April 09, 2011

Merong Maharaja Lawak

Beberapa tahun lalu, aku duduk di situ. Dengan rakan-rakan.
Mengadap kaca televisyen. Tengah-tengah malam.

Slumber party ke apa?
Bukan patut stay up buat kerja ke?


Tukar-tukar channel, dapat Whose Line Is It Anyway di NTV7.
Mak aih, lamanya aku tak tonton TV. Nak eja nama channel pun aku tak pasti.

Aku tengok rancangan tu. Kami tengok rancangan tu.
Aku enjoy. Aku gelak.

Kemudian ada suara.
"Tak kelakar pun."
dan
"Tak kelakar pun."
Sekali lagi.
"Tak faham pun."

Annoying sungguh suaramu itu sahabatku.

Nasib baik yang komplen tu sorang je. Kalau ramai, mungkin aku tarik diri dari kawanan itu selama-lamanya.
Oqeh I was exaggerating.

Masa tu aku fikir,
ah, ko tak paham diam je lah. Tau lah lawak derang lawak orang Amerika. Tapi aku sebagai orang Mesia dan ramai lagi rakyat lain boleh paham dan enjoy.

Memang aku tak minat lawak Drew Carey, tapi lawak Colin dan Ryan dan pelawak lain best kut.



Fast forward.

Minggu lepas, aku tonton Maharaja Lawak.
Oqeh tipu. Sebenarnya aku takde ASTRO pun. Aku tengok part-part yang recommended je, via Youtube.

Bila aku tengok, aku kecewa.
Sebab walaupun aku tahu Raja Lawak tak kelakar, tapi aku expect Maharaja Lawak adalah best dari segi boleh buat aku gelak.

Tapi aku tak gelak langsung.
Aku tersenyum je. Itu pun dalam masa 3minit persembahan, aku cuma tersenyum satu kali.
Dan aku yakin aku faham akan semua lawak yang dipersembahkan.
Tapi aku tak rasa lawak pun.

Apa ketat sangat ke aku ni?
Nak cakap aku jenis yang memang tak reti gelak, aku gelak je tengok Usop Wilca.
Dah aku juga sangat gelak bila Earl J. Hickey (My Name Is Earl) cakap masa buat surat mintak ransom, dia gunting nipple out of dirty magazine untuk dijadikan noktah.
Dan lawak-lawak Lorelai Gilmore waktu dia buli Taylor, aku gelak sakan kut.

So aku rasa aku bukan jenis yang tak reti gelak.
But still, Maharaja Lawak tak lawak pun bagi aku. Malah ia buat aku rasa stress dan malu.
Ntah mengapa, aku rasa malu.


Kalau aku dilantik jadi juri, memang aku tarik diri dan mendesak agar penganjur batalkan program itu dalam kadar segera.


Point aku di sini,
baru aku faham perasaan kawan aku yang komplen Whose Line Is It Anyway tak kelakar.

Aku faham sekarang.
Maafkan aku kerana mengeji kamu suatu ketika dulu.
Aku dah terima balasannya
.

9 suicidal thought(s):

laridankejar said...

memang tak lawak. kite bakor je.

Suiko Takahara said...

Haha. Saya tak ada keberanian pun nak tengok mahupun di Yutiub ke 1tube.my ke Maharaja Lawak, sebab memang kompem tak lawak. Auranya dapat dirasakan daripada nama rancangan itu sahaja. Kalau orang tu baik dia takkan panggil diri sendiri baik kan? Begitulah juga dengan rancangan lawak. Whose Line Is It Anyway tak diletakkan 'Is Funny' di belakangnya sebab dia tak mengangkat bakul sendiri. Tapi Amereka's Funniest home videos lain cerita.

Anoneemus™ said...

Laridankejar.
Jom kita kejardanbako.

Suiko.
Hi!Lama tak dgr komen Suiko.rindu pulak.walopun tak kenal.haha

Suiko Takahara said...

AI NOOO RAIT. Why hah. Adakah sebab kita dua alter ego kepada entiti masing-masing? Hm. Well, saya masih hidup dan membaca hikayat merong ops sori silap sepohon azaahmalasnakeja cuma tak ada masa nak komen sebab skolah sangat best like shiznits.

farizzet said...

WLIIA memang kelakar. spontan yg ditiru oleh afdlin dan arwah din beramboi pon kelakar. (bila ada mereka baru saya tgk) sebab mereka cuba ketengahkan lawak bijak. atau bahasa inggerisnya 'smart joke'. smart joke tak perlu berpakaian badut biar nampak kebodohan atau pakai baju compang camping. tgk balik 2 contoh wliia dan spontan. lawak yg mereka buat ialah anda kena imagine, bukan memfizikalkan lawak itu.

tapi kini aku berubah, sebab smart joke dah pupus. aku akan gelak juga dengan lawak tempatan kerana itulah taraf /level kekelakaran yang diterima oleh tempatan (locally). aku buat begitu kerana aku berada di kandang kambing, maka aku mengembek.

oh, desperate housewives pon sebenarnya byk unsur lawak, itupon sekiranya anda faham lah.

Ms Wallflower said...

Aku selalu tergelak kalau ada sorang lecturer ni melawak,contohnya dia cakap,"This reference textbook is very thick,so i think it's good."

Tapi aku tergelak sorang2 lah,orang lain diam je.Ah,peduli apa aku.

Among my frens,kalau ada org buat lawak yg orang tertentu je faham,mesti kitorang cakap lawak Reader's Digest..

Anoneemus™ said...

Selalu tak puas hati bila professor buat lawak dan i'm the only one who's laughing.
Rasa mcm, hek eleh macam la prof tu marah kalau gelak. tp bangga gak la, at least i'm on the same wavelength dgn prof instead of budak2 nerd ni.

Pojie said...

:)

[hamster cupcake] said...

lawak tu x natural laahh..
lawak dibuat2..
sbb tu x bes!!!