM. Ataupun, ibu cakap English, ayah cakap BM. So dapat both.
Alah, kawan-kawan aku yang terer gila English pun, dapat A1 juga dalam BM.
Kawan kau yang terer BM tu semua dapat English A1 ke?


Satu lagi point aku nak tambah, kau kena open pada teguran. Macam aku, aku suka kalau orang betulkan English aku. Kalau ada commenter yang betulkan dalam blog ni, aku akan ketawa dan berterima kasih. Rasa seronok belajar benda baru. Bila orang betulkan, kau lebih ingat.

Ni masalah utama yang melanda ada satu suku kaum tu kat Malaysia. Kaum apa ntah aku pun macam lupa dah. Tapi menurut lagenda, kaum ni memang pantang ditegur kesalahan. Kalau kita betulkan, mereka fikir
"Kerek gila minah ni betulkan pronunciation pronounciation orang."

Haha 'pronounciation'. Dah salah nak marah orang pulak dengan menambah kesalahan lagi.

Kalau ada orang kaum ni yang selalu cakap English, mereka akan dipandang serong. Patutnya belajarlah dengan beliau, ye dok?
Menurut lagenda lagi, kaum ini kalau tak tahu, malu pula bertanya. Takut nampak bodoh. Dulu-dulu kaum ni diperintah raja yang dipanggil sultan. Sekarang ni tak taulah apa fungsi raja bagi kaum tu. Sebab raja pun pantang ditegur, sama macam rakyat juga.
So korang jangan la jadi macam suku kaum ni. Memang tak maju lah kalau macam tu sebab orang lain belajar bahasa kita, tapi kita tak tahu bahasa orang.

Korang beritahu semua orang yang kau mahu improve English, dan tak kisah ditegur/betulkan kesalahan.

Dan terimalah teguran itu demi masa depan, demi kemajuan diri sendiri
.

Peliharaan

November 09, 2010

Aku tak suka betul bila orang komen dekat blog dengan cara yang bidas/libas/pancung tapi sebenarnya dia salah faham apa yang blogger tu maksudkan.

Sebelum komen, baca la betul-betul.

Most of the time, kawan-kawan blogger aku menyatakan pendapat tentang sesuatu isu tanpa membuat keputusan memilih, atau menyokong antara pro atau kontra. Aku pun, begitu.

Sebelum komen, baca la betul-betul.
Lempang guna tangan Encik Stateskop kang baru tau.






 
Aku sibuk dengan report sempena internship. Malas mau ulas panjang
.

November 08, 2010

Kau mungkin tak tahu ni, so aku bagitau

Korang tau tak,

sekarang ni air sirap dah kembali jadi 'hip'.

Dulu kau mungkin pandang rendah pada sirap. Kenduri kahwin pun sekarang tak main dah sirap-sirap, kalau ada pun mesti bukan sirap asli, tapi sirap limau atau selasih.

Kalau keluar makan dan kawan kau order air sirap mesti kau gelakkan dia. Kau cakap dia kampung, kan?


Tapi sekarang, siapa yang terkenang-kenangkan sirap? Siapa yang terbayangkan nyamannya air sirap sejuk di kerongkong?

Kerana sekarang ni sirap dah jadi 'rare'.


Ya,

 sekarang ni air sirap dah kembali jadi 'hip'
.




November 04, 2010

So you think you can be an architect



"You are a complete and total idiot. And should never reproduce."

Ha ha
.

November 03, 2010

Cucur abadi

Kami dah pulang mak buat cucur


Mudah saja tambah air

Adun sebati, goreng dan sedia

Tepung cucur Adabi rahsianya

Kami nak lagi, bolehkah cepat?



Boleh, kalau korang tolong aku instead of nyanyi je.



***

Lagu ni best gila. Aku tak puas hati iklan baru yang dibuat di Indonesia tu.

Bukan iklan cucur je lah, mana-mana iklan Adabi yang baru.



Oh, juga menyampah iklan sup bunjut. ‘Kami pergi jogging di KLCC.’

Konon habis Malaysia lah tu kan.



At least dubbinglah suara di Malaysia. Aku rasa annoyed sebab kita bangga dengan Adabi sebagai produk tempatan yang hebat tapi iklan obviously tak buatan Malaysia pun

.

November 02, 2010

Trankuiliti Damansara (‘Kronologi Pisang’, bak kata Tanpa Nama)

Osman Kabilah: Awak mandi pada 26 Oktober?

Semful: Saya mandi pagi.

Osman Kabilah: Kenapa awak tak mandi petang?

Semful: Sebab sejuk. Petang tu hujan. Saya sejuk.

Osman Kabilah: Ada awak mandi serta cuci 'anus' selepas kejadian?

Semful: Saya bilas (rinse).

Osman Kabilah: Kenapa tak cuci?

Semful: Saya mahu simpan bukti.

Osman Kabilah: Jadi awak tak mandi junub lah ye?

Semful: Jangan ugut saya.

Osman Kabilah: Awak berhadas besar selama 2 hari?

Semful: Saya tak boleh confirmkan seratus peratus.

Osman Kabilah: Kenapa tak buat lapuran polis masa 26 haribulan?

Semful: Tidak.

Osman Kabilah: Saya tanya kenapa, bukan adakah. Awak ni kena liwat di telinga kah?

Peguam Semful: Bantahan, Yang Arif.

Hakim: Diterima.

Osman Kabilah: 27 haribulan, kenapa tak 'lodge report'?

Semful: Saya takut ia akan 'affect' masa depan saya.

Osman Kabilah: Tapi awak ‘lodge report’ juga pada 28 haribulan? Atas nasihat siapa?

Semful: Tiada.

Osman Kabilah: Kenapa awak report juga walaupun ia akan ‘affect’ masa depan awak?

Semful: Saya sakit perut. Tak tahan.



Peguam Semful minta sesi ditangguhkan kerana klientnya tertekan dan dibimbangi hilang kewarasan (setelah kehilangan maruah).



Semful terus pulang ke kediamannya sebaik selesai sesi perbicaraan. Beliau baring di atas katil sambil membelek penyata akaun CIMB yang baru dikemaskini semalam.

Semful pejam mata dan senyum. Segala tekanan perasaan yang dirasainya di kandang saksi tadi hilang.



Mungkin inilah yang dikatakan Trankuiliti Damansara

.

November 01, 2010

Bio Zip: Wardrobe Malfunction

Hai semua! Oh maaf aku baru sedar aku dah lama tak update. Tapi tak lama sangat pun kut eh? Tapi apasal korang tak remind aku suruh update?


Oh, sebab blog ni tak penting pun. Betul juga tu. Tapi kalau tak penting kenapa korang baca eh?

Oqeh, oqeh…itu soalan retorikal. Tak perlu jawab. Kalau nak jawab pun takde hadiah punya.

***

Minggu lepas aku dan 2 orang kawan pergi satu gelanggang futsal untuk menonton satu tournament yang dianjurkan oleh organisasi placement aku ni. Mestilah aku pergi tonton je, takkan bimbo yang cerdik nak masuk tournament. Main suka-suka sudah. Barulah kena dengan taraf diri ini.

Aku bawak macam-macam bekal makanan walaupun aku dah dinner. Kami sampai gelanggang pukul 9.30 sebab kami singgah beli makanan. Bila sampai di gelanggang, kawan aku yang 2 orang tu pergi bersosial, aku pun duduk bersila tepi gelanggang, makan. Gila introvert. Kalau ada orang senyum kat aku, aku senyum je lah balik sambil kunyah-kunyah makanan.

Waktu tu aku rasa nerd gila ah. Dah la kaki kerusi, introvert pulak tu.

Tapi bila 2 team yang aku sokong (sebab team department aku) sedang beraksi, aku ambil perhatian juga lah. Lagipun, pengurus team yang aku sokong lebih sikit tu awek cun. Maka, walaupun semua pemain futsal adalah lelaki, malam itu aku usha awek. Aku kena pastikan beliau tidak kecewa. Orang cantik kalau kecewa, masih cantik.

Waktu tu aku rasa lesbian gila ah. Tak pandang pun lelaki-lelaki gagah dalam gelanggang.



Akhirnya kedua-dua team aku masuk semi-final. Seronok betul kami.

Aku dan 2 kawan tu pun bergerak ke gelanggang sebelah untuk perlawanan seterusnya. Bila sampai di sana, awek cun tadi panggil aku.

Sini jap, katanya. Aku seronok.

Bila aku sampai dekat, dia pegang tangan aku, tarik aku mendekatinya. Aku tambah seronok.

Dia cakap “Seluar zip tak?”

Aku masih tersengih. Eh, dia tanya apa? Zip?

Aku masukkan tangan bawah top. Memang tak zip pun. Tanpa berfikir, sambil tarik zip jeans aku kata Oh ni mesti terbukak sebab tadi duduk atas lantai.

Awek cun cakap “Baik ketip sekarang.”

Aku masih sengih. Ibarat lelaki dapat kebenaran isteri untuk kawen 3. Ya, tiga.



Hii..aku sampai terlupa nak rasa malu sebab yang tegur aku tu awek cun. Hii…

Patutlah kedua-dua team aku masuk semi final, dan team yang aku sokong lebih tu jadi johan keseluruhan. Jeans aku tak zip rupa-rupanya. Hii…

Ya, aku sungguh seronok malam itu.



By the way, aku baru sedar, GA Blue aku ni zipnya tak boleh diketip.

Moral of the story, kalau seluar low rise anda zipnya tak boleh diketip, hati-hatilah terutama jika anda duduk di atas lantai.



Dan ada perempuan cantik dalam jarak radius 2 meter

.