June 16, 2011

Orang-orang yang terlibat dalam video seks

Gambar sekadar cadangan hidangan


Hari ini kita mahu bincang perihal video seks. Benda ni dah jadi trend, mana-mana berita, suratkhabar, blog semua pun menceritakan hal video seks tanpa segan silu dan risau akan perkembangan anak-anak.

Siapakah dalang dan orang-orang yang terlibat dalam video seks, secara generalnya?

1. Pelaku
Pihak ini merupakan pihak yang paling dipersalahkan dalam mana-mana video seks pun. Terutamanya jika pelaku juga merupakan perakam video seks tersebut.
Tapi pernahkah kita terfikir yang pelaku merupakan pasangan suami isteri yang sah? Yang sah lagi adventurous? Bagaimana jika mereka telah diperangkap dan diseranghendap? Adakah mereka merupakan pihak yang paling salah?

So kau kata orang yang dah kahwin takkan buat benda tak senonoh di luar rumah. Mungkin dengan berkelakuan seperti pasangan tidak sah dapat membangkitkan dan menghangatkan aura mereka?
Aku tak tahulah orang lain, tapi tempat ada nyamuk pun aku dah rimas. Ini pula mahu buat projek di semak yang mungkin ada ular, kala jengking dan ulat gonggok? Sungguh adventurous.
Tapi kalau dah kahwin, dan tempat tu tersorok, rasanya dalam agama takde masalah kut.


2. Perakam
Jika perakam juga merupakan pelaku dalam video, mungkin juga mereka merupakan pasangan suami isteri yang sah dan cuba untuk meningkatkan prestasi mereka dengan membetulkan kesalahan lampau. Cuma yang menjadi masalah adalah mereka tidak cekap melindungi data sulit itu dari dicuri orang. Baiki komputer, baiki hamfon, semua itu berisiko.
Cara untuk mendelete forever data-data sulit adalah dengan menggantikan (replace) dengan fail lain, bukan dengan menekan butang delete kerana ada orang memiliki kepakaran untuk retrieve data yang telah dipadam.

Jika perakam merupakan orang yang mengendap, mereka ini sangatlah keji hendaknya. Mereka ini tiada kerja lain yang halal, hanya mengendap dan merakam orang bersenggama. Mereka inilah yang menjadi punca fitnah, punca masalah orang lain, dan menggalakkan maksiat.

Orang yang berzina, at least dosa dia dengan Tuhan saja dan diharapkan cepat bertaubat.
Orang yang merakam itu, dia rasa tak berdosa sebab dia tengah rakam orang buat dosa lagi besar.
Setahu aku, kalau orang buat dosa, kita kena cegah, bukan kena rakam.


3. Penyebar
Penyebar video merupakan orang yang paling keji di antara kesemua orang yang terlibat dalam skandal video seks. Kalau tidak ada orang yang menyebar, tiadalah gejala budak-budak sekolah simpan video seks dalam telefon bimbit dan komputer. Masalah suami tengok porn malam-malam pun tiada.

Aku sudah membebel perihal mengaibkan orang dalam entri yang ini. Aku tak tahulah apa perasaan menjadi seorang yang extreme holier than thou yang rasa kalau orang tu dosa dia besar kita kena sebarkan.
'nabi cakap kalau saudara kau tengah tidur, dan kainnya terselak hingga nampak aurat, adakah kau akan tolong tutup atau kau akan pergi telanjangkan beliau?'
Contohnya blogger yang letak gambar atau video itu di blog masing-masing. Kalau tak letak yang penuh pun, kau dah galakkan orang lain untuk mencari full video. Kau tahu je lah budak-budak dan pakcik-pakcik.
Bukan main lagi mengutuk si pelaku dalam video. Macam mulia sangat je perbuatan kau letak kat blog untuk tontonan ramai tu.

Kalau orang buat video porn, kau keji.
Kalau orang tengok porn, kau keji.
Habis yang kau pergi sebarkan lagi?

Secara automatik, bila kau dah sebarkan, kau mengajak orang lain untuk mengeji, mengumpat dan menghina pelaku. Kadang-kadang, fitnah pun berlaku.
Adakah itu yang kau nak accomplish?

Kalau kau rasa benda tu tak elok, jangan share, jangan sebarkan. Apa faedahnya kau sebarkan video lucah tu? Kau just nak ajak orang mengumpat?
Eh kalau kau nak dosa bunuh saudara sendiri, kau buat lah sorang-sorang. Tak payah nak ajar orang lain buat juga.


4. Pengulas (penonton yang mengulas)
Yang si pengulas pun bukan main lagi rancak mengomen. Memang si pelaku dalam video tu paling hina lah kan. Tu yang sampai terkeluar ayat 'posisi doggie berdosa' tu. Nak buat macamana, bila dah tengok video tu dia rasa suci, sebab ada lagi orang yang lebih berdosa daripada dia.

Yang lawaknya ada yang boleh review video lucah tu dari awal hingga akhir. Nampak sangat kau memang kaki tengok porn.
Kau tak malu ke tengok porn, lepas tu nak keji orang dalam video tu?

Korang pernah tak terfikir yang selepas video tu dirakam, si pelaku (kalau belum nikah) insaf dan dah tak buat benda tu lagi. Mungkin mereka dah bertaubat dan diampun semua dosa-dosa.
Tapi kita yang masih menghina orang? Sucikah kita dari dosa?

Mungkin video itu dirakam sudah lama dahulu. Mungkin orang dalam video itu orang yang berjasa pada kita.

Konfiden je kan yang anak bini dan ahli keluarga kau sendiri tak akan dirakam sebegitu?
Kalau dalam video tu adik kau? Nak sebarkan tak?

Orang dalam video tu pun ada family. Family dia tak bersalah.


Macam aku pernah cakap, bab mengaibkan orang ni memang syok, as long as tak kena batang hidung sendiri
.

11 suicidal thought(s):

Cik Ina Do do Cheng said...

entry ni cam ada dalam kepala cik ina je. terbaek.

weed something out said...

tak semua yang paham pasal mengaibkan orang.

kadang kadang nak terangkan kat orang orang terdekat pun payah,

asyik cakap, "tunjuk ja, elok tu, padan muka"

buang ayaq lioq saja nak menerangkan minda mereka yang terpesong itu.

Mommy Fara said...

wow wee!

ini entri ade kaitan politik. takpe, teruskan.....

Anonymous said...

sgt2 stuju..org yg menyebarkn adlh lbh keji.da taw bnde slh,lg nk buruk2 kn k'adaan.

Dammit said...

Mungkin buka aib orang boleh tutup aib sendiri? Tapi kalau dari awal tu fitnah, memang dah masuk bab lain dah.

Mohamad Faizal said...

satu hari nanti saya ingin menjadi pelaku tetapi tidak akan menjadi perakam kerana depan kamera pasti akan beraksi kaku. eh

cik puan olympus said...

ada yang bagik alasan, dalam islam mengharuskan kita bercerita untuk dijadikkan pengajaran...

tapi diorang lupa untuk kes tu, watak haruslah dirahsiakan... cerita je yang boleh disebarkan...

sebut la : si polan si polan buat cani... skang si polan sakit teruk...

tapi diorang nak jugak tunjuk watak utama dalam kisah yang kunun mereka nak jadikkan pengajaran...

Anoneemus™ said...

Cik Ina.
Sila luahkan.

Weed.
Nanti kena kat diri sniri depa tau lah.

Fara.
Tak. Ini bukan pasal politik. Ini pasal local porno.

Anon.
Culture Melayu suka mengumpat,tak suka menegur dan ditegur.

Dammit.
Betul gak tu.sbb nk tutup kesalahan sendiri, buat propaganda lain.

Faizal.
Saya dah cuba tapi rasa disgusting sblm mula.

Cik puan.
Definitely!

syaz said...

sangat setuju dengan part yg no. 3 tu

Ara said...

Like this!

farizzet said...

Akhbar metro lah yang paling terel. Diorang siap letak front page lagi pasal game sex dalam phone dan letak gambar betul, nampak sangat la mereka pon geng main game sex tu. Pastu siap bagitau mana nak beli berapa dan phone apa yg sesuai. Pastu salahkan budak2 main game tu. Dah korang bagitau org cari la.

Sama juga dgn video ariel dan luna, metro la yg bagi url lengkap ada berapa video dan berapa minit lagi. Pastu siap bagi summary apa yg berlaku. Letak kat front page. Memang la org cari. Memang makin ramai yg suke.