January 28, 2011

Been there done that. Done.

Berkaitan entri minggu lalu, aku mahu tulis tentang pious soul. Jiwa yang suci.
Takkan jiwa yang alim kut? boleh juga.

Kita selalu dengar tentang isu nature vs nurture.
Bagi aku, when it comes to pious soul ni, kira 50% nature, 50% nurture.

Kau tak boleh cakap 100% nurture, sebab kaum keluarga nabi pun ada yang tak beriman.
Kau tak boleh cakap 100% nature, sebab kalau macam tu tak payahlah nak didik anak.

Bab yang nature ni, susah juga mahu dirungkai. Macam, kau seorang yang lemah lembut by nature. Senang ke nak ubah jadi ganas?


Aku ada anak menakan yang sejak kecil sudah alim. Suka solat. Suka pakai tudung.
Kalau nampak perempuan berpakaian terdedah, dia cakap 'pakaian dia buruk'. Yahoo avatar dia pun bertudung.
Walhal aku masa kecik dulu, yang seksi tu la aku suka. Kakak aku pernah sound, dia cakap 'awak ni asyik-asyik lukis perempuan pakai minidress..cuba lukis perempuan pakai baju kurung pulak'.

Waktu tu cita-cita aku (selain surirumah) adalah untuk menjadi fashion designer. Aku design banyak minidress. Banyak tube dress.
So aku rasa pelik benar ada anak menakan yang alim ni. Kakak dia pun tak macam tu walaupun dibesarkan dengan cara yang sama.
Itulah nature namanya.

Untung jadi orang macam tu. Walaupun sering diejek 'mak haji' dan 'skema', dia tak kisah. Dia tetap pakai tudung labuh dan sarung lengan bagai. Kurang nafsu dunia. Untung di akhirat. Kau tak cemburu ke dengan orang macam ni?

Oh. Aku dulu zaman alim pergi tuisyen pakai tudung pun pernah kena ejek juga 'Mak aji, kau pakai tudung mak kau ke?'
Bongok.

Itu cerita nature.

Cerita nurture?
Orang yang jiwa suci secara nurture ni adalah yang datang dari keluarga baik-baik, alim-alim. Kecik-kecik dah pakai kopiah, dah bertudung Ana Muslim. Kalau pakai gaun, siap pakai seluar panjang. Aku dulu bertuah la nak pakai macam tu. Sekarang dah besar je baru pandai pakai dress over jeans.

Ataupun orang yang alim secara nurture mungkin orang yang jumpa guru yang baik. Tapi even kalau guru tu bagus macamana pun, depends juga pada jiwa dia sendiri tak gitu?

Itu lah. Pious soul ni, satu anugerah.


Orang yang suci sejak kecil, tak faham perasaan orang yang kurang suci. Tak faham perasaan ingin bertaubat sebab tak pernah buat dosa besar. Tak faham apa perasaan ketagih benda-benda tak elok. Tak faham perasaan malas solat, malas puasa.
Sebab tu bekas penagih akan bantu penagih lain.
Sebab tu mualaf yang sudah mendalami agama akan giat berdakwah.
Kerana mereka faham apa rasanya jauh dari Tuhan.
Jauh dari nikmat ibadah.

Bukan semua. Ada juga ulama' yang suci sejak kecil pandai berdakwah dengan hikmah. Oh, aku cakap pasal orang zaman sekarang ye. Bukan zaman nabi. Aku tak cukup ilmu sirah.

Point aku di sini, bukan semua orang dilahirkan dalam keluarga yang alim. Bukan semua orang beruntung ada pious soul sejak kecil dan dipelihara dari dosa.
Bukan semua orang sejak lahir lagi dah tengok mak dia pakai tudung. Bukan semua orang dilatih solat waktu kecil. Bukan semua orang pernah tengok ibubapanya solat jemaah. Kau pernah?


Kalau nak dakwah pun, tengok sikit la audiens tu macamana. Dakwah bukannya boleh jalan dengan cara one size fits all.
Ramai ustaz kasi ceramah kat masjid, siap mencarut maki hamun orang yang berdosa. Memang lah, orang yang pergi dengar ceramah bukan golongan tu. Masalah juga. Sebab orang yang pergi masjid memang insyaAllah bukan golongan yang berjudi, minum arak, berzina etc.
Kalau ada pun orang yang berdosa tu kalau dengar sekali je ceramah ustaz terus menyampah serik nak layan ceramah lagi.


Macam, kau tak pernah bercinta. Lepas tu kau nak marah-marah kawan kau sebab dia menangis putus cinta.

Ingat lagi tak analogi belajar berenang dengan kawan aku tu?
Aku ada seorang lagi kawan, ada swimming pool di rumah. Sejak kecik dah berenang. Dia marah aku sebab aku tak berenang kat kawasan tengah kolam yang sedalam 2.5 meter. Dia expect semua orang tangkas berenang macam dia. Logik ke?

OK, contoh tu lame. Aku bagi contoh lain.
Dah kalau kawan kau tu mak dia dah tua balik dari Mekah baru mula pakai tudung, tak payah la kau nak caci dia sebab pergi sekolah tak pakai tudung. Tau lah famili kau orang PAS, makcik-makcik kau pakai purdah. Kau patutnya bersyukur tak pernah rasa jahil. Bukan judge orang lain.

Jangan lupa kisah lelaki yang telah membunuh 99 orang dan ingin bertaubat.  Apa jadi padanya akibat salah cara dakwah.
Orang tu dah la low self-esteem sebab dia tau dia hina.

For the record, aku berterima kasih pada ibubapa aku. Walaupun orang yang lebih alim pandang rendah pada kami, aku rasa mereka dah bagi didikan agama yang cukup bagi aku.
Mungkin pada kau, tak cukup. Lantaklah
.



7 suicidal thought(s):

suez said...

ok yg ni baru full explanation. like.

Anonymous said...

sangat like this entri.

Anonymous said...

setuju yg teramat sangat. Aku x paham kenape yg alim-tudung-labuh suka pndang rendah kat org lain.* bukan semua* Kadang2 aku yang cetek ni nak blaja ngan dorang pun rasa malu. terutama bila keluar ayat ni "Hah! tu pun xtau?" sebab tu aku lebih suka blaja dgn orang yang biasa2 je.

nus said...

kan.
that is y i believe everyone deserve second chance..relate x??

rasa mcm ya..sebab Imam Ghazali pernah tekankan kutuklah dosa si pelaku bukan ke atas pelaku..sebab pelaku itu mungkin jahil..mungkin tiada didikan agama.

So..kalau sesiapa ada niat utk berdakwah..benda pertama ialah bukak peluang utk mereka berubah..bukan memaksa mereka utk berubah..

Ini sekadar pandangan :D

splattish said...

menendang pemikiran..

Anonymous said...

bro,i like dis entry! btul2 kena ngan bnda blaku zman skrg ni..

Anonymous said...

Yup,i agree with u.

Tak sume dilahirkan dalam keluarge yg familynye patuh pade agame,tutup aurat n solat tak tinggal.Cntohnye sy,bukan nk buke pekung didade sendiri but it really happened,seumur hdup tak pernah tgk parents or adik beradik lain solat,sy sorang je.

Sy tak pernah berputus ase berdoa agar keluarge sy dberikan petunjuk n hidayah.masalah skang adalah mampu ke gf terime keluarge sy seadenye.sy takbgtau lg.so,moralnye jgn snang2 nk judge org len sbb kite tak tau journey org tu camane.sorry gune anonymus,malu haha.