Suatu ketika dulu, aku pernah tulis di sini,
aku dah bosan dengan video atau poster yang berunsurkan dakwah dan nasihat tapi dalam masa yang sama, mengaibkan orang.
Contoh paling senang, video kempen tutup aurat. Sebab benda tu kau boleh tuding jari senang-senang. Kenapa tak buat kempen jangan mengumpat atau kempen solat macam tu jugak? Sebab susah nak malukan orang dalam kempen sebegitu.
Lepas tu main 'tepek' je gambar mana-mana manusia, mungkin diambil dari Google Image, mungkin dirembat sesuka hati dari Facebook, mungkin juga disnap menggunakan cameraphone secara sembunyi. Tanpa kebenaran empunya badan, of course.
Kalau curi gambar orang putih, boleh diterima aqal lagi. Mungkin kawan-kawan dia tak tengok FB atau blog kita yang dalam BM ni. But then kat Malaysia pun ramai expat what.
Most of the time, they don't even bother to blur the faces. Or cropped the photo so it does not reveal to whom the body belongs to.
Even if they do, some people would still recognize their friends or family members based on the clothes, hairdos, or even the accessories that they wear.
Aku tak rasa dalam dakwah kita perlu aibkan orang. Atau mengumpat. Atau mengeji.
Aku rasa mungkin sebab itu Ustaz Kazim menawan hati kita semua dan juga orang bukan Islam. Sebab dalam ceramah beliau tiada carutan atau kejian terhadap orang berdosa.
Kenapa kita perlu ketengahkan yang tidak elok instead of yang elok?
Kenapa lebih suka menyebut neraka dan dosa daripada syurga dan pengampunan?
Aku jadi lagi berapi dan terkesan bila baca artikel ini, oleh Dr Mohd Asri.
Macam ironi pun ada, kau nak berdakwah, tapi dalam masa yang sama, buat benda yang bertentangan dengan agama iaitu memalukan orang.
Macam buat charity bawak budak pegi konsert Justin Bieber, tapi korbankan solat. Eh, apasal macam familiar je contoh ni? Ahaks. Oqeh contoh lain.
Macam mencuri bilis di pasar malam untuk kasi stray cat makan.
Bukan dalam video dakwah sahaja, tapi dalam blog pun macam tu.
And are you still wondering why you haven't seen my photos here?
Dan salah seorang blogger yang suka buat macam ni (tepek gambar sesuka hati) adalah pemilik blog yang aku baca hampir setiap hari. Kau tengok kat belah kanan ni ada la link dia kat situ.
Beberapa minggu lalu telah terbit isu hakcipta gambar di ruang komen blog beliau. Orang yang dalam gambar bengang sebab letak gambar beliau (dan isteri) di salah satu entri blog tersebut. Bengang sebab bukan saja gambar diambil tanpa kebenaran, tapi sebab apabila gambar mereka diletak di situ, ia seolah-olah mengatakan 'ini contoh manusia hat duk wat dosa neh'.
What's more interesting adalah seorang jurugambar juga turut menyatakan ketidakpuashatiannya kerana gambar itu beliau yang snap dan memiliki copyright atas gambar tersebut.
Maka bermulalah debate tentang hakcipta gambar yang diupload dalam internet, dan isu mengaibkan orang.
Aku tak nak cerita pasal hakcipta.
Ada yang komen; tak baik mengaibkan orang.
Hujah balas; kalau orang tu dah upload gambar ke internet tu dah jadi public property. Gambar makanan ke, gambar KLCC ke, masuk aqal. Tapi gambar manusia? Gambar awek kau? Well tengok la nanti kalau gambar dia yang kena. Kalau pedofail collect gambar anak kau?
Eh silap. Hujah balas; kalau orang tu sendiri tak jaga aib dia buat apa kita nak tolong cover.
Ini lah silapnya. Budaya suka gosip, suka kontroversi, suka provoke as long as yang jadi mangsa bukan kita sendiri. Kahwin cerai artis pun boleh masuk Buletin Utama.
Korang kena tengok filem Cun ni.
Sejak bila pulak agama kita ajar kena dedah aib orang kalau dia buat dosa?
Ya, aku bukan orang yang kalau cakap pasal agama korang nak dengar. Tapi at least in this issue this is my stand and I can cite my references. If I feel like to, of course.
Setahu aku, nabi cakap kalau saudara kau tengah tidur, dan kainnya terselak hingga nampak aurat, adakah kau akan tolong tutup atau kau akan pergi telanjangkan beliau?
Aku tengok dalam culture kita ni obviously kita telanjangkan lagi. Macam yang orang komen kat blog tu lah, 'kalau orang tu sendiri tak cover aib dia, buat apa kita nak jaga aib dia'. Nampak sangat tak cerdiknya pengomen tu.
Contohnya pergi Bukit Bintang jumpa perempuan pakai baju nampak cleavage, kata tak suka tengok, tapi lagi nak ambik gambar dan sebarkan. Kita nak lagi ramai orang tengok aurat tu. Bukannya kita nak tolong tutup, kan? And not in any way I meant that literally.
Sedangkan orang yang mengaku pada nabi dia telah berzina pun, nabi tak sibuk nak tanya berzina dengan siapa, dan nabi seboleh-boleh elakkan hukuman rejam (di khalayak ramai). Bahkan nabi cakap, siapa yang menutup aib orang lain, nanti di akhirat Tuhan tutup aibnya pula sebagai balasan.
It's good that you want to enjoin goods, calling out to people to do good things, but you don't have to jeopardize someone else's reputation in order to do so.
Kalau betul dia berzina ke apa ke, bawak ke mahkamah Syariah, bukan panggil wartawan.
Kalau kau saspek dia gay dia oqeh, as long as dia tak come out dan ajak orang lain jadi homo jugak, tak payah nak memandai upload gambar dia dengan lelaki lain dan caption 'gay couple dating depan mata aku' so that kau dapat banyak 'like' dan komen.
Macam, kau pernah tengok they do it ke? If yes, how? They didn't do it on their front lawn, did they?
Dah, jangan tag aku video-video yang rembat gambar orang sesuka hati.
Apa-apa pun, harap ambil iktibar dari artikel ini
.
[KISAH BIMBO YANG CERDIK]

16 suicidal thought(s):
Aku tak tahu nak komen apa, sedih je bila baca.
ohh kalau gmbr artis boleh ke ? artis orang putih ... pertanyaan saja ... tapi kan ... lebih baik kita mwujudkan suasana yang aman tanpa kontroversi ... macam mana nak explain .. hmm .. win-win . maybe . :)
I love you and your opinions.
I love this entry and the rest of the blog.
T.T
Like!
aritu masuk paper yang jiran kena pukul sampai mati sebab ambil video jiran dia tengah berasmara dengan wife dia dan sebarkan kat anak jiran dia dan jiran lain.
tu memang sengaja nak mengaibkan orang.takde pasal cari pasal dapat masuk kubur terus.
its true though. orang zaman sekarang tak pernah nak fikit pasal semua ni. kadang kadang kita sendiri tak sedar apa yang kita buat tu sebenarnya salah. sebab tu lah tuhan bagi kita kemampuan untuk berfikir. fikir sebelum buat sebarang tindakan yang bodoh.
ade gak letak gambar aib ala-ala kempen tutup aurat. tp nawaitu bukan sbb nak kempen tutup aurat. nak tgk, berapa ramai yg akan mengata sbb tgk gambar aib mcm tu....
suke entri nie....
Itulah budaya khalwat yang di unjurkan oleh Jabatan Agama Islam Kerajaan.
Setiap hari kita bace Jabatan Kerajaan ini mengintip, mengambil gambar video perempuan melayu tak bercoli dan seluar dalam.
Bagus tulisan ini semoga menyedarkan ahli politik umno yang membuat undang2 jijik dan menindaskan perempuan melayu.
Adakah Kerajaan upah pegawai bawa video kamera pergi rumah orang Melayu dan ambil gambil gambar perempuan melayu bogel. Sedangkan nabi tak pernah buat begitu. Konon zaman dulu tak ada video kamera maka dibolehkan Jabatan Agama Islam ambil gambar bogel perempuan melayu.
Ambil lagi seluar dalam perempuan melayu masuk plastik. Cisss memang celaka ahli2 politik UMNO dan PAS hipokrit ini..
Masing2 berebut nak ambil gambar perempuan melayu bogel.
Pojie.
Sedih jugak.tak tau nape.
Efeks.
Gambar artis tgh posing takpe kut.gambar candid ke, gambar bercium ke, berjimak ke, tak boleh.
November.
Thank u 4 loving me. ahaks.
Tuan tanah.
Like jugak.
Asidah.
Orang Melayu ke?
Ana.
Dah ada teknologi, nak guna buat malukan orang pulak kan?
Mommy.
Mmg camtu pun kebanyakannya.
Sybastakbest.
Oh, ada eh org jbtn agama amik video? tak tau pulak.kena tangkap ke?
Orang, kalau dah suka mencarut, mana peduli sensitiviti orang lain.
Dah buat salah, bukan reti mintak maaf. Salahkan orang lain je kejenya.
Bijak pandai multimedia takkan tak reti cari gambar stock kot. Untuk kempen dakwah pun, takkan takde stock photo yang sesuai?
Peluang bisnes untuk Puan Anna &co?
err..entri mana satu ek.mmg da lame prasan tp slama ni mcm xde org tgur pn blogger tuh. sume asyik puji je.
i like this post! =)
Koroxx.
Bagus juga tu,buka peluang bisnes.tp manusia2 tu taknak keluar duit.
Anon.
Lupa dah entri mana.Tp ada kaitan dgn dating. Ada orang tegur.cthnye org tegur tak baik aibkan org.ramai jugak yg sound.
yerp.orang melayu.tu yang rasa lagi geram tu.
i've seen the entry. the thing is, gambar tu tak nampak muka langsung.
a total silhouette, sunset tepi pantai. nak cakap memalukan? i don't think so.
tapi kalau copyright and intellectual property, ya. since blog dia tu pon ada generate income.
cara owner gambar menegur si pelaku pon satu hal jugak. budi bahasa campak ke laut.
no big deal, cakap je elok2 mulakan dgn bismilah then salam. bukan main terjah mcm org gila. mcm la mamat tu pakai untuk magazine ke apa.
tentang the rest of your entry pulak, i'd say am agree 100% on this "Kenapa kita perlu ketengahkan yang tidak elok instead of yang elok? Kenapa lebih suka menyebut neraka dan dosa daripada syurga dan pengampunan?"
keep on writing.
I had a coupla photography sessions with my boyfriend-fiancee-husband. We hire photographers that we know and trust. I don't mind if they post my pix in their portfolio.It's for professional reason.
But I won't tolerate people simply grab it from google and post it in their webpages.
L.O.V.I.N.G it! ;)
Post a Comment