July 25, 2011

Guru dan Pelempang cap Jepun

So some are debating on the 'pelempang guru' issue. Said the parents are overreacting by issuing a lawsuit against the teacher who slapped the poor kid.

Well of course, I'm surrounded by teachers here and they are bitching about the parents.
And yes, people my age don't have school age kids yet. Their kids are newborns and toddlers. Tengoklah nanti dah besar anak korang kena lempang kat sekolah korang nak mengamuk tak.
Granted, sejak kecik kita dah dibasuh dengan terms guru ibarat lilin blah blah...Memang aku akui kita kena hormat cikgu. Tapi adakah semua guru berakhlak mulia? adakah semua parents overprotective? adakah semua budak kurang ajar?

Kembali pada isu kes tadi, kita (saya dan awak semua) tak tahu menahu details kes itu. We were not there.
Kita tak tahu pun kenapa cikgu tu lempang budak tu, dan kuat sangatkah pelempang itu, dan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh cikgu itu untuk mengajar budak itu sebelum melempang. So kita tak boleh nak buat spekulasi apa-apa. Nanti jadi fitnah.
So kita jangan bincang tentang kes spesifik itu. Kita bincang secara general.


1. Ramai orang keluarkan ayat tipikal "Zaman dulu, parents hantar anak kat cikgu, pesan kat cikgu suruh pukul kalau anak buat salah, asal jangan patah riuk sudah. Zaman sekarang..."
Aku rasa orang yang guna ayat ni adalah sama dengan golongan yang mengungkit "Aku dulu takde hamfon, takde PSP pun. Budak-budak sekarang ni spoilt."
Awat hang dengki sangat kat budak-budak? Salah diorang ke kalau roh diorang ditiup masuk ke jasad pada zaman la ni? Bukannya diorang pilih nak lahir tahun 80-an ka, 90-an ka...Dah memang nasib diorang lahir pada zaman yang wujudnya PSP dan iPad dan semua orang ada hamfon kalau siapa yang takde akan left out. Aku rasa diorang lagi banyak cabaran hidup daripada kita semua.
Aku dulu kecik-kecik nak exam pun boleh main lagi. Diorang baru masuk darjah 1 dah kena tuisyen. Kita dulu dapat 8A dah kira cerdik dah, depa ni 15A pun orang tak pandang dah.
So izinkan aku untuk keluarkan ayat ni "Orang zaman dulu selalu mahukan yang terbaik untuk generasi masa depan dan tak mahu anak-anak sengsara macam mereka, bukannya macam orang sekarang yang dengki pada budak kecik."

2. "Dulu kena rotan dengan cikgu, sebab tu lah dah besar jadi orang."
Aku dulu tak pernah pun kena rotan, kena pukul. Sebab cikgu semua takut kat bapak aku. Walaupun bapak aku sendiri tak pernah pukul aku. Langsung. Tapi aku dah besar ni jadi orang gak, tak jadi kangaroo pun? Kawan aku yang cikgu tak kenal parents dia, teruk kena pukul dek cikgu. Adakah berkat kena balun itu maka dah besar jadi orang berjaya?
Kawan aku kena lempang sebab dia salah jawab soalan matematik. Kau agak-agak berkat pelempang tu adakah dia akan jadi lebih pandai matematik? atau dia akan lebih suka subjek itu dan lebih rajin buat latihan?

3. Budak sekarang tak sama dengan budak dulu. Cikgu sekarang pun tak macam cikgu dulu. Sebab tu dulu parents boleh percaya kat cikgu suruh pukul anak.
Budak sekarang, cara hukum pun biar kena dengan zaman lah. Move on.
Cikgu sekarang pun bukan sama dengan cikgu zaman dulu, yang memang bercita-cita nak jadi cikgu. Kalau jenis yang memang berangan nak masuk IPG, nak jadi cikgu, nak jadi ustazah, itu yang betul-betul ikhlas mengajar. Atau memang lepas degree terus jadi GSTT dan sambung DPLI sebab minat.
Sekarang ramai yang tak minat nak mengajar tapi paksa diri jadi cikgu, itu yang pressure lebih. Kalau dah niat pun tak ikhlas, nak jadi cikgu sebab nak kerja gomen tapi menyampah kat budak-budak, camane?
Cikgu zaman dulu, rotan kita pun kita tak kisah sebab waktu lain dia mengajar dengan penuh dedikasi. Bukannya setiap kali masuk kelas hanya membebel dan menyumpah seranah, dan kasi homework bila tamat waktu.

4. Cuba hang tanya mana-mana pakar psikologi tentang faedah lempang anak murid ni.

5. Kawan aku mengajar darjah 1. Kena maki dengan seorang budak. Dia takde lah lempang budak tu. Setelah disiasat, memang budak tu bermasalah dari rumah. Bapak dia selalu pukul dia. So budak tu nak perhatian kat sekolah sebab kat rumah tak dapat bermanja. Kau agak kalau kawan aku lempang budak tu dia jadi apa? Terus jadi budak baik? Atau akibat anak kena lempang, ayah dia berubah?

6. Bukankah dalam Islam pun ada guideline tentang pukul anak (dan isteri)? Yang dimulakan dengan syarat-syarat untuk menghalalkan pukul (maknanya tak semestinya kena pukul walaupun terbukti salah), sampailah ke cara-cara untuk pukul. Yang pasti, pukul mestilah dengan tujuan mengajar dan bukan untuk menyakiti.
Kalau lempang, dah confirm tak boleh sebab muka adalah kawasan yang dilarang pukul.
Kalau pukul untuk lepas geram pulak, itu bertujuan menyakiti.
Macam kawan aku yang kena cubit kat perut sampai berlaku pendarahan dalaman. Parents dia tak saman, tapi doktor yang mencadangkan suruh saman cikgu tu. Kalau parents dia ikut cakap doktor, aku yakin warga pendidik (dan keluarga mereka) seluruh Malaysia benci kawan aku (dan keluarga beliau).

7. I agree that mungkin budak-budak sekarang lebih kurang ajar berbanding dulu. Makanya adakah dengan melempang mereka akan mengurangkan jumlah budak-budak kurang ajar? Sila rujuk no4.
Kadang-kadang, cikgu menyampah kat anak VIP tapi tak berani pukul, so lepas geram kat anak orang lain. Kadang-kadang, cikgu menyampah kat certain murid just because. Takde sebab. Aku sendiri pernah kena. Tengah exam kena maki sebab jawab salah. Bukan lepas exam masa dapat kertas, tapi sedang menduduki exam, dalam dewan peperiksaan aku kena maki.
Samalah kes kawan aku kena lempang banyak kali dengan cikgu matematik tadi. Orang lain tak pandai juga, tapi tak kena lempang pun. Tapi sebab cikgu tu benci dia.

8. Kalau parents dia memang kurang ajar dan maki cikgu, kau agak salah budak tu ke kalau dia turns out lebih kurang ajar?

9. Kalau kau seorang cikgu, atau bakal menjadi, ikhlaskan niat kau. Tabahkanlah hati, itu kerjaya yang mencabar. Dan jangan lupa tumpu perhatian dalam kelas psikologi pendidikan.
Kerjaya doktor pun pressure gak. Kalau doktor lempang pesakit yang degil, kau rasa rasional tak?

10. Orang sebaya aku memang cakap senanglah, anak kau tak sekolah lagi. Kalau ada pun, anak kau mungkin tak pernah kena lempang atau dia tak pernah mengadu. Kalau anak kau bersekolah kat tempat kau mengajar, chances are anak kau tak kena lempang lah. Cikgu lain mesti taknak cari pasal dengan colleagues kan? So kau hantar anak kau ke sekolah di mana cikgu-cikgu di situ tak kenal kau.
Semua sibuk suruh rasa pengalaman jadi cikgu dulu baru tau. Aku memang pernah mengajar. Tapi tak pernah rasa jadi mak.
Cuba rasa jadi parents budak tu pulak.


Kau bayangkan anak kau balik sekolah  menangis-nangis dengan gusi berdarah sebab kena lempang, tengok kau sentap tak
.

9 suicidal thought(s):

Lady RaRa said...

aku baru nak komen bersetuju panjang2 dah tersentap plak baca status kat komen box hang ni...

ok komen pendek dah la...

aku setuju amat!

btw, nak ucap terima kasih sebab bila baca entry2 hang aku rasa klimaks...bukan semua orang pandai deliver lines sampai org paham tau...kagum aku!

said...

Tak ada anak school age kids/pre-teen/teenage tapi ada adik kan? Tapi kalau sendiri tak pernah rasa kena heret masuk bilik disiplin/pengetua sebab adik buat kes, atau tak pernah peduli pasal adik sendiri, takkan tau kot macamana rasanya besarkan budak-budak rebel ni.

Betul la, kena treat each case individually. Sebab bukan semua cikgu kaki pukul dan bukan semua budak innocent. Aku bercakap dari pengalaman sendiri, besarkan budak bermasalah (dan cikgunya pun 2x5).

Kekadang perlu intervention dari parents untuk buat cikgu faham apa masalah sebenar budak-budak ni. Tapi perlu jujur, bagitau apa masalah kat rumah. Kebanyakan cikgu bersimpati, tapi ada jugakla yang tak pernah cuba pun nak faham, terus hukum budak tu. Mulut cakap lepas sebab ingat budak tak ada perasaan. Bukannya membantu, lagi teruk adalah.

Kekadang depan kawan, budak-budak ni berlagak macam keras, kena pukul pun tak kisah, tapi sebenarnya cikgu marah sikit pun dah emo, simpan dalam hati. Lama-lama, tak boleh kawal.

Budak, kalau dah adrenalin naik, cikgu pun dia belasah. Cikgu pun sama, kalau dah adrenalin naik, budak pun dia belasah.

Tapi, kalau nak letakkan 100% salah pada budak, tak masuk akal la. Sebab cikgu sepatutnya lebih matang dari budak. Dan sepatutnya cikgu lebih bijak untuk handle konflik.

Aku rasa, cikgu wajib belajar psikologi. Dan faham corak pemikiran dan tingkah laku budak-budak. Ini asas. Bila budak cari pasal, tak adalah cepat sangat naikkan tangan. Tapi kalau sendiri tak stabil, macamana nak didik budak?

Anoneemus™ said...

Rara.
I remember ur entry abt Wahida's homwork.

Ko.
Nice comment.Dan, mmg silibus diploma pendidikan ada subjek psikologi.tp tak taulah sebagus mana contentnya.

SUXX said...

bijak. aku suka view kau Neem

rizwan said...

aku tye kat ex-cikgu displin mckk dulu dia jwp.
budak2 dulu kalo rebel pun keluar2 jadi org.budak skg lain.ada tv.ada games.dia katalah.
cikgu skg pun satu hal kalo bab nk pertukaran sekolah kalo boleh nk dpt sekolah btl2 kat depan umah,bangun pagi langkah je terus sampai umah.nampak x?

moral:nak jadik cikgu kena ada skill.ingat satu je.kau xleh pulangkan masa atau kenangan bdk2 sekolah ni balik.baik buruk dtg dari cikgu.kalo aku boss kpd cikgu2 ni aku pun xmarah murid baik aku tampar cikgu.sedap skit pergi die.hehe

kalau cikgu sendiri mengajar xikut sgt manual seorang guru aku rase kool gak.dan cikgu lak kena ada stand.ego mesti ada.

Syafinaz Ali said...

Agree yg part keikhlasan untuk menjadi seorg pendidik.Ya,sekarang ini ramai yg memilih kerjaya sbg seorg guru dgn alasan mudah dpt kerja.Tmbh lg dpt kerja gomen.Ramai jg yg lps degree x dpt kerja terus mintak KPLI etc segala.

Pengalaman sendiri,
Aku ada saudara yg pilih profession sbg guru sdgkan waktu kat IPT amik course x berkaitan pn dgn pendidikan.Alasan sng nk kerja & dpt pulak mengajar sekolah ank istimewa.Aku sendiri x dpt bayangkan mcm mana dia handle kanak2 istimewa yg lg la mencabar sdgkan dia sendiri x sabar dlm melayan anknya yg normal.

Ya,keikhlasan tu yg susah nak cari.Niat yg kdg2 lari hanya krn tuntutan semasa atau keadaan yg mendesak.

Mommy Fara said...

Org memberi, kita merasa....

Chereta Chenta said...

guru cuma pekerjaan bukan keperibadiannya

Anoneemus™ said...

Suxx.
Ramai juga yg tak suka kot.

Rizwan.
Bab 'sedap sikit pergi' tu mmg legend.

Finaz.
Kdg2 ada juga yg bila dah panas enjoy juga mengajar.tp tak ramai kan.

Fara.
Kita merasa,orang nak kasi lagi tak?

Chenta.
Betul!