April 12, 2011

Siri Bercakap Dengan Lelaki episod 10: 'Silly' Things Men Do To Impress Women

Ini, sekali lagi adalah entri homej kepada Encik Ijai. Diharap Encik Ijai akan berpuas hati dengan entri versi Bimbo Yang Cerdik ini.

Dalam entri versi Yang Penting Rupa, Encik Ijai telah mengupas perkara-perkara 'silly' atau bodoh la senang cerita (aku seorang yang blunt, jangan lupa) orang lelaki buat untuk memikat hati perempuan.
Keseluruhannya, aku berpuas hati dengan entri tersebut, dan dengan kadar serta merta aku dapat rasakan yang Encik Ijai merupakan seorang lelaki yang metroseksual dan sensitif orangnya kerana memahami hati wanita. Chewah.
Oqeh, aku nak kupas entri, bukan nak kupas peribadi beliau.

Tujuan entri ini ditulis bukanlah atas dasar ketidakpuashatian terhadap beliau, tetapi sebagai supplement kepada entri beliau. Boleh juga dikatakan value added. Tambahan pula entri yang aku tulis ini datangnya dari hati seorang perempuan, dan sebagai seorang perempuan, aku telah mengalami sendiri perkara-perkara bodoh yang lelaki buat untuk memikat aku.
Oqeh sebenarnya aku bukan hot sangat pun. Siapa la nak ngurat aku kan? Ni kira campur pengalaman kawan-kawan juga.


1. Menyalahgunakan kereta sebagai daya penarik (bukan kereta tarik tow truck)
1.1. Memandu kereta dengan agresif sambil memaki hamun pemandu lain untuk menunjukkan kejantanan diri.
Fikir sendiri lah kan, kalau betul kau jantan sangat, kau tak perlu pun nak meletakkan nyawa gadis pujaan kau dalam bahaya semata-mata untuk nampak kental. Cukuplah dengan menunjukkan bahawa kau seorang pemandu yang berhemah namun memiliki kebolehan untuk refleks dengan pantas.
Malu kut aku kalau berada dalam kereta yang sama dengan lelaki yang memaki hamun orang lain di jalanraya. Rasa nak curl up dan menyorok dalam glove compartment.
1.2. Mengajak gadis itu pulang menaiki keretanya walhal sudah diketahui gadis dijemput bapa atau teman lelakinya. Lepas tu lagi nak insist dan tak puas hati kalau gadis itu enggan.
Ini memang stok berani tak kena tempat. Gua rasa nak sepak je.


2. Meminta orang lain untuk menceritakan perkara yang elok-elok tentang beliau kepada gadis itu.
Ini pengalaman aku sendiri. Kau bayangkan, aku dapat sms dan panggilan telefon daripada 5 (atau lebih) orang yang aku tak kenal langsung, hanya untuk ayat-ayat seperti 'Please give him a chance', 'He's a nice guy, he's just so into you' dan 'Adik saya tu hot. Ramai perempuan lain suka kat dia tapi dia reject.'
Ayat yang last tu 'kakak' beliau call aku. Nampak benor menipu. Mana ada hot.
Pathetic, dowh. Tapi aku maafkan sebab masa tu umur baru 18 maka perkara-perkara juvenil sebegini adalah dijangka. Cuma aku rasa 'kakak' dia kejam kut malukan beliau, walaupun beliau yang suruh in the first place.


3. Menghadiahkan jambangan bunga atau patung beruang lifesize kepada gadis itu dalam kelas atau waktu pejabat.
Ya, sesetengah perempuan memang sukakan teddy bear besaq dan bunga besaq. Tapi kalau nak kasi hadiah yang sangat obvious dan sukar disorok, adalah lebih baik memilih tempat dan waktu yang lebih sesuai. Kerana perkara ini boleh memalukan gadis tersebut unless beliau memang ada hati pada anda.
Awas, banyak perkara yang lelaki lakukan akan meninggikan magnitud perasaan gadis terhadap beliau, tetapi in both direction. Kalau memang suka, makin suka. Kalau belum/tak suka, makin menyampah.
Lelaki kena faham, apabila seorang gadis menerima hadiah daripada lelaki, rakan-rakannya akan menyibuk dan satu mesyuarat tergempar berlaku tanpa dirancang. Jika gadis itu tidak suka, beliau akan jadi benci kerana disebabkan anda, beliau menerima usikan dari rakan-rakan.


4. Berlagak kaya tapi sebenarnya pokai.
Silap-silap, nama pun tukar jadi Tengku. Walhal bukan semua Tengku kaya. Hal yang ini mungkin tidak merugikan gadis sekiranya beliau tidak berkahwin dengan lelaki itu. Tetapi pihak lelaki akan sentiasa berada di pihak yang rugi tak kira berjaya atau tak menawan hati gadis. Ini kerana sikap berlagak kaya ini akan menambah bebanan hutang dan menyusahkan diri serta rakan sebilik yang meminjamkan wang dan mi segera.
Maklumlah, asyik beli teddy bear besaq dan bunga hidup dan makan di Chilli's sedangkan pendapatan bulanan di bawah RM2500. Kereta pula, kereta sports yang disewa.
Kalau tanya kerja apa, dijawab jurutera walhal pembantu teknikal. Draughtman pun mengaku arkitek kalau camni.


5. Menghabiskan masa untuk menyiapkan hadiah handmade untuk gadis sedangkan esok peperiksaan bermula.
Lepas tu gagal subjek. Ulang lagi tahun depan. Lambat grad. Gadis tu dah jumpa lelaki lain yang lebih matang dan cool di tempat kerja. Kau masih di kampus, tengah buat hadiah lain nak mengurat junior sekelas subjek yang kau repeat pulak.


6. Menceritakan pada gadis itu tentang gadis-gadis hot yang pernah didampingi supaya kelihatan 'wanted' dan 'in the market'.
This is the most boring part kut. Kalau kau hot sangat kau pergi lah hang out dengan gadis hot, buat apa kau buang masa dengan aku? Aku tak minat la nak dengar kisah-kisah boastful kau tu.


7. Menggunakan kisah sedih untuk meraih simpati (Playing victim).
'Ow pity me, she left me, how could she do this to me.'
Dan gadis itu akan simpati dan mula cair dengan (kononnya) kesetiaan anda dan membenci bekas teman wanita anda yang (kononnya) kejam dan tak menghargai anda. Taktik ini agak la kotor, kan?
Tapi awas, taktik ini merbahaya kerana lambat laun, gadis itu akan bergaul dengan rakan-rakan anda dan ada risiko pecah tembelang. Gadis itu mungkin suatu hari akan mengenali bekas teman wanita dan mendapati yang beliau sebenarnya tidak jahat.
Ya, para gadis sekalian, silalah mengenali bekas teman wanita pada pacar anda. Mungkin anda akan menemui kebenaran yang pahit di situ.


8. Berbuat baik dengan emak gadis itu dalam kadar melampau.
Syukurlah aku tak pernah kena taktik ini. Kawan rapat aku pernah kena dan aku sangat annoyed mendengar kisah benar first hand ini.
Ya, benar, jika mahu bersama seorang wanita, wajarlah untuk berbaik dengan bakal mertua. Tapi itu kalau betul pun mereka 'bakal mertua'. Kalau perempuan tu jawab sms kau pun acuh tak acuh, ajak dating haram tak mau, toksah lah mengada-ngada nak menyendeng kat mak dia pula.
Kau nak jadi mama's boy, jadilah. Tapi dengan mak atau makcik atau mak angkat sendiri ya, bukan dengan mak gadis itu.


9. Menceritakan semua benda tentang gadis itu pada mak anda, dan end up melakukan semua benda yang mak anda suruh untuk mengurat walaupun tak sesuai dengan zaman.
Sebut pasal mama's boy tadi ya. Ya, kita wajib dengar cakap emak. Tapi kau tak payah la nak cerita semua benda, dan semua yang dituturkan oleh gadis itu. Kalau Encik Stateskop buat macam ni pun aku tak suka, apatah lagi lelaki yang aku baru kenal.
Kau bayangkan, lelaki tu setiap hari akan cerita apa yang mak dia cakap pasal aku, dan bukan semua aku suka. Mana ada perempuan nak kahwin dengan lelaki macam ni. Asyik mak dia masuk campur je. Nanti confirm gaduh dengan mak mertua.


10. Bercakap dalam dialek kampung asal gadis itu walaupun anda tak reti.
Kau, orang Nogori, nak ngurat orang Klate contohnya, tak payah nak kechek Klate. Tau lah gadis Klate comey-comey deh? Bak kata kawan aku bila aku try kechek, 'bughuk benor bunyinye'. Udoh le bughuk, offensive pulak tu. Buat sakit hati je.
Ya, serius, tak payah. Kalau nak ngurat gadis Jawa pun tak perlu nak cakap Jawa kalau tak reti. Nanti tersebut benda yang bukan-bukan bughuk padahnye.



Kalau anda ada pengalaman-pengalaman dingurati secara annoying seperti aku dan kawan aku, sila berkongsi di sini sebagai pengajaran kepada lelaki-lelaki di luar sana
.

11 suicidal thought(s):

laridankejar said...

terlampau caring. sampai makan ape, pkul berapa pon nak tahu. tu belum boyfriend lagi. kalau jadi boyfriend? pergh, buang phone lah jawabnya.

Anonymous said...

Masa aku belajar kat satu IPTA, aku pernah rapat dengan sorang laki ni- not more than just a friend je KOT. Tapi dia sudah mintak lebih lebih dari aku yg masa tu sedang berstatus awek orang, aku terus bolayan dan keep distance.


Lepas tu masa cuti sem, aku dapat surat dengan sampul rasmi dari IPTA aku. Bila pagi pagi buta dah dapat urusan seri paduka baginda yang serasmi tu, memang parents aku akan tolong bukakkan untuk aku la. Tup tup, terkejut gila sebab dalam tu ada empat lima helai surat tulisan tangan lelaki gila tu cuba flashback setiap so-called-important event (TO HIM!) throughout our friendship dengan ayat yang corny sial, ungkit balik yang dia selalu tolong aku masa kat kampus, lengkap dengan signature leplep haa melambangkan tahap desperado tidak terhingga- that in short, he cannot live without me, and begging me to accept him. Apakah ketahian ini, macam sial.


Aku mengamuk & terus call dia, tanya awat buat perangai hodoh gila attention macamni. Jawapan dia memang sungguh gampang. "Saja, I nak suruh parents you baca & tahu yang I lagi baik dari boyfriend you tu.."


Aku gelak sampai keras. -_- parents just don't give a shit, in the end.

farizzet said...

lagi satu, dont try to hard. lagi satu, kalau tak sefahaman, jangan merajuk, jangan melawan. menangkan aje gadis itu. confirm dia happy. unless kamu pandai buat lawak hinggakan kamu boleh menang dan dia happy. itu trik saya yg improve mengikut pengalaman. haha... nak ajar pon taktau.

Mohamad Faizal said...

haha nombor 10 adalah spot on. gadis saya orang utagha apabila saya cuba-cuba cakap utagha saya akan dipandang serong depa kata ceq cakap macam orang siam. ezajerit.

anyway terima kasih kerana membuat clarification yang kita berdua kool dan tiada masalah; takdelah kena tempias emosi seperti tempohari hehe

Anoneemus™ said...

Laridankejar.
Tapi kalau kita lari nanti dia kejar.

Anon.
Sungguh ketahian.

Fariz.
Good point u got there.

Ijai.
Haha.maafkan mereka.tgh turn off dgn lelaki kut time tu.

Anonymous said...

nombor 7.

ex2 aku banyak dosa kut, sebab each one of them smua ada penyakit. ada yg masa aku nk break, dia tiba2 buta warna. yg sorg lg tiba2 ada kanser otak. yg sorg lagi ada asma teruk.

juga ketahian.

Ms Wallflower said...

Lelaki yg mengorat secara anonymous.Contohnya, guna kawan kita sebagai perantara,tapi taknak bagitau siapa cuma kirim salam dan dok korek2 rahsia kita.Walaupun sebenarnya dah boleh agak siapa,tapi still annoying tambah2 kalau kita tak sukakan lelaki tu.

Sekali dua bolehlah nak berahsia,kalau sampai berkali-kali kita tanya tapi still nak berahsia,boleh blah.

AbgBeCA said...

kih3,da tu apa cara yg betol

fyza said...

aaaaa..sy sgt suka entry ni!!!

sy pernah kena

1.marah dgn anak sedara sorang mamat yg gila stalker..haha..ade ke die suruh anak sedara die marah aku sbb tak terima cintun die tu?BTW anak sedara die tu EMEL AKU ya...yeksss..sgt nk muntah..marah punya kaw2..mcm aku ni la yg jahat sgt..igt lg dia tulis "paksu suka sangat kat akak,tp akak tak pernah balas, and paksu risau sgt ttg akak..bla..blaaa..

2.kena marah dgn mamat tu sendiri..ni kes paling teruk penah aku kena..mamat ni gila stalk smp amik gmb aku dlm kelas sorok2..lepas tu tampal dlm bilik dia (my classmate sama rumah dgn mamat nih)..setiap bulan aku dgn muka yg kelat terpaksa terima hadiah dia bg,betul ckp naem kalau mmg tak suka..buat apa pun tak suka kn?mamat ni siap beli hadiah utk semua housemate aku juga!haha..last2 bila dah abis blaja..aku tak balas emel n msg dia..tup2 dia marah aku plak kata aku amik kesempatan kt dia...ape kejadah aku nk amik kesempatan..

haha..lawak2..

Si Fakap said...

*senyum*

Thanks for the tip!

Hehe.

Anoneemus™ said...

Anon.
Eh jgn la ckp camtu, nabi pun pernah sakit what.

Wallflower.
Secret admirer.pastu nak marah kita sbb tak balas cinta.dah tu nak balas kat sapa?

AbgBeca.
Hihi..later entry.

Fyza.
Tang marah2 ni buat kita hangen lagi takdak hati kat depa kan?

Fakap.
Sama-sama =)