February 08, 2011

Desperate Housewives season 8

Dulu kalau orang tanya aku kerja apa, segan silu malu aku untuk menjawabnya.
Malu kut duk makan duit study loan lagi.

Sekarang bila orang tanya kerja kat mana, dah tak malu dah, laju aje aku jawab "Tak, tak kerja pun."
Sebab aku dah kahwin. Bila aku dah kahwin dan tak bekerja, orang panggil aku housewife.
Itu maknanya aku dah mencapai cita-cita aku walaupun tak sepenuhnya.

Ya, belum sepenuhnya. Cita-cita sebenar adalah untuk jadi surirumah yang cantik.
Ye lah, kalau cantik nanti orang cakap "Oh...patut lah bini dia tak kerja. Cantik orangnya. Tak kerja pun tak apa."
Hey, bukan aku yang buat rules tentang perempuan cantik ini.


Part yang tak best jadi surirumah ni adalah semestinya part shopping. Memang lah suami wajib kasi elaun shopping sebagai nafkah batin, tapi kalau suami pesan 'jimat-jimat sket' takkan kau masih sedap hati nak shopping. Kawan-kawan kau ajak shopping pun kau segan sebab mampu beli lunch je. Kawan kau beli kasut Timbaland kat Pavillion, kau telan liur je lah sebab kasut tu bukan boleh ditelan pun. Duit gaji suami dengan duit gaji sendiri, tak sama.
Kendatipun kalau duit gaji sendiri kena jimat juga kerana aku rasa tak terjamin masa depan di negara ni unless aku anak saudara kesayangan RM, tapi at least ego aku akan memujuk seraya berkata
'Alah, you deserve this. You work hard so you earn this thing.'
Ha, kan sedap sikit tu nak shopping ke, nak pergi spa ke. Lagipun suami takde hak ke atas duit isteri.


Yang syoknya kehidupan surirumah ni, bak kata Otak Ketat,
'best apa jd suri rumah. pepagi bgn basuh kaen, sidai kaen. tgh ari masak. pukul 12 boleh tgk wanita hari ini. pukul 2 boleh tgk sinetron. pukul 3 boleh tgk cite sepanyol (ke?) yg dah dialih bahasa. pukul 4 boleh tgk cite lagenda yg mengarut tu sambil lipat kaen. pukul 5 tgk cite indon kt tv9 plak. kan heaven? ahahaha.'

Cumanya aku ni idakle nonton TV. Memang TV kat rumah aku ni perhiasan aje. Aku duk tengok laptop bernama Shah ni la. Tengok Desperate Housewives sebab baru belajar download sendiri. Aku memang layan siri DH ni sejak season 1 lagi, tapi sejak dapat title housewife ni rasa lain pula menontonnya.
Sambil-sambil tu cari resipi nak masak apa. Aku memang useless in the kitchen pun kalau takde internet ni. Hahah.


Aku rasa syok waktu pagi (atau sebenarnya tengahari, bagi korang), bila aku duduk di ruang tamu sambil tengok tupai melompat-lompat depan rumah. Dalam sehari 2-3 kali jugalah tupai datang melawat. Lepas tu bila angin bertiup, ada bunyi daun. Beza betul dengan ghetto dulu. Oh lupa nak cakap aku dah pindah. Dulu ada taik kucing depan pintu, ni ada tupai atau kucing rumah sebelah yang bersih temankan aku kalau Encik Stateskop tiada di rumah.
Belakang rumah pula ada ibu kucing beranak tiga. Sejak aku mengesyaki terdapat cencorot di rumah ini, aku telah mula berbuat baik terhadap mereka sekeluarga. Setakat nak jalan-jalan dalam dapur aku, apa ada hal. Member-member tak usah lah berkira.
Oh sebenarnya aku pun tak tahu apa rupa cencorot tu. Belum google.

Aku selalu berangan nak jogging di taman neighborhood ni, tapi hampeh la tapak sneakers yang terkopak tak gam lagi. Nak beli baru..ehem. Ehem.

Jiran-jiran kat sini pun senyap je, takde yang terpekik terjerit. Aman duniaku untuk tidur di siang hari.

Ya, aman sangat. Sampai aku dah lama ignore thesis aku. Sebab dah packing barang, aku pun tak pasti kotak mana yang berisi fail thesis tu.


Setakat ni, aku OK lagilah jadi housewife. Tak tahulah berapa lama lagi aku tahan. Asyik menambahkan saiz perut je kerjanya sejak ada dapur sendiri. Heh
.

8 suicidal thought(s):

afrohead said...

buat baik dengan keluarga kucing untuk menghapuskan cencorot itu adalah win-win situation!

Lina Rahim said...

jadi surirumah sangat heaven. dulu saya surirumah selama setahun.memang best sangat. lantaklah orang dok perati atas bawah sebab saya pun bercita-cita nak jadi 'surirumah yang cantik' maka habis jelajah segala kedai online (sebab disitu tempat brg cantik tapi murah)tapi depa dok perati mcm 'ni m'habiskan duit laki la ni'..tapi takpe, saya bangga..hahha..sebab walaupun tak kerja lebih cun dari depa yang kerja. heheh..tapi skg dah seminggu kerja, sebab mak pak kandung dan mak pak mertua bising apa nak jadi tak kerja. rasa nk marah sebab rasa mcm nyibuk hal rumahtangga, padahal duit tiap2 bulan bagi..sekarang rasa bertambah2 sedih sebab tak jadi surirumah lagi

Cik Ina minat Do do Cheng said...

makcik suka sangat nak jadi housewife ni. Pernah cuba dalam sebulan dua. Babak yang tak best, bila suami tanya petang tak de buat kuih apa-apa ke? lemah lutut dengar.

suez said...

ok aku jeles.

Kelon Eric Bana said...

aku dok cari ilham nak siap thesis nih.

ada gak plan nak jadi suri rumah version lelaki.

Chereta Chenta said...

gue pun teringin nak jadik suri rumah. keje kat spital ni buat gue sakit hotak!

pjaomn said...

I feel so happy for you!

^^

Anoneemus™ said...

Afro.
Kucing tak berak kat rumah sy takpe ah.

Lina.
Jgn sedih. anda ada duit soping dan simpanan yg lebih.

Cik Ina.
Klu saya,tak lemah lutut langsung.koma terus.

Suez.
Takyah jeles.gi makan subway.anda mampu.

Kelon.
Surirumah berduit takpe.La ni sy duk push husband buat chores sbb dia pun surirumah.

Chenta.
Takyah la keje kat spital. gi keje kat FLOM office.

PJA.
Thanx!