January 17, 2011

Bucida buceras: Pikir balik

Aku fikir-fikir semula lah kan..

Aku rasa apa yang dimaksudkan kerajaan dengan 'tenaga pakar' dalam 'negara kekurangan tenaga pakar' adalah tenaga pakar dalam bidang sains sahaja.

Contohnya seperti
doktor, jurutera, saintis roket, doktor, jurutera, pakar ekonomi, doktor, jurutera, angkasawan, doktor dan jurutera.


Bila difikirkan semula, sejak bila pula negara kita memerlukan penggiat seni?
Negara kita cuma mahu saintis.

Sejak sekolah rendah lagi kita cuma dididik untuk menjadi doktor atau jurutera.

Malaysia tak perlukan penggiat seni.
Kau tengok dalam jobsmalaysia, atau jobstreet Malaysia, atau jobsdb Malaysia, mana ada jawatan kosong untuk penggiat seni.

Bukan seni je, bidang environment, bidang ergonomik pun macam takde je.
Makanya tidaklah menjadi hal untuk penari, pemain gitar, pelukis, penulis skrip untuk berhijrah ke negara lain


Buat apa kau stay sini tapi tak dapat praktis bidang yang kau mahu dan kau master?
.




1 suicidal thought(s):

~(*v*)~ily~(^v^)~ said...

banyak bidang2 yg malaysia tak nampak impact dia mase akan datang. yg dh promote tp mcm takda ape2 pun banyak.contoh yang paling ketara bidang pertanian.ada tak kat sekolah cikgu tekan kan soal bidang dalam pertanian?padahal bidang ni lar takkan pupus sampai bila2 sebab orang hari2 makan dan byk benda berdasarkan pertanian. ada kawan2 yang study oversea,meraka berbelah bahagi tentang keja di malaysia, sebab kerenah politik yg tah hape2 hanya mementingkan diri mereka sendiri. tidak pernah mahu duduk bersama dengan keadaan aman berbincang isu lebih penting dari politik iaitu crisis yang di hadapi dunia sekarang...jangan bila semua sudah terlambat baru tersedar sudah lar...nauzubillah!