[KISAH BIMBO YANG CERDIK]
July 31, 2011
Ada juga link yang berguna di Suicide Park ini
Terima kasihlah pada Encik Stateskop yang introduce blog 'secret recipe' di bawah.
Tak, dijamin takde DNA babi punya.
Aku browse blog ni untuk cari doa-doa pendinding (or something like that) kemudian terjumpa pula link tentang solat terawih ni.
Yang bagusnya, ada panduan solat terawih yang simple.
Tapi point yang ingin disampaikan oleh penulisnya adalah pendapat beliau tentang wanita solat terawih di masjid.
Aku rasa benda ni biasanya dipengaruhi keluarga jugak kut.
Mungkin sebab dalam keluarga aku, perempuan jarang ke masjid (kecuali untuk sembahyang raya), maka aku memang tak teruja sangat nak terawih di masjid.
Lagi satu, (ini sekadar pendapat peribadi) aku kurang gemar solat sunat di masjid. Aku lebih prefer yang sunat tu buat sorang-sorang di keheningan malam. Kadang-kadang rasa poyo gak la, solat fardhu tak seberapa, jauh sekali nak solat di masjid tapi yang sunat tu beria pulak.
Sebab tu aku tak suka kut cerita pengalaman terawih ni, takut timbul perasaan bangga pulak. Walaupun hakikatnya takde apa yang boleh dibanggakan.
Tapi aku faham lah, sesetengah orang prefer pergi masjid sebab nak dapatkan aura semangat Ramadhan tu. Bulan lain tak biasa ke masjidlah katakan.
Aku pernah la cuba di kampus, sebab aku dengki orang lain seronok je pergi terawih. Tapi aku masih tak boleh fokus langsung. Dengan peluh meleleh di badan, memang tak boleh khusyuk langsung. Sudahnya aku rasa terawih tu kosong, takde isi. Lagi-lagi time tahiyat akhir tu macam takde space je nak duduk.
Aku tau la solat jemaah kena rapatkan saf, tapi agak-agakla rapat tu; perlu ke sampai menghimpit-himpit sampai duduk tak sempurna, takbir tak sempurna, telekung kena pijak dengan orang sebelah lepas tu kau tak boleh bangun untuk tahiyat seterusnya tanpa telekung kau separuh tertanggal?
So lepas tu aku decide better aku solat sendirian je. Walaupun sekejap je, bacaan pun pendek-pendek sebab aku memang tak hafaz surah panjang, tapi jauh lah lagi syok daripada fikiran melayang sementara tunggu imam habis bacaan, ataupun duk tahan panas dan geli peluh mengalir di kulit.
Aku rasa solution yang bab peluh tu adalah solat di masjid yang ada aircond la kut.
Oqeh ye aku tau kalau aku khusyuk, gempa bumi pun patutnya aku tak sedar.
Eh korang jangan salah faham aku bukan nak cakap terawih di masjid tu tak elok.
Cumanya untuk orang macam aku, rasanya lebih baik solat di rumah saja. Penghayatannya lebih, buat aku.
Aku tak nafikan mungkin aku juga terpengaruh dengan pendapat 'wanita lebih afdhal solat di rumah' yang berlandaskan hadith sahih. Mungkin ayah aku pun macam tu.
Tapi family lain, mungkin dari kecik ayah dah ajak satu family terawih di masjid. Maknanya ayah dia takde lah terpengaruh dengan hadith tu macam aku. Bagus juga kalau dah biasa macam tu. Elok pergi masjid daripada satu family lepak kedai mamak malam-malam. Keluar berbuka dengan lepak tak sama ye.
Cumanya kalau anak tu masih terlalu kecil untuk reti duduk diam, atau masih pakai diapers, mungkin belum sampai waktu ibunya ke masjid. Nanti orang lain tengah solat, budak tu bising ke, main mercun ke, baling selipar ke, tak ke buat orang marah tu?
Oh, satu lagi...pasal nafas berbau. Siang hari tak kisahlah, memang bau syurga. Ada sesetengah orang, lepas berbuka pun masih nafas berbau lagi. So sebelum pergi masjid tu silalah gosok gigi dan gargle dulu ye. Terutamanya kalau kamu suka makan bawang. Bukankah nabi pesan kalau makan bawang jangan solat di masjid? Bau rokok pun sama lah kan.
Aku sendiri pernah berpengalaman berjemaah dengan orang bermasalah ini. Ya, waktu solat kita bukan mengadap muka orang. Tapi kalau halitosis tu kronik, tak perlu mengadap pun sudah tercium juga haruman kasturi itu.
So terpulanglah pada korang nak pergi masjid ke, surau ke, jemaah dengan mak di rumah ke...
Aku cuma mahu share link berguna di atas. Pandai-pandailah ekstrak.
Point aku di sini ialah, solat terawih di rumah tak mendowngradekan terawih anda, terutamanya jika anda seorang perempuan.
Renung-renungkan dan selamat mengamal
!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

9 suicidal thought(s):
Bila klik link tu, post paling popular dalam blog secret recipe buat saya terkesima. Baru hari pertama dah ada dugaan untuk lelaki bujang yang kuries macam saya.
Tapi, saya tak klik post paling popular tu. Walaupun saya lelaki. Dan kuries.
Saya yakin, artikel tu bersifat educational. Walaubagaimanapun, jujur cakap, mental saya dah sedikit terjejas. Jadi baik saya pergi amik wudhu' sekarang.
Cobaan.
Mana button like?
Ya.Sgt setuju dgn anda.Abah aku pun tak paksa aku terawih dimasjid walau masjid sebelah rumah je.
Tambah lagi aku ada ank kecik yg tak reti duduk diam dan aku dpt bayangkan mcm mana kalau aku angkut dia ke masjid,habislah jemaah senget kepala sbb dia suka tarik telekung dari belakang.Sekian.
last aku terawih masa kat sekolah menengah..
masa kat kolej, orang pi masjid aku membuta..
lepas kawen biasalah awal-awal kan, terawih kat rumah laki jadi imam,
masuk tahun kedua, laki aku terawih kat masjid, aku duk rumah, beranak kecik kot..baru duk ingat tahun ni buleh pi masjid lagi, dah dapat plak sorang lagi...
sudah lama tak jijak masjid..masjid cantik dan sejuk, ok?
wah suka entri nie...km pun ada pengalaman time nak terawih jer kipas angin bukan men laju ler sx bila nk sujud jer peh kain semayang dah terbang sampai ke muka...abis nampak badan....aloi malu...so memang prefer p masjid yg ada ekon pas tu tok imam baca surah pendek2 kang tok imam ke mana km nie kemana hala da :)
Ko.
Mencabar sungguh jadi lelaki bujang ni.tp at least u're aware of it.
Noe.
Kat FB.
Finaz.
Nanti dah besar sket boleh le tu.
Ra.
Like =)
Kasut.
Samo la kito.
dalam lift, penuh kelumbung smayang warna putih.
mak pernah cakap, "awat lah depa tak buka lipat simpan dulu?"
hahahhaah
Setuju2..mmg link yg sgt berguna compared to the link to anwar ibrahim's blog :p
tok imam kat surau kg.kita baca surah pendek2.mak kita suka.laju pulak tu.kipas putaran adalah 6.dan saf2 pempuannya tidaklah sampai menarik telekung marhaen sebelah.yay.kita suka surau kampung kita.
idop tok imam ehsan!
Post a Comment