Ini entri orang dewasa. Macam aku.
Walaupun secara fizikalnya aku masih 16 tahun, tapi aku sudah boleh masuk night club dengan menggunakan kad pengenalan yang sah.
So sila buka minda.
***
Alia, 28 dan suaminya Remi, 27 (kedua-duanya bukan nama sebenar) pergi kenduri kahwin kawan mereka, Aimi. Oleh kerana Alia dan Remi berkenalan di sekolah dan kemudian belajar di fakulti yang sama, maka mereka berkongsi ramai rakan.
Pada hari kenduri Aimi telah terjadi reunion tak dirancang. Seronok jumpa rakan-rakan lama. Ada bekerja sebagai doktor, anggota polis, model sambilan, pengurus pelatih, agen insurans dan kebanyakannya menjadi jurutera dan guru. Ye lah, ini kan Malaysia. Kerja apa lagi yang kau boleh expect?
Alia duduk di satu meja bulat dengan rakan-rakan perempuan, manakala Remi di satu meja lain dengan rakan-rakan lelaki. Banyak benda nak catch up.
"Comel anak kau, Siti." Alia memuji.
"Terima kasih. Kau bila lagi, Alia?" tanya Siti, si jurutera biomedik.
"Aku, erm.. tak tau lah." Jawab Alia.
"Kau memang plan ke apa? dah setahun lebih kau kahwin kan?" tanya Rosmah, si doktor yang sedang mengandung 140minggu.
Alia terkial-kial cuba menjawab. "Aku memang nak anak, tapi erm, ada masalah sikit lah."
"Masalah apa pulak? Ni kawan kita ni doktor kau tanya je lah. Free consultation gitu." Si Siti buat-buat pandai.
Alia malu-malu.
"Sebenarnya proses nak buat anak tu selalu tak menjadi. Ada masalah sikit."
Si Siti melopong. Rosmah buat-buat professional.
Diana blushing sebab tak kahwin lagi kena malu lebih nanti orang cakap gatal.
Oleh sebab Rosmah dah buat gaya professional, Alia pun bercerita tentang 'masalah atas katil' atas niat mendapat nasihat. Diana tambah blushing.
Tak sangka Remi yang mereka kenali itu badannya penuh kurap. Atau kayap. Atau panau. Alia pun tak pasti. Dr. Rosmah tak boleh confirmkan unless dia tengok sendiri apa rupanya penyakit kulit itu.
***
Di meja lain pula, Remi juga memuji anak Siti. "Comelnya anak kau, Zul."
Suami Siti, Zul hanya tersengih.
"Bila Siti outstation kau jaga baby OK pulak eh?" tanya Tajiman.
"OK je. Siang aku hantar kat mak aku. Lagipun dia minum susu botol. Kalau tak memang susah pun."
Suami Rosmah, Najib, juga seorang doktor, pantang betul dengar ibu malas menyusu sendiri ni. "Kecik-kecik dah minum susu formula?"
Zul rasa macam kena attack. "Si Siti tu memang tak boleh menyusu bayi. Kut tak aku pun malas nak beli-beli susu. Mahal dowh. Dah puting dia kecik nak buat camne."
Remi dan Tajiman pandang gelas masing-masing, angguk-angguk dan membuat bunyi yang sama. "Ooooo......."
Najib taknak kalah. "Ada cara lain, bro.."
***
Walaupun mereka tak berniat nak judge, tapi dalam otak Diana, Siti dan Rosmah sudah terpahat kenyataan yang badan suami Alia, Remi ada kurap/kayap/panau. Info macam tu bukan senang nak padam dari memori.
Walaupun mereka tak berniat nak judge, tapi dalam otak Remi, Tajiman dan Najib sudah terpahat kenyataan yang nipple isteri Zul, Siti, tak cukup sifat untuk menyusu bayi.
So lepas balik rumah semua yang dah kahwin pun nak check nipple isteri mereka. Dan menyinggung perasaan isteri kalau mereka sama macam Siti.
Walhal mereka tak pernah pun tengok nipple Siti, yang pandai-pandai pi compare tu, kan?
***
Moral of the story?
Consultation dengan doktor itu bagus untuk selesaikan masalah. Hanya jika ia berlaku di dalam bilik consultation, in private. Bukan depan kawan-kawan yang lain.
Dan kalau boleh tak payahlah consult dengan doktor yang kenal isteri/suami kau. Segan kut spouse kau nanti
.
[KISAH BIMBO YANG CERDIK]
February 22, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

11 suicidal thought(s):
Apa2 yg berlaku dalam bilik tido jgn cerita dengan orang walaupun mak bapak sendiri. Mak saya pesan.
huahuahuahua! mengarut bin merepek! motip?
alia malas basuh baju,anta laundry public.kesian remy dapat kurap kurap.
kesian.haha
selalunya macam ni lah. macam kalau sekumpulan lelaki nampak sorang awek cun lalu, seorang akan cakap "perghh lawa gila awek tu"
dan seorang lagi akan menyampuk "ohh awek tu, dah kena dah dengan member aku tu"
kalau bukan kita yg jaga aib sendiri, siapa lg kan?
atas sebab yang sama, bini aku tak nak bersalin di tempat kerja sendiri. tambah2 kalau kawan2 sendiri gak yang conduct delivery....
hahahaha
Emak Annamollydean dan isteri Kelon Eric Bana adalah wanita2 bijak.
another moral of the story. dont trust ur spouse wholeheartedly. kdg2, mereka bukanlah penjaga aib yg baik. kehkehkeh
>>>Dah puting dia kecik nak buat camne
Ha ha ha, terbaek! I loike.
Naga suka la ayat yg mengandungi perkataan 'puting'. Ha ha.
"Suami Rosmah, Najib, juga seorang doktor..." aku tak setuju dengan kenyataan ini. suami rosmah bukan doktor tapi...
Post a Comment