Oleh kerana aku merupakan seorang yang patetik, maka berkata lah aku
"Tak sabar nak kerja. Nak ada duit sendiri. Nak beli kamera."
Dan bayar study loan.
Menyahutlah pula akak Shaz di sebelah.
"Yang dah kerja pun tak mampu, Neem oi..
Bidang kita ni memang susah nak simpan duit."
Betul gak tu.
Arakian kata perbualan hari itu banyak berkisarkan hal mencari pekerjaan, pembiayaan pelajaran, thesis yang tak siap-siap, dan masa depan.
Encik Stateskop suruh aku bagitau kawan aku yang sambung belajar di luar negara kerja aja di sana, tak perlu pulang dulu.
Tapi itu kan kontrari dengan apa yang kerajaan kempenkan sangat sekarang ini, bukan?
Kerajaan kata, negara kekurangan tenaga pakar, maka pulanglah berkhidmat untuk negara sendiri.
Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri. Lebih baiklah di negara orang, bukan?
Since when pebbles or ice storm are better than gold?
OK, so they say gaji akan dinaikkan. What's the purpose kalau perbelanjaan pun turut naik? Status quo. Dan kalau gaji naik pun, tak akan setinggi pendapatan di luar negara. Plus, is there such thing as job satisfaction anymore?
They enjoy going to the office, they enjoy doing things they like and they enjoy getting paid overseas.
Pekerja dekat Spain, dah la balik awal. Hari sabtu tak payah kerja/kursus. Kalau kerja retail pun kedai tutup waktu siesta. Tidur tengahari, beb.
Semalas-malas orang Melayu ni kalau kerja di luar negara akan terkenal dengan kerajinan. Sebab orang tempatan tak kerja teruk pun.
Kalau kau dah pernah makan steak yang sedap dan murah di restoran Pizza San Francisco, adakah kau masih mahu makan steak yang mahal di kedai mamak?
It's not abour the glamorous life. I do not want a glamorous life. I just want to be happy, doing things that I like and I want to be able to 'buy' happiness.
Aku lebih rasa begini kerana aku dalam bidang environment, bidang seni, bidang rekabentuk.
Kalau aku nak terus berada dalam bidang ni, iaitu bidang yang aku minat, buat benda yang aku suka, aku mungkin tak mampu nak guna garment steamer. Ya, aku benci iron baju. Aku nak garment steamer.
Nak pakai Toyota Fortuner mungkin jauh sekali. Canon G12? Jual barang kemas pun tak dapat cover lagi.
Kalau aku nak hidup selesa (bukan bahagia, tapi mampu) aku kena bekerja di sektor awam. Kerja office hour, 5 hari seminggu. Hujung bulan dapat duit. Shopping. Pergi kursus. Hujung tahun setelkan PTK. Eh betul ke PTK? apa benda yang penilaian tu? Kalau nak naik pangkat, pergi kursus. Kerja office hour sampai pencen.
Memang la syok dapat duit pencen. Tapi nak sampai ke situ, perit.
Tapi kau ingat senang ke nak dapat jawatan dalam sektor awam? Proses rekrutmen ada banyak stage. Vacancy mungkin hanya 3 untuk 3000 orang yang memohon. Mak bapak orang lain pun nak anak dia kerja gomen juga, nanti senang hidup cucu.
Salah satu cara nak kerja di sektor awam ialah dengan menjadi pensyarah. Kalau takde Sarjana, kena sambung. Kalau takde PhD, kena buat sebelum umur 40. Kena produce banyak research paper. Presentation sana sini. Sampai dapat professorship. Sampai pencen.
Tak, aku taknak life yang begitu. Aku tak suka research, aku mau execute.
OK,kalau aku(dan kalian) taknak kerja di sektor awam, mungkin boleh kerja di bank. Ada beberapa jawatan yang hanya require degree in any field. Kalau kau lepasan ijazah yang tak kena mengena, dia akan bagi kursus. Ijazah sastera bahasa Urdu pun boleh kerja bank. So jangan risau.
Walaupun sewaktu turmoil, bank juga akan downsize, tapi bank banyak kasi bonus. Kau kerja, kerja, kerja, lepas tu naik pangkat jadi manager. At the end of the day, semua orang pun jadi manager. Tapi at least bab duit kita stabil. Mungkin tak mewah, tapi stabil.
Tapi aku tak minat mau kerja di bank. Memang aku boleh survive, secara fizikal. Secara emosi, aku tak pasti aku mahu menghadap benda yang aku tak suka tiap-tiap hari.
Aku nak jadi penyunting visual. Atau penyunting gambar. Atau penulis. Atau environmental/ergonomic consultant.
Semua ni tak banyak peluang pekerjaan di Malaysia. dan tak boleh buat banyak duit.
Sudahnya, kau kena pilih, nak satisfaction atau nak duit?
Aku, seperti marhaen lain sebaya aku juga, nampaknya akan memilih duit. Kerana kita ada hutang study loan. Kalau tak bayar hutang tak boleh ke luar negara. Although it does not really matter anyway sebab memang tak mampu pun nak beli tiket flight. It's the fact that we are in debt that matters.
Selagi berhutang, kita sebenarnya tak layak bergembira. Duit yang kita pegang itu bukan hak kita. Layak ke kita shopping guna duit orang lain?
Masalahnya kalau pendapatan bulanan hanya cukup makan, bagaimana mahu bayar hutang?
mahu kahwin? mahu membiak? lupakan saja.
Kalau dah hidup tak gembira, lepas tu kau bajet kalau beranak kau akan lebih gembira. Lepas tu dah ada anak lagi banyak nak guna duit. Kau pun stress. Kalau kerja lebih masa, sama juga kena bayar pengasuh anak. Kau tambah stress. Kau asyik bergaduh dengan suami/isteri sebab stress.
Lepas tu.....
sila sambung sendiri. Tak larat dah.
The end
.
[KISAH BIMBO YANG CERDIK]
January 16, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

9 suicidal thought(s):
neem. kerja government pun tak sesenang yang disangka. especially in education field.
kena sabar. dan sabar. dan sabar. dan sabar. dan sabar. dan yeah. aku ada 34 tahun 6 bulan sebelum pencen. '-_-
"It's not abour the glamorous life. I do not want a glamorous life. I just want to be happy, doing things that I like and I want to be able to 'buy' happiness." - suka ayat ni..emm..betollah tu..kan lagi best kalau dapat buat duit dengan bidang yang kita minat..plus, hasilnya pun boleh puaskan semua orang..ini tidak, dahla kena buat keje yang tak berapa nak gemar, gaji pulak ciput tak setimpal dgn jam bekerja, dengan penat pegi balik harung jem lagik...
Banyak juga kemungkinan
Berkhidmat untuk negara? kah kah kah!
Kalau negara bagi pinjaman belajar ok la juga, boleh dipertimbangkan.
Tak perlu kerja ladang macam orang gila nak tampung duit belanja dekat sini.
Kerja di sini pun susah, tambah-tambah kita ini orang Asia. Duulu ingat dulu nak ke QLD, sekali kena banjir la pula. Last option, mungkin jadi tukang buat research untuk uni saja. Gaji tak banyak? Sekurang-kurang bebas dari gejala ragut, rogol dan rempit, thehe..
sebab tu la spain bajet kena bail out the EU.asik siesta je kejenye
Mr Laiho has a good point there.
Hujung tahun tu setelkan SKT - Sasaran Kerja Tahunan. Kalau markah kurang 80% tidak dapat pergerakan gaji tahunan..
saya rasa nak balik kampung tolong mak noreh getah je.mudah.kerja separuh hari.sebulan hasil setaraf penjawat awam.tapi ada jugak tu orang nak curi getah.heh (- -')
Aku setuju. sama mcm kau. aku kerja dah dekat 6 tahun pun gaji aku masih belum dapat memuaskan hati aku utk "shopping" bagai nak gila. aku ambik master sbb nak cari kerja yg boleh kerja smpi tua, ada pencen, nak hidup selesa, jadi suri rumah cantik dan shopping tanpa rasa bersalah menggunakan duit poket sendiri.
Post a Comment