January 13, 2011

Kisah Bimbo dan Lipas yang Wangi

Oqeh, ingat lagi tak aku luah perasaan mendalam aku terhadap lipas dengan sangat emo 2 tahun lepas?

Apa? masa tu kau belum baca blog ni? ketinggalan zaman hang neh.
Tapi tak mengapa, bak kata Hang Tuah; better late than never.

Alkisah di kediaman aku yang ghetto lagi setinggan ni ada lipas juga.
Kalau tak ada, agak kagum lah juga.
Takkanlah neighbourhood tempat orang Cina (instead of India) mabuk malam-malam baling botol, orang bergaduh tak kira jam, makcik tengking anak menakan setiap jam, bateri kereta selalu hilang, ada orang mati kena bakar dalam rumah sendiri, kucing berak depan rumah atas simen semua pun ada, pelik lah jika tiada lipas.

Tapi yang peliknya lipas ni amat jarang muncul di depan orang lain kecuali aku. Ya. Hubungan aku dengan lipas adalah cinta tak terbalas, barangkali. Lipas menggemari aku. Itu aku kena admit.

Cuma yang aku geram, lipas di sini mungkin sudah tahu taktik aku guna Baygon Cockroach Control.
Oleh itu, beliau (atau mereka), bila nampak aku mereka akan cepat-cepat berlari ke arah makanan atau rice cooker. Kerana aku tak akan spray racun haiwan perosak di tempat itu.


Nak dijadikan cerita, baru-baru ini lipas itu membuat penampilan solo nya lagi di dapur.
Aku jeling je, cepat-cepat dia lari menyorok di bawah rice cooker. Oqeh, the truth is beliau tak menyorok pun. Cuma sorok muka je kat bawah tu. Bontot, kaki semua nampak lagi. But that does it, kan?

Aku rasa amat geram. Nak pukul pun tak boleh. Nak halau kang takut dia pergi makan Maggi aku. Eh?

Aku pun masuk bilik tidur aku yang cuma terletak satu meter pintunya dari rice cooker tersebut. Ya, semua benda pun dalam jarak yang dekat kalau rumah kau cuma sekangkang beruk mak nyah.

Aku ambil perfume Escada Island Paradise aku. Aku hampiri rice cooker dengan perlahan-lahan.
Lipas cuma berganjak satu, dua langkah. Beliau nampaknya begitu yakin yang aku tak akan sembur Baygon terhadapnya. Betul tu.
Tapi aku tak teragak-agak nak sembur perfume yang pernah mendiami dulang hantaran itu.


Aku sembur. Tepat.
Lipas itu berlari macam lipas tak kudung ke belakang rak. Puas hati aku.

Ini bukan kali pertama aku buat begitu. Last time, dikira berjaya kerana lama selepas itu tiada lagi muncul lipas di depan aku. Puas hati. Aku pun lepak di ruang tamu sambil tonton Oprah sebagai meraikan kejayaan dan kesoloan sempena Encik Stateskop tiada.


Pukul 12.30pm, aku tanak nasi.


Pukul 1.30pm, aku nak lunch.
Aku menghampiri rice cooker dengan pinggan dan nasi di tangan.

Uwekkk.


Bau perfume tu bertindakbalas dengan haba macam halallll........
Wangi memang wangi. Tapi wangi semacam jadinya.

Maka hari itu aku tak lalu makan nasi. Bwekkk.
Dan tak lalu nak pakai perfume tu lagi. Sampai hari ini.


Sejak hari itu juga, bila terbau perfume, aku tau itu maknanya lipas dah keluar bersiar-siar di habitat aku
.



4 suicidal thought(s):

fatan fauzan said...

yezzah.memang lipas makan nasi.haha

dalamdalam said...

Ko ada love-hate relationship dgn lipas..hehe..

Kesian lipas tu berbau wangi.mesti kena pulau dgn geng2 dia.

afrohead said...

lepas ni kena tukar la buat Baygon tu jadik perfume pulak. haha

Dari Kelate Ke Copenhagen said...

bagus2,, senang nak tau lipas dtg..