April 05, 2011

Asap dan jin [ni entri yang aku expect komen bernas dari Fariz Hilmi]

Tadi aku dan Encik Stateskop usha budak-budak sekolah yang lalu depan warung nasi ayam abang botak.
Eh, betul ke nama warung tu camtu? Ntah.

Ada couple. Ada yang tak couple.
Yang couple tu bawak beg kecik macam nak pergi tuisyen je. Agaknya zaman la ni tak macam aku dulu bawak banyak buku. La ni pakai iPad ja kut?

Yang tak couple tu siap hisap rokok sambil berjalan dengan gaya koya cool.
Ye lah, hisap rokok dengan berpakaian seragam sekolah. Cool lah tu. Cool macam tinja.


Kemudian aku terfikir,
Sejak aku kecik dulu, ada undang-undang tak benarkan jual hasil tembakau pada budak bawah umur.
Aku agak, tujuan dia tak nak kasi budak-budak ni hisap rokok kut. Dan tak nak expose budak-budak ni pada rokok sejak kecik.
Nak buat macamana, memang ada parent yang bangang mintak tolong anak belikan rokok. Tapi bila dapat tau anak hisap rokok, melenting pulak.

Aku dulu, masa tahun pertama di uni kut, pernah main kotak rokok lecturer aku.
Itu pun dia marah. Dia cakap, benda tak elok jangan main. Padahal aku dah nak 20 tahun kut umur.
Aku cakap, kalau tak elok, kenapa hisap?
Dia diam je. Tak marah pun.


Tapi undang-undang tu pasal jual-beli je.
Ada ke undang-undang yang tak benarkan budak bawah umur hisap rokok?
Dan kalau ada, adakah ia dikuatkuasakan?


Beberapa tahun lalu, kecoh undang-undang tak boleh hisap rokok di tempat awam.
Maknanya kau nak hisap rokok, biar kau dan keluarga kau je tanggung risiko. Jangan libatkan orang lain.
Tapi, cuba kau tanya orang-orang sekeliling kau yang hisap rokok, pernah tak diorang kena tangkap atau saman sebab merokok di tempat awam?

Kopitiam, taman rekreasi, pusat beli belah tu tempat awam, kan?
Habis yang duk melepak Star Bucks hisap cencorot tu?


Kesimpulannya memang pentadbir dan penguatkuasa negara kita memang tak serius langsung dalam menangani masalah rokok ni.

Nak haramkan walaupun dah ada fatwa? Toksah harap.
Toksah duk fikir hal rokok dan shisha lah, banyak lagi masalah yang bagi diorang lebih besar nak diselesaikan. Contohnya masalah ahli politik kuat libido. Itu je lah masalah yang paling penting nak diutamakan.

Lepas tu dalam sidang parlimen pun duk mencarut, keluarkan kenyataan seksist, bincang hal artis etc.

So bila ada budak berpakaian seragam sekolah jalan peluk-peluk, pegang-pegang dan hisap rokok,
apa ada hal.


Pencapaian diutamakan
.

3 suicidal thought(s):

Fruhail T. Ripana said...

Main kotak rokok lecturer?
Dalam tu....hehehe. Kalau ada kesempatan aku akan puisikan gambaran mendalam itu.

Anonymous said...

Rokok adalah satu bentuk industri yang menguntungkan.

Dari segi percukaian, ia menjana pendapatan yang agak lumayan untuk sesebuah kerajaan. Dari sektor sumber manusia dan tenaga buruh juga, ia sebenarnya menyediakan pelbagai peluang pekerjaan dari pelbagai sudut seperti peruncitan, perkilangan, sektor bahan api, sektor kargo dan logistik, sektor pembungkusan, sektor pengiklanan, sektor pembinaan, sektor keranda dan kain kapan, serta banyak lagi.

Dari segi statistik, ia juga sebenarnya banyak membantu merancakkan industri kesihatan dan seterusnya meningkatkan perolehan pihak yang terlibat dalam sektor kesihatan.

Pakar-pakar sektor kesihatan juga akan teruji kemahiran dan kepakaran klinikal mereka untuk menangani masalah kesihatan yang melibatkan penagih rokok. Ini akan meningkatkan jatidiri dan memberi nilai tambah modal insan di kalangan para penggiat sektor kesihatan. Secara tidak langsung, ia sebenarnya akan menggalakkan pula sektor "health-tourism" di Malaysia.

Dari sudut sosio ekonomi pula, rokok secara saintifiknya terbukti memendekkan jangka hayat. Ini seterusnya akan mengurangkan populasi warga emas di Malaysia kerana semakin ramai yang mati awal. Peruntukan kerajaan untuk warga emas akan dapat diminimumkan dan dana itu boleh disalurkan untuk tujuan lain, sebagai contoh untuk tujuan pembangunan bagi memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Rokok juga mempunyai peminat tegar yang menjamin kesinambungan dan kelangsungan industri rokok ini. Peminat-peminatnya yang tidak mengira jantina, terdiri dari mereka yang dari kategori seawal belasan tahun sehinggalah yang semakin menghampiri liang lahad.

Ia juga melibatkan pelbagai status dan pekerjaan, seperti pelajar sekolah, buruh binaan, pelacur, pondan, jurutera, bomoh hujan, warga emas, orang kelainan upaya, doktor, pensyarah malahan juga ahli politik, pemimpin negara dan penggubal undang-undang.

Ia menunujukkan industri rokok adalah pendokong aspirasi Satu Malaysia yang tidak mengira status, jantina, umur, geografi, kaum, bangsa atau keturunan.

Maka, dari segi duniawinya, industri rokok perlu disemarakkan untuk menjana pendapatan negara, menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan, meningkatkan potensi industri kesihatan, menjamin kemakmuran ekonomi negara dan seterusnya dapat memacu negara ke arah negara berpendapatan tinggi.

keh..keh..keh

farizzet said...

maaf, penggunaan nama blogger saja dibenarkan dalam blog. dan aku suka ulasan anonymous diatas.

ya, menjual rokok ni sangat menguntungkan hingga tempat paling tak boleh merokok: stesen minyak pon jual rokok sebagai jualan sampingan utama. dan apa mereka kesah siapa beli, yang penting diorang dapat duit.

untuk tambahan kepentingan rokok dari sektor kesihatan: baru2 ni aku oergi ke tapak binaan, biasalah jika ada perbincangan sekitar tapak mesti mereka mula hisap rokok, tujuan utama ialah halau nyamuk dan melindungi kami semua dari terkena demam denggi. fogging mahal.

well kalau aku buka kedai jual barangan kamera pon aku nak jual rokok.