Oqeh, korang perasan tak kat kanan neh --> scroll bawah sket ada ikan.
Aku tak boleh bela ikan betul sebab aku malas tukar air tank. So aku bela ikan kat blog je. Boleh ke?
Aku peduli apa orang kata tak boleh.
Lagipun kalau aku bela ikan betul kang keluarga Untung yang untung. Aku yang rugi.
Kat situ ada 7 ekor ikan. Jinak-jinak semuanya. Kalau tak percaya pergi la main-main cursor kat situ.
Oleh kerana aku bukan online tiap-tiap hari, aku nak mintak tolong korang bagi makan ikan ni. Tolong buat kebajikan sket. Bukan keluar duit pun. Click je kat kolam kecik tu. Boleh?
Dan yang terakhir, oleh kerana aku belum kasi nama, aku nak buat pertandingan bagi nama ikan.
Ye lah, asyik-asyik Encik Abdul Haq Mohaidin je yang buat pertandingan (dan asyik-asyik aku je yang menang - ye aku riyak), aku pun nak buat jugak.
Aku ada ikan berwarna
pink,
oren,
hijau kristal,
turqoise,
hitam,
ungu dan
kuning.
Korang boleh kasi nama-nama yang sopan pada mereka, mahupun nama yang tiada makna.
Aku akan pilih pemenang berdasarkan ikut suka aku.
Selamat berjaya!
[KISAH BIMBO YANG CERDIK]
February 25, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

7 suicidal thought(s):
untuk ikan yang soleh letaklah nama 'afro'
sekian terima kasih.
pink--begitu
oren--begini
hijau kristal--sorong
turqoise--merak
hitam--salem
ungu--manggis
kuning--boch
**aku ade bela..lembu..patung lembu..beberape ekor jugakk..antara name2 mereka ** begitu dan begini** =)
pink = floyd
oren = hassan
hijau kristal = plato
turqoise = atan
hitam = yorke
ungu = zack
kuning = pearly
haha
yang warna turqoise - Kelon
letak nama Hanis Zalikha.
hitam: Jonjo
color pink tu bagilah nama SURIRAM...mesti comel gedik je!
Post a Comment