December 30, 2010

5 sebab kenapa kau mesti pilih lagu Fiona di sesi karouke

Semua orang yang biasa mengunjungi pusat karouke memiliki set lagu-lagu wajib.

Mat rempit wajib layan rock leleh seperti lagu Spoon, Spin dan Scoin.
Seorang kawan perempuan aku, mesti layan lagu Rossa dan Kris Dayanti.
Seorang kawan lelaki aku, mesti layan Awie.
Encik Stateskop, Faizal Tahir.

Kebanyakan kawan aku akan pilih satu lagu Peter Pan.
Oqeh, KRU juga. Memartabatkan industri muzik tanahair la katakan.
Macamla dapat royalti pun kalau kita pilih lagu tu.


Aku?
Tak kira dengan siapa. Mesti ada kawan aku akan pilih lagu Fiona.
Fiona oleh 4U2C merupakan lagu wajib sesi karouk aku dan rakan-rakan.
Ya, aku dan Encik Stateskop juga. Beliau terpaksa. Jaga hati.

Aku bukan suka pun lagu ini. Dulu aku paling benci menyampah kumpulan 4U2C.
Tapi aku saja mahu tonton video klip sambil gelakkan lirik yang salah.

Ya, memang pusat karouke biasanya bagi lirik merapu. Kecuali Superstar. Ye ke?

Jadi, berbalik pada isu asal, apa yang menarik sangat video klip ni?

1. Kau akan dapat lihat anak bangsa kita menari tarian yang step dia sangat mudah tahap tuk wan kau pun boleh buat dengan sekali tonton.

2. Kau akan dapat lihat anak bangsa pakai stoken lain sebelah, ramai-ramai, sambil menari di taman.

3. Kau akan dapat lihat anak bangsa gantung cakera padat di leher, ramai-ramai, sambil menari di taman.

4. Kau akan dapat lihat AC Mizal sewaktu muda, jauh sebelum beliau menjadi usahawan yang dikantoikan penipuannya.

5. Setelah menonton video klipnya berulang kali, kau akan berjaya mendapatkan mesej positif yang ingin disampaikan.
Aku baru je dapat tahu, sebenarnya Fariq yang keluar dengan Fiona adalah adik Fiona yang masih di sekolah rendah itu. Kau tahu ke? Cepat ucap terima kasih pada aku sebab kasi kau info yang amat bermanfaat kepada bangsa dan negara ni.

Moralnya di sini ialah;
(i) Jangan cepat buruk sangka dan putus asa. Siasat dahulu apa-apa yang terjadi.
(ii) Apa kejadahnya kau masih di bangku sekolah ajak awek dating malam-malam? Waktu malam dia keluar dengan family dia je.

Kesimpulannya, kau jangan ingat entri aku ni tak ada faedahnya.
Enjoy!

December 29, 2010

I'm not the girl who sits in front of the telly watching soccer match in her room alone like I used to anymore

I've grown up.
I prefer a bigger screen. With bigger crowd that is.

Foodcourt is the best place.
Coz I don't eat mamak's.

I used to know everything about EPL. About Man Utd. About Liverpool. and Chelsea.
I used to know all the hotties on the field. The hunks' birthdate.

It's not a big deal being fan of soccer when you're an evening person.
I used to buy Man Utd official annual book as my own birthday gift.
And the merchandize? O yeah. I've given them all out.

When it comes to soccer, I'm not the person I used to be anymore.
Heck I don't give a damn if you hate Man Utd so much.

Aku rasa orang yang gaduh sebab bola ni sangatlah tak matang. Tak malu kat anak-anak ke?
Aku pulak yang malu.


Or to tell you the truth, I'm not even a soccer fan anymore.



Tapi kalau belanja makan di foodcourt sambil tonton bola apa salahnya.
Sate, bihun sup, cendawan goreng dan lai che kang suam.



O yeah
.

December 28, 2010

I pun nak coming out of the closet juga. I oqeh.

Puan Anoneemus yang gothic


Pandai pakai, tak pandai bukak sendiri

OK dah. Segan.


Oqeh, oqeh aku tau aku lambat upload gambar.
Mohon maaf kepada semua.

Ya, ya aku tak available.
Mohon maaf pada semua lesbian.

Baik, baiklah semua salah aku.
Sebab atas kecuaian diri sendiri; lepas dapat DVD dari photographer, aku tertinggal pulak DVD tu kat rumah parents. Walhal time tu aku ada masa nak edit bagai.
Lepas dapat semula DVD, aku dah mula busy. Bukan busy menguruskan rumah tangga, pun.
Busy menguruskan kehidupan sendiri, macam biasa.


Lepas tu aku dah turn off. Dah malas layan.
Aku rasa anak tudung yang aku pakai masa nikah tu pun tak tanggal lagi kesan bedaknya.
Dah malas nak usahakan benda-benda macam tu.


Serius aku rasa hidup aku sangat serabut. Mungkin kerana banyak uncertainty.
I hate uncertainty. It can be very, very frightening. And suffocating.


Tiba-tiba je aku teringat balik pasal gambar-gambar ni.
Thanks to Afterc yang komen 'anda akan jumpa jodoh' or something dalam entri Nujum Mimpi. I was like, apa dia cakap ni?
Then aku sedar yang aku tak announce lagi. Rasa nak hantuk kepala kat kusyen tu memang ada sangat la. Tapi tak elok la menzalimi diri sendiri kan. Kan tubuh badan kita ni amanah, Tuhan kasi pinjam je. Sebab tu la kita kena jaga kesihatan dan buat sit-up setiap pagi dan petang. Right.

Ini pun patutnya ada lagi gambar nak publish, tapi aku putus asa dengan kelembapan capaian internet.
Maklumlah, Wi-Fi percuma. Kan dah kena dumped dengan Celcom Broadband hari tu.


Watermark pun tak dan taruk dah ni.

Dan percayalah, aku tak print sekeping pun gambar wedding aku. I don't even have a wedding photo album yet. All I have is the DVD.
Semua benda rushing sangat.


Oqeh. Diharap berpuas hati.
Kalau tak puas hati pun, I don't care.


Ye, saya gay.
Saya girang.
Saya oqeh ja
.

December 26, 2010

Bewildered

Pada tahun pertama aku di kampus,
aku hadir di satu program yang aku pun lupa apa namanya. Yang pasti, program tu wajib untuk pelajar tahun pertama sebab kalau tak mesti aku tak ada di situ dan punya modal untuk entri ini.


Penceramah merupakan seorang pensyarah undang-undang yang tersohor.

Di tengah ceramah tentang ilmu hidup, beliau menyelitkan nasihat-nasihat berunsurkan petua mencari jodoh kepada para pelajar.
Kata beliau pada pelajar lelaki,
"Korang ni, bila nak cari isteri, fikir-fikirlah. Kamu nak yang paras rupanya cantik dan bangun tidur pukul sembilan?"

Aku pun terfikir, untung suami dia. Dah la cantik. Bangun pukul 9 pulak tu.

Tapi lepas tu pensyarah tu sambung lagi.
"Atau pun kamu nak yang biasa-biasa je, tapi bila awak bangun tidur dia dah siapkan sarapan?"


Erm.
Aku keliru.


Lambat 'sikit' la baru aku faham.
Kiranya yang latter is better dan the former lah. Oh, rupa-rupanya pukul 9 tu dikira lewat lah ye.



Tapi aku macam terkilan juga lah sebab tak masuk mana-mana kategori pun
=(

December 22, 2010

Italian job

Dua orang Itali yang pertama aku kenal,
sejak aku kecik-kecik dulu

adalah mereka ini

Kau kenal?
.

December 20, 2010

Selamat Hari Lahir, Ms Weed!

Wishing you all the joy and love in the world!

December 18, 2010

Integriti itu perlu

Oh aku tak tahu kenapa, tapi perihal video malaikat turun ke kaabah kembali menjadi isu. Itu video 3 tahun lepas kalau tak silap.
Bosan betul.

Paling jengkel, salah seorang yang upload video itu berkata bentuk malaikat itu kelihatan seperti Buraq.
Kau tahu Buraq? Yang bawa Rasulullah waktu Isra' dan Mi'raj tu.
Kau pernah tengok Buraq kah? Memandai je.


Aku awal-awal lagi tak percaya sebab aku tak rasa orang macam kita-kita ni layak untuk tengok malaikat. I mean, kalau malaikat boleh dicapture dengan kamera, itu bermaksud semua orang pun boleh tengok malaikat.
Rasulullah pun sampai demam waktu turun wahyu, kau ingat malaikat tu senang-senang nak posing depan kamera?

Usahkan malaikat, jin pun aku tak percaya boleh dicapture dengan lensa kamera.
Mereka dinamakan makhluk ghaib. Dah nama pun ghaib. Kita wajib percaya, bukan wajib lihat.


Jin dan malaikat sentiasa berada di sekeliling kita. Tapi kita tak nampak pun kan?
Hanya sesetengah orang yang terbuka hijabnya boleh nampak. Jin. Bukan malaikat.
Orang yang pergi haji banyak kali pun tak pernah jumpa malaikat. Takkan lah senang-senang pulak kita boleh tengok dalam Youtube.

Yang aku lagi seram kalau ustaz-ustazah yang mengajar di sekolah rendah percaya benda-benda begini. Budak-budak sekarang kan semua kaki Youtube. Oops. I mean Youtuber.
Seingat aku, ada juga guru agama sekolah rendah aku yang ajar benda-benda salah ni. Aku sedar benda ni bila aku dah dewasa, dah boleh fikir sendiri. Bagaimana pula dengan rakan sekelas lain yang mungkin sehingga dewasa, masih percaya?


Tapi kalau tengok video lain yang diupload oleh Dommsdaynarrator2 memang agak mengelirukan. Macam paranoid pun ada. Semua fenomena kau nak kaitkan dengan metafizik.



Kesimpulannya, kita jangan cepat percaya apa-apa yang kita lihat dan dengar. Lebih-lebih lagi kalau yang berkata-kata tu orang yang tiada kredibiliti, contohnya orang tu kena tangkap basah atau tak basuh bontot selama 2 hari.
Bukan, bukan aku nak ajar korang jadi bersangka buruk. Tapi berhati-hati.
Kan dalam Islam pun dah tetapkan, saksi kena ada kredibiliti.




“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.”
(Surah al-Hujurat, ayat 6)
.

December 16, 2010

Toy Story 3: The Inception


Ini memang trailer terbaik dalam dunia



Inception memang terbaik 2010.
Toy Story 3 pula berjaya mengekalkan tahap best sejak filem pertama.
Sebenarnya Toy Story 3 adalah Toy Story 4. There was a Toy Story 3 in 2D some years ago.
O yeah I'm a fan.

Dan, siapa yang tonton Toy Story sejak yang mula,
dan tak menangis bila tonton yang akhir,

kau memang hati kering.



Atau kau malu nak mengaku sebenarnya
.

December 10, 2010

Nujum mimpi

Pada malam semalam,
(atau kemungkinan besar ia adalah pagi tadi)
aku mimpi aku pergi memancing.

Aku dapat ikan sederhana besar.
Banyak ikan sederhana besar.


Sedangkan aku tak pernah pergi memancing.
Aku tak reti duduk diam. Mana boleh memancing. Lagipun aku tak suka menunggu.
Apatah lagi menunggu dalam keadaan berdiam diri.

Sungguh tak Anoneemus.

Like, memancing? Apa tu?
Memancing lelaki di darat pun aku tak reti. Inikan pula memancing ikan di sungai/tasik/kolam/lautan.


Apakah petunjuk mimpi itu?

Oh, tak. Tak perlu jawab.
Itu soalan retorikal
.

December 05, 2010

It starts to become you

Morning, everyone.
I woke up early today. Okay, not really early for you guys.

Oh yeah. It's Monday and I'm home. Done with my internship, now (supposedly) focusing on my dissertation. OK tipu, the closest thing to 'dissertation' I'm focusing on now is the 'dessert'. I eat a lot lately, as I spend more time with my family. Caution: Food unlimited.


With new year (Hijrah and AD and Lunar) is just around the corner, everybody's busy writing down their resolutions.
I'd never had a new year's resolution.

I might have hopes for the new year, but not resolutions. And I'd never get it written down. Never had in on black and white.
Probably cause I don't have a carrier as a point of reference.
What a lame excuse, though. In fact I do have a point of reference. My academic schedule.

It can be safely assumed that, maybe the fact that I don't have a carrier makes me immature and dependent.
Asyik mau pulang rumah. Asyik minta duit belanja.
Don't know how to set own goal. Haiyoh, ini amoi sangat tidak bagus.


What I want to do next year is to graduate. By right I should be graduating by June. But I don't want to put any more pressure on myself than I already did before. OK, perhaps I may need a little more positive stress. But that's it. Enough. I'm not a person who performs well under pressure, mind you.
So, I rephrase; what I want to do next year is to enjoy writing my dissertation and graduate with First Class Honour.

I want to get a part time job to fulfill my needs of shopping, probably in ergonomics, or in visual editing. I even had a list of kindergartens with vacancies. But then I realize that I've been procrastinating the whole semester while doing internship. It proves my lack of time management skill and self-discipline and the ability to focus. If I ever get a job, I'll get distracted and my dissertation will be on hiatus again.

So crossed the part time job off the list.
What list?
Never mind.

I'm also in need of a getaway. As soon as the school break ends, I want to be in places I'd never been before.

So that's it. That's everything I have in mind now.

I'm hungry
.



December 01, 2010

Iklan mengemis




Dijemput untuk klik di sini

dan undi.


Sebab Anoneemus comel dan Anoneemus sukakannya
.