Lepas tu mesti ada orang emo kat comment box. Komen pulak guna anonymous la kan. Eh mestilah.
Komen macam 'Dari dulu lagi Melayu adalah Islam. Islam itu Melayu' dan 'Melayu tu bangsa paling mulia di dunia. Kau tu tak reti bersyukur jadi orang melayu'. Whatever.
Mungkin mereka orang PERKASA.
Selain dari isu Melayu, satu lagi isu yang buat orang emo adalah isu cikgu buat salah.
Maknanya selain Melayu, guru juga adalah golongan ma'sum.
Walaupun kau dah terang-terang menyatakan kau despise seorang guru sahaja, mereka akan anggap kau anti semua guru. Kau adalah manusia yang tak kenal erti bersyukur kalau kau kutuk seorang guru yang mungkin pedofail dan pukul murid untuk lepas geram.
Walaupun kau terang-terang kutuk cikgu yang malas sahaja, mereka akan ramai-ramai serang kau.
"Cuba la rasa jadi guru 2-3 hari."
"Kau jangan hantar anak pergi sekolah la wei!"
Kadang-kadang, cikgu pun macam kerajaan.
Yang mahu kita bersyukur kepada mereka, bukan dengan Tuhan.
Yang hairannya, aku biasa juga dengar pekerjaan lain dikondem. Malah, pekerjaan lain lebih teruk digeneralizekan. Contohnya pekerja Pejabat Tanah selalu takde di pejabat pergi lepak minum, dan pembantu rumah Indonesia suka mencuri.
Tak pernah pulak aku dengar orang emo mempertahankan pekerja Pejabat Tanah ni.
Reporter pun orang dah menyampah dah sekarang ni. Tapi takde pulak mereka bising-bising cakap kita tak bersyukur pada jasa mereka menyampaikan maklumat.
Dulu waktu kecoh isu polis ganas waktu BERSIH, ada la juga beberapa orang yang sibuk backup polis. Tapi takdelah seteruk orang emo nak backup cikgu.
Walhal polis tu dah memang kerja dia kena ikut arahan. Suruh tangkap, tangkap. Malah, memang ada arahan yang diterima polis ketika BERSIH untuk tendang sesiapa yang ingkar. Arahan itu telah dirakam di dalam video.
Tapi mana ada guru besar beri arahan suruh pukul murid, suruh mencarut dalam kelas, atau suruh raba murid?
Arkitek pun selalu juga kena kutuk kalau design merepek, ada hazard, dan tak environmental friendly. Tapi tak pernah pun aku baca arkitek beria nak bela rakan sejawatan mereka? PAM tak bising pun.
Kenapa ramai guru tak boleh terima yang ada rakan sejawatan mereka yang memang perangai macam haram, dan kami tak maksudkan semua guru?
Adakah kerana orang itu telah berjasa kepada kita, dia boleh buat apa saja pada kita?
Adakah silibus diploma perguruan di Malaysia telah menerapkan pemikiran yang semua guru itu ma'sum?

Untuk anon di atas, (1) Saya takde anak, checked. (2) Saya memang tak guna pun sijil-sijil zaman sekolah dulu, checked. (3) Memang tak kerja guna kelulusan masa belajar walaupun saya sayang semua lecturer saya. Suami saya pun sama. Checked.
Owh, tapi saya tak tahu cara untuk berhenti jadi orang. Tuhan ciptakan saya jadi orang, maka jadilah. Tak mungkin saya boleh pilih untuk jadi peti aiskrim.
Oh lupa nak terangkan.
Punca komen di atas adalah seorang commenter menggunakan ayat 'jangan jadi macam cikgu pemalas..'
So what? Dia cakap jangan jadi macam cikgu yang malas.
Sama macam kerajaan cakap 'pelajar jangan boros dengan PTPTN'. Adakah aku sebagai pelajar perlu emo?
'Jangan jadi arkitek berlagak'. Arkitek nak kena emo ke?
Aku rasa orang yang emo pada ayat 'jangan jadi macam cikgu pemalas'.......
adalah cikgu yang malas lah kan?
Family aku ramai cikgu, kawan-kawan aku lagi ramai cikgu.
Tapi mereka tak pulak deny the fact yang memang ada cikgu perangai tak senonoh.
Some teachers are parents, too. Don't they care when the kids' teachers mistreat them?
My father cares.
So aku hairanlah kenapa guru yang bukan dari set sosial aku agak defensive?
It's not like we despise, or hate all teachers
.

14 suicidal thought(s):
selalu dalam drama saja tunjuk cikgu tu dewa la sangat (terutama drama sempena hari guru)
depa lupa
cikgu pun manusia biasa!
bila manusia ni macam macam la sifat
pemalas, gila sex, sex songsang, gila glamer, perampas laki orang, curang, berak busuk, kentut bau pekung
aku ada kawan cikgu, aku ada mak sedara cikgu..depa manusia biasa gak..ada hari balik maki anak murid, ada hari balik wah serupa dewa..
orang yang selalu backing ni ialah yang selalu ingat tujuan depa jadi cikgu sebab niat yang suci murni
kalau sungguh niat suci murni bukak tusyen free la wey, tak payah keja jadi cikgu makan gaji..kan? kan?
huhu!
Cik Ina nampak komen tu terlalu mengikut perasaan .Maksudnya di situ cikgu tak boleh dikritik.
Rara.
My dad pernah bukak pusat tuisyen yg dia x dpt 1 sen pun.Last2 tak tahan penat.
Cik Ina.
Ye,itulah point dia kan? Kutuk ulama' takpe,jgn kutuk cikgu.
Hahaha. (gaya songsang sikit)
Yang mak tatahan ni nokss.. mak tak boleh terima cikgu-cikgu yang ada masalah displin tak dibuang terus, tapi ditukarkan ke tempat lain. Tak ka begong sistem itu? Pi tempat lain pendalaman ka apa ka, sama juga.. akan ada masalah.. (ini gomen punya sistem, mak dengaq payah sungguh depa nak buang cikgu yang ada masalah)
Yang mengajaq kat sekolah swasta ni pun ada yang belagak dan kononnya nak ajaq macam high school musical cikgu sporting cool nak mampos, tak ajar tak apa, konon FRIENDLY gaya cool cikgu urban. At last kena kutuk juga se cool-cool mereka, mak ingat lagi ex-student mak cakap, "Yah yah we like Miss *To, she's soooo cool, but dont know how to teach!We prefer tuition teacher"..
Kat sekolah swasta mak yang tak perform tu memang di beri tunjuk ajar setempoh tertentu, tak boleh juga, digalakkan berhenti. Emo pun emo lah, ini masa depan budak-budak, bukan cikgu ittew nokss.. hahahha..
Maks pun tak suka bila kazen mak baru praktikal sudah kena ajar kelas last, sudah cakap "Semua itu bodoh etc" Maks senyum saja.. Sebab keluhan itu akan diakhhiri "Kak *Ayu tak apa lah, sekolah swasta.." Maks senyum saja.. Excuses macam itu maks tak layan nokss..
Kesimpulannya, maks penah tegoq abang ipaq maks sebab dia tegoq mak makan dengan chopstik, bukan gaya islam gittuew, maks cakap, kat China tu banyak ja orang islam makan dengan chopstik, depa murtad kah?
Hahahha.. bye nokss..
cikgu juga manusia biasa. pensyarah juga manusia biasa.
semua orang ada kelemahan. ada kekurangan.
nice write neem. :)
jiran depan rumah, anak dia cikgu.
she said to his son 'jangan berkawan or bercampor dengan org2 bukan kerja kerajaan mcm kau (baca: abg gua kerja sendiri), kau tuh ada maruah. jaga maruah tuh'
to some people, mmg kerja as cikgu or kerja kerajaan tuh mulia sgt smpai tak boleh langsung nk ditegur. like u said, mcm dh ma'sum plak.
mak aku pon cikgu (nak bukak citer jugak tuhh)
aku berani ckp mak aku cikgu yg unggul. sbb mak aku tak mcm cikgu2 baru kat skolah dia yg jadi cikgu tak bersemangat dan ponteng2 keje selalu ..
point being is, diorg tak tahu cikgu nih pon manusia biasa...
p/s: arkitek mmg tak akan emo bila org kata "jgn jadi arkitek belagak" sbb mmg diorg mmg berlagak n accepting it..hahaha!
cakap dgn die g tgk cite Laskar Pelangi ke atau nak cool sikit pasal2 sijil meyijil pelajaran ni try usha cite Alangkah lucunya negeri ini,semuanya hasil dari indonesia,mungkin si "anonymous" boleh berfikir lanjut sikit.dan amat lah silap bila seseorang itu sudah menjadi guru dan merasa ilmu di dada dah full.tp kalo lepas die tgk movie tu die haramkan pelajar jgn main FB.wa x jamin :)
saya suka komen ms weed.
lecturer golongan cikgu jgk kan.
saya skrg buat part time dkt Uni International Tanah Melayu, nama pun PJJ, belajar sambil kerja mestilah kurang masa nak mentelaah.. ada lecturer yang boleh jawab macam ni bila student tak faham dan bertanya..
'all of you guys are working, when you come to class, you're suppose to know everything.'
kalau dah kalau yang sambung belajar ni bijak pandai, kami datang exam jelah Puan! ceh.. tak pun, takyah sambung belajar terus..
sesetengah tenaga pengajar macam ni menunjukkan mereka ni datang mengajar weekend tak ikhlas.
yang mampu saya komen..pekerja kerajaan~ sigh.
Weed.
Noks,makan dengan sudu pun haram, ikut omputeh.
Atiqah.
Ye,blogger pun mcm tu.
N.
Itu memang dewa maksum tahap jatuh maruah kalau berkawan dgn Dato' Tony Fernandez mahupun Farid Ridzuan.
Adda.
Arkitek kena kutuk busuk pun tak kisah kan..masa blaja pun dah biasa kena.haha
Rizwan.
Peh..siap ada reference. bagus.
Laridankejar.
Pernah kena macam tu.mcm hina sgt je sbb senior takleh jwb soalan lecturer.walhal klu dah pernah belajar benda tu mestilah i wouldnt be there sbb dpt exemption.duhhh...
ntah...tp gua mmg slalu bebulu ngan cekgu dr KPLI...
"jd cekgu lah wei,senang wat loan.Terjamin hidup"
Ramai cekgu mentaliti camnih...haishh..Pada aku hidup tak pernah ada jaminan.
Segala2milik DIA.Gua pulang balik pada DIA. Gua cuma tau,sementara gua hidup,gua nak wat mende yang gua rasa gua nak wat (Slagi x langgar hukum agama).& gua cuma berusaha sehabis baik.
"Kenapa Rasulullah.s.a.w juga meninggal?" Soal seorg sahabat.
""Kerana Rasulullah juga seorang manusia biasa"Jawab Umar Al-Khattab.
pernah rasa nak rage pasal orang melayu yang anggap islam tu diorang punya je. memang lah dalam perlembagaan persekutuan orang melayu mesti islam tapi tu tak bermakna semua orang islam orang melayu. derr.
pekerja dalam bidang undang-undang pun selalu dikutuk. lagi-lagi yang lawyer. katanya jadi lawyer masuk neraka. takde sape backup pon.
Aku takleh terIma ada org kat belog ni kutuk akitek dan takde sape pong nak bela. Suma nak bekingz cikgu cikgi juga, padahal korang inagt senang jadi akitek? Hari harinpikir passal kehidupan korang supaya lebih baik, jadi lebih mulia lebih maksum dan alim. Korang tak pikir pong. Cuba jadi akitek sehari dua... Aku jamin korang takkan pahaM punya. Kalau korang ingat buat rumah tu senang sangat tak payah pakai akitek, ko buat rumah sendiri la jangan sibuk pegi pkns cari rumah murah ke mahal ke... Huh... Lukis pon tak reti. Org lidi je tau. Pastu ada hati taknak baya keje akitek. Org yg tak paham keje akitek ni camne baik duk kat gua atau bawah jambatan je. Jangan la teringin nak pegi shopping mall ke bercuti kat resort ke, semua tu perlu akitek doh. Jangan hidup dalam apa bangunan, hidup dalam kereta boleh, tu bukan keje akitek.
Org masih takut lawyer, cakap sepatah je dah bagi bil terus kecut bayar esok juga takut kena saman. Tapi akitek? Kita buat bangunan macam gila apa korang pikir akitek ni mcm superman ke apa? Akitek pon nak hidup jugak.
Apa ingat cikgu tu bagus sangat? Kalau cikgu takde maktab jangan mimpi la nak jadi cikgu, jangan mimpi la nak mengajar kat dalam kelas sekolah swasta ko yg ber aircon tu, cilaka punya manusia. itu semua akitek yg design bangunan ko!
Ingat ko saja bole emo? Cilaka punya manusia aku sembelih bakar dan buang kat sungai baru tau.
Lain padang, lain belalang... kerja apapun, mesti kena ikhlas. Baru hasil jadi jernih bersih.
Pada yang keja cikgu, tahniah !!!...kerja anda sesangat mulia. Hormati ilmu anda, santuni amanah.
Post a Comment