July 15, 2011

Islam: Culture, Marriage dan Knowledge is Power 3

Yang perempuan tak tahu hak sebagai isteri.
Yang rakyat negara demokratik pun tak tahu hak sebagai rakyat.
Lepas tu ikut je telunjuk orang yang berkuasa.
Kesiannyakanpunadoi.


Orang kita,
manjakan anak lelaki.
"Nanti senang kau dah kawen, Jang, ada orang jaga makan minum."
Perempuan diajar buat kerja rumah.
"Nanti dah kawen, ingat jaga makan minum suami kau. Belajar tinggi mana pun, wajib kena masak untuk suami."
Padahal suami dia tak suruh pun. Orang lain yang bising.
Eh rilek ah. Ustaz kursus kahwin aku dulu pun tak suruh bini dia masak. Sebab dia cakap dah kira bajet lagi jimat beli kat kedai sebab makan 2 orang je so kos bahan mentah jadi tinggi.
Bukankah dalam Islam suami yang kena jaga makan pakai isteri?
Dan, sebenarnya isteri yang membantu dalam urusan rumahtangga. Bukan suami yang 'membantu'.
Dah lah bila lelaki nak buat kerja rumah, orang ejek pondan. Mungkin mereka pun tak tahu nabi kita pun buat kerja rumah. Pakaian koyak pun jahit sendiri. Jadi sunnah kut.


Orang kita,
Tak reti beza antara sayang bini dan takut bini.
Kalau dah taknak lepak malam-malam di kedai mamak lepas kahwin, orang kata Queen Control. Padahal dia sayang bini. Berbeza kut jaga hati sebab sayang dengan takut. Salah ke kalau dia rasa tak sampai hati nak tinggalkan isteri dan anak di rumah? Abang aku lepak kat rumah je dengan bini. Kalau QC, dia nak keluar tapi bini dia yang kurung dia dalam rumah dan sorokkan kunci.
Selagi lelaki itu boleh keluar dari rumah dengan rela itu bukan QC namanya.
Bila ayah aku mengalah dengan mak, aku rasa itu sebab ayah kesian pada mak sebab mak dah banyak berkorban. Bukan takut.

So sekarang aku dah tahu. Aku dah faham. Aku dah sedikit boleh beza antara budaya dan agama.

Sebab tu aku cakap orang yang sangat ‘Melayu’ ni sama aja dengan SIS. Atas nama Islam, kau tukar (or more like, undisclose) hukum agama ikut budaya.

Kita selalu dengar, kalau suami mahu ehem ehem, isteri wajib beri.
Isteri kena sentiasa kemas dan wangi untuk suami.

Tapi ada tak kita dengar, kalau isteri mahu, suami wajib beri? Dan suami wajib berusaha untuk penuhkan kehendak batin isteri?

Ada tak kita dengar, hak isteri untuk foreplay sebelum berjimak, bukan dilayan macam binatang atau perempuan murahan?

Ada tak kita dengar, hak isteri untuk terus dilayan sehingga puas selepas berjimak seperti diajar Imam Ghazali?

Ada tak kita dengar, hak isteri untuk tidak disakiti suaminya (walaupun ketika berjimak)?
Maknanya kalau isteri rasa sakit sakit, tak boleh jimak tapi suami kena ‘sediakan’ isteri terlebih dahulu. Kalau ustaz biasanya guna ayat 'pergauli isteri dengan baik' (merujuk kepada ayat Quran).

Ada tak kita dengar, suami juga kena jaga penampilan depan isteri? Isteri juga ada hidung, ada hak untuk bau yang enak dari suami. Isteri juga ada mata, ada hak untuk lihat suami yang tak boroi dan botak.

Hak isteri untuk dibelikan perhiasan dan persolekan? Maknanya kalau isteri nak gelang emas itu tak melampau namanya, sebab itu hak dia.

Ada tak kita dengar, surirumah ada hak untuk mintak gaji dari suami?

Ada tak kita dengar, hak isteri ke atas income suami adalah melebihi 50% walaupun sudah ada anak?

Hak isteri untuk mendapat pembantu rumah jika suami mampu?

Maksud 'isteri ada hak' adalah suami wajib kasi kecuali isteri terang-terang cakap tak nak.

Kalau poligami, setiap seorang isteri harus ditunaikan haknya. Kalau seorang pun belum fulfil, tak payahlah berangan nak tambah lagi.

To be continued...