May 23, 2011

Cerita panjang: Tentang Halal Secret Recipe

Tajuk bersempena dengan scene 'Tentang' yang dicetuskan oleh Sindiket Soljah.



Bagaimana tergeraknya aku untuk update entri di bawah adalah kerana timbulnya isu kononnya kek Secret Recipe mengandungi DNA babi.
DNA tuuu, bukan lemak ke apa, tapi detail tahap DNA. Kiranya kek tu ada bau-bau bacang dengan babi la.


Oleh kerana aku seorang Muslimah yang tak berapa nak 'Muslimah' (lain tu, kena reti beza), aku pun selidik lah di website JAKIM, tengok apa yang tak halalnya.

Rupa-rupanya yang tak halal tu adalah produk Puratos yang diberi nama 'Talento...blah blah blah...secret recipe'.
Oleh kerana orang Melayu ni tak biasa kechek omputeh, maka apabila terdengar istilah secret recipe maka kita pun terbayangkan Secret Recipe Cakes and Cafe Sdn Bhd.
Padahal resipi tat telur makcik aku pun digelar secret recipe jugak, sebab kerabat diraja yang bagi resipi tu suruh rahsiakan. Oops.


Maka tanpa usul periksa, rakyat jelata yang cakna lagi proaktif sekalian pun menyebarkan berita tentang pengharaman Secret Recipe atas dasar 'Sebarkan jika anda sayangkan Islam'.
Niat tu bagus. Tapi kalau takde bukti, dan tak benar pula tu, bukankah anda sudah menjadi seorang penyebar fitnah, wahai akak-akak tudung labuh?
Atau, akak nak bersumpah laknat di masjid Kampung Bharu dengan memakai baju kalis peluru dan helmet Magneto?


Habis, kalau 'Sekinchan Ikan Bakar' cawangan Setiawangsa tak dapat sijil halal, adakah semua ikan bakar yang terdapat di daerah Sekinchan, Selangor haram dimakan?


Yang rajin pi letak logo Secret Recipe dan gambar kek pada artikel tu pun bukan main lagi ye.
PPIM pun sama.
Pihak PPIM, kenapa tutup ruangan komen setelah saya komen untuk betulkan kesalahan komen-komen sebelumnya yang mengatakan cuma 2 cawangan SR diiktiraf halal?
Sekarang, sudah terbukti hujah berkaitan Secret Recipe itu tidak benar, mengapa tidak padamkan saja entri itu? (atau betulkan tajuk post) Sekarang, orang ramai tidak boleh membaca komen saya, tapi masih boleh membaca artikel itu. Adakah anda tidak mahu menarik balik kenyataan (dalam tajuk) itu?


Kalau anda nak tahu, kalau diikutkan desas-desus, Milo dan Maggi pun haram juga. Tapi Ustaz Azhar kata, kalau takde bukti boleh jadi fitnah.


Maaf buat akak-akak tudung labuh yang tak bersalah. Saya tujukan untuk yang berkaitan sahaja.
Time macam ni lah kan, semua nak keluarkan ayat seperti

"Patutlah, bila akak nak pergi makan tiba-tiba rasa tak sedap tekak."

"Kawan-kawan selalu cakap sedap. Saya LANGSUNG tak teringin pun. Sekarang baru saya tau kenapa. Syukur."

"Dari dulu lagi mengidam tapi tak pernah pun makan. Apa sedap sangat ke benda haram tu?"

"Ni budak-budak perempuan suka la makan kat situ. Konon best sangat. Ha, makanlah lagi kek babi tu, nanti perangai pun sekor-sekor sama macam babi."

"Dari dulu lagi aku dah tau dah haram."

Ye lah, aku faham yang korang terpelihara dari benda-benda haram ni sebab korang suci. Bukan macam aku.
Tapi kalau dah tahu sebenarnya tak haram pun, apa korang nak cakap sekarang?
Mungkin "Syukur aku tak pernah ada selera nak makan di tempat yang ada service charge 10% ni."


Aku tak dapat untung pun dari Secret Recipe ni. Dan aku tak rugi pun kalau korang boikot. Tapi aku tak suka mengongkong diri akibat benda-benda yang tak sahih. Kalau aku lepak Cheras Leisure Mall, contohnya, tak banyak pilihan restoran yang halal pun. Tapi at least ada Secret Recipe.

Eh jap. Tapi Secret Recipe tu tempat aku berkenalan dengan lelaki di atas. So mungkin la aku ada nostalgic sikit.

Aku rasa kita patut berterima kasih pada JAKIM sebab umumkan ketidakhalalan 2 produk Puratos. Tapi kau sedar tak, JAKIM tak tarik sijil halal Secret Recipe?

Dan, kalau nak bergantung sangat pada JAKIM pun, memang tak bagus. Tapi, kau nak dapatkan info dari siapa lagi?
Kalau makan di luar, kalau makan restoran yang tokey dan semua pekerjanya Melayu sekalipun, mereka beli bahan mentah dari luar juga. Kalau kau pergi bakeri Melayu, mana kau tahu dia tak beli produk Puratos?
Sekarang ni, dengar khabar (tanpa bukti), DNA babi dalam produk Puratos tu datang dari Fonterra pula. So, kalau benar, kita kena track down client dan produk Fonterra di Malaysia pula.
Anlene, Anmum dan rakan-rakan.


Oleh itu kita jangan makan di luar langsung. So kita makan di rumah.
Wait, kita makan di rumah pun beli barang di luar juga. So bagaimana?

Kesimpulannya, kita semua buat roti dan kek sendiri. So kena buat tepung sendiri. So kena ada ladang gandum sendiri. So kena pindah negara yang boleh tanam gandum. Kena buat mentega sendiri. Kena bela lembu sendiri. Sebab pembekal tepung dan dairy products ni semua tak boleh percaya.
Mungkin kerajaan patut hentikan segala pengimportan bahan makanan. Kita import pekerja asing je.


Dulu kawan aku pernah membebel, katanya
kita ni rakyat biasa je. Tak belajar Food Technology. Belajar agama pun, fardhu Ain je. Untuk orang JAKIM dan orang Food Tech lah kewajipan kaji halal atau tak. Kita marhaen yang hina ini di receiving end. JAKIM kata halal, kita makan. JAKIM tipu, depa dapat dosa. Bukan kita.

Ada point juga di situ.
Tapi ye lah, JAKIM proses yg apply sijil halal je, depa tak paksa semua premis atau pengeluar untuk apply ye dak? Tapi tu bukan salah aku, kan?


Kalau nak makan, tak boleh was-was, kak. Akak pun mesti lebih tahu.
So untuk orang yang percaya apa-apa yang mengandungi istilah 'Secret Recipe' itu tak halal, ianya haram bagi anda.

Untuk orang lain yang yakin, masih halal dimakan.

Aku rilek je mabuk-mabuk dengan beer halal dalam gambar ni. Dah aku dapat kat MIHAS, halalkan je lah salah silap aku


.

21 suicidal thought(s):

Pojie said...

mak suka, enak sungguh.

weed something out said...

baguih dok ada.


lantangan macam ini patut dibaca.

saya suka

Mohamad Faizal said...

yes! kami tiada masalah jika gadis-gadis fashionista bertudung labuh yang paranoid tidak mahu makan di secret recipe ataupun mana-mana tempat yang dodgy, tapi kenalah ada skill memasak untuk kami makan di rumah kan. sekadar buat kek red velvet yang halal itu bukanlah skil masakan. kami mahu ayam masak lemak. pandai buat tak? eh relevan ke komen saya ini

mE™ said...

very much agreed..!!
firstly. aunty kerja Jakim so memang dah tau kek secret recipe memang HALAL. Jakim buat jamuan pun beli kek secret recipe.
secondly. PPIM memang sengaja gunekan isu halal haram nih. coz for them, derang lagi bagus dari Jakim. suke mempersoaalkan creditability Jakim. padahal mereka mempunyai agenda sendiri. sebagai contoh mase ugat gigi colgate dikatekan haram. tujuan nyer ialah PPIM nak bawak masuk ubat gigi Mukmin. padahal tokey ubat gigi mukmin tu cha ya nun alif jugak. pasal isu roti High5 dan Gardenia dulu, because both kilang roti x nak terime PPIM as advisor so pergi sebar fitnah kate roti tu x halal.
thirdly.
rakyat M'sia memang suke mengforwardkan before check. yup 'kerana sayangkan Islam'. bagus, prihatin..tapi check lah dulu jangan mein forward jerkann..letih lah ini macam..

eszol said...

headshot!

budakpemalas said...

SR adalah produk keluaran sepenuhnya oleh rakyat Malaysia. Diasaskan oleh rakyat Malaysia, berasal dari Kelantan. Bukan produk luar. Sabotaj semua ni.

Rye the X-Superpornstar said...

sejujurnya masa orang bising mekdi tak halal, starbuck tak halal, aku tetap gak pi belasah makan minum kat situ..

sebab pada aku, pemerintah aku dah lantik JAKIM, JAKIM dah bagi sijil halal, maka halal lah makanan tu pada aku...takkan aku nak pi cek sampai ke dapuq ke supplier semua kot, kan?

dan kalau sungguhlah makanan tu tak halal, ada kandungan babi apa semua tu, aku dah masuk kategori TAKTAU ..bila tak tau aku dimaafkan..orang yang tau, yang sahkan, dia la yang tanggung

dan senang saja

kalau rasa ragu-ragu jangan makan, dah tak makan tu, jangan la plak sebar fitnah sedangkan hang tak tau apa-apa.

diam lebih baik for certain issues..

milo ada cacing
s.r ada babi
mekdi lembu tak sembelih
kepsi ayam kena karan saja


bosan!

~(*v*)~ily~(^v^)~ said...

good point! dulu saya selalu minum barbican sebelum barbican xberapa femes di kalangan org2 melayu malaysia.semua pandang semacam siap cakap eh minum beer ke? dengan selambe saya jawab nie non-alcohol from saudi.abes cite.satu lagik shikye minuman korean,my fave.if my uncle kata okey bole minum ok la (sebab dia study kt korea berthn2 n kawin ngn org sana saya yakin 100%) mmg bagus berhati2 tp jgn lar smpi terlampau extreme.benda yang bole terus xbole,rugi bumi Allah nie luas.selagi kita yakin tiada bende2 haram terkandung insyaAllah bole dimakan.satu lgk daging dari Australia bole di makan HALAL(org kedai tu mst inform),so pegi Aussie jgn teragak2 nk mkn daging(bukan daging babi yea)okies~

casperakhimi said...

'Tapi kalau dah tahu sebenarnya tak haram pun, apa korang nak cakap sekarang?
Mungkin "Syukur aku tak pernah ada selera nak makan di tempat yang ada service charge 10% ni." '

hehe tak tahan nak gelak guling2 jugak...kemain lagi alasan...tak terfikir pun.

jom bukak ladang gandum! :P

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

pihak secret recipe pon dah sangkal dakwaan kek dan roti mereka ada ramuan berDNA babi..so oklah..x payah susah hati lagi..erkk yg psl milo ada cacing tu tipu saja kan.

Nurul Huda Rahim said...

lelaki kt dlm gambar tu sikat rambut kemaen kemas lg. oh eh. mcm tade kaitan plak komen ni. aritu baru mkn choc indulgence. patut la tetbe rasa otak jd lembab (kah kah kah).

laridankejar said...

saya undi anda jadi menteri pemakanan!

Anoneemus™ said...

Pojie.
Mak lagi suka, nok.

Weed.
Saya bab membebel mmg baguih ja.haha

Ijai.
Kalau cara masak dia sama mcm daging salai masak lemak, saya pandai.

mE.
Boleh berikan sy bukti yg ubat gigi Mukmin tu tokey dia bukan Islam?

Eszol.
Please don't shoot me.

Budak Pemalas.
Depa tak kata SR tu produk luar.depa cakap ada DNA babi ja.

Rye.
Aww..I loike your name.

Ily.
So awak ada sepupu berbangsa Korea?

Casper.
Jom. cepat sediakan proposal.nak cari funder.

Rina.
Takpa, minum milo jgn lupa baca bismillah dan selawat.

Huda.
Patut pun tak siap2 thesis, mkn babi rupa2nya.kah kah. Oh,hairdo lelaki itu digelar 'rambut pengakap'.

Lari.
Saya taknak....(lari dan dikejar)

Matematis Muda said...

lupa nak habaq. aku shared kat fb aku. thanx :)

budakpemalas said...

Nak kena btulkan statement ni. Haha~

Org yg tuduh kek SR ada DNA babi tu mesti taktau sejarah dan asal-usul kewujudan SR pastu jenis cepat melatah dan suka berprasangka.

Okeh, baru betul kot statement camtu. Ke, salah lagi? Haha~

Oh, lagi satu. Ada mulut2 kata kari babas ada taik lembu. Astaga. Entah dari mana dtg la taik dalam serbuk kari. Macam-macamla sekarang ni kalo dengki nak jatuhkan orang. Isk~

tuan tanah said...

Thumbs up!

Mommy Fara said...

Wahahahahahah!

Mujur saya bukan Melayu ortodoks yang suka berlagak suci murni. Podah!

rAmiZa.mY said...

penat baca komen kt web PPIM tu..
especially tang bgaduh tuh.

Malay mind, forward everything u read dkt title, cerita sepenuhnya belakang kira.
contoh "Facebook launch a new dislike button,click here to activate!"
the next thing u know, semua dah ada virus/worm korayambil lah ape kt fesbuk..huhu


dekat asrama dulu:
"weh, jgn mnum air dining hall buat, dorg kacau pkai slipa"
budak2 inesen: "pkai slipa?! bluek"

the truth is:
mmg la makcik pakcik kitchen pkai slipar kt kaki masa kacau air koko wahi tu. -___-

1412 said...

Aku ada baca buku tulisan Syed Akbar Ali.

Ada satu bab dia 'menembak' tatacara Jakim dalam isu logo halal ni. Pada pendapat dia Jakim seolah-lah mengambil kesempatan terhadap tauke-tauke kedai ni, terutamanya restoran-restoran yang besar.

Bayangkan satu restoran ada 20 jenis makanan dalam menunya. Dan kalau restoran tu nak dapat status halal, tauke kedai perlu mendapatkan status halal untuk semua 20 jenis makanan yang dia ada. Maknanya, kena bayar dan buat test untuk setiap satu jenis makanan yang dia ada.

Tapi, persoalannya kenapa banyak kedai mamak dan melayu tak ada logo halal?

Sue Anna Joe said...

Lol at the statements.

Eh cepatlah tulis entri yang u kata u nak tulis (read ur comment in mantot's).

Memang terbukti kekepohan makcik. Hahaha.

BlueberrY CheesE said...

hhihi. good entry! ^^ I LIKE! thanks sharing! =)