August 21, 2011

Dunia Rupalistik: Of course, kecantikan tak berapa nak subjektif sebenarnya

Membaca entri luahan hati Noe tempoh hari, aku mengaku yang aku hampir menangis. Dan aku yakin ada pembaca lain yang memang menangis baca entri tu. Aku rasa sedih macam baca entri Gemuk oleh Fynn Jamal.
Ya, kecantikan itu dah jadi kurang subjektif apabila ia dibentuk media.
Aku harap sangat readers aku baca entri ni pulak dan please be aware of what you say to people. Jujurnya, aku rasa nak kontrol mulut saja tak jadi gak, selagi dalam hati kau memang rupalistik dan fikir macam tu tentang fizikal orang lain. Itu isu kedua.
Isu ketiga, tentang gender. Tak payah nak argue dengan aku, memang perempuan kena diskriminasi berdasarkan paras rupa lebih daripada lelaki. Lelaki boroi tak hensem pun boleh kutuk perempuan tak cantik dan ada hati nak mengurat yang cun sahaja.


.Tiga Asterisk.








Berapa kajian oleh pakar psikologi dan sosiologi telah dijalankan untuk define beauty. Salah satu kajian itu amat detail, melibatkan data seperti ukuran jarak antara mata, jarak antara bibir dan dagu etc. Hasilnya memang membuktikan bergantung pada culture itu, you can quantify beauty.
Isu beauty ini memang telah menjadi isu yang hangat diperkatakan di mana-mana. Aku rasa dalam culture kita ni, orang obsess dengan kulit cerah (specifically, kulit putih) seperti yang pernah dikupas oleh Magenta. Trend ni dimulakan dengan kewujudan produk Fair & Lovely. Aku agaklah tak berkenan dengan trend lupa nak pakai produk pemutih di leher. Atau seluruh badan. Pelik lah muka je cerah tapi leher gelap. Atau tangan gelap. Macam Ziana Zain dalam sembilu. Sekarang Ziana Zain dah cerah. Kau pergi tanya dia tips.Satu lagi, elakkan pakai produk yang kupas kulit dengan ganas itu. Kawan aku cakap, beberapa minggu dia tak keluar rumah sebab segan. Lepas tu kulit jadi merah semacam. Kalau tak pakai sunblock, memang senang kena penyakit sebab dah terdedah. It kinda strip off the natural protective layer. Of course, lepas tu muka kau jadi putih. Tapi produk tu tak boleh pakai di mata dan bibir. Kalau kau tak mekap tebal, memang obvious sangat yang kau sebenarnya telah pakai produk penggelupas sebab warna kulit di sekitar mata, dan bibir masih lagi seperti asal. Biasanyakan warna bibir ikut warna asal kulit. Kantoi di situ. Lama-lama, kulit kau akan kembali ke warna asal juga. Adakah kau akan buat ia menggelupas semula?
Sebab tu aku suka tengok orang kulit hitam manis natural. Cantik. Bagi aku yang penting, warna kulit sekata. Kalau cerah tapi tak sekata tak lawa jugak.
Trend kalau kurus baru lawa ni aku rasa baru juga. Sejak ada slimming centre. Sebab Datin Ziela Jalil masa zaman dia hot dulu tak kurus pun. Siti Nurhaliza pulak zaman dia hot tak debab macam sekarang. Ni semua pengaruh media. Kalau nak jadi artis mesti kulit cerah dan kurus. Tak lawa pun takpe, sebab cerah dan kurus adalah cantik enough bagi masyarakat.

Sedih kut aku tengok budak-budak Korea yang baru akil baligh dan sibuk nak buat plastic surgery. Artis K-Pop yang nak jadi orang putih punya pasal. Oleh itu kita harus cegah budaya M-Pop daripada menular kerana dikhuatiri artis M-Pop yang terpengaruh dengan artis K-Pop ini akan menjadi contoh tak elok kepada remaja kita.



.Tiga Asterisk.

Mulut kita nak mengata orang memang sedap je kan? Kadang-kadang tak berniat nak mengata tapi terbuat juga. Sakitkan hati orang. If you don't have anything nice to say.....
Tapi mungkin lah bagi dia, benda yang dia cakap tu benda nice.

I recently found that bukan orang gempal je yang sensitif, orang yang skinny pun mudah terasa kalau orang cakap kurus. Mungkinlah dia rasa tak seksi kut. So walaupun kita berniat nak kompliment, macam 'Bestnya awak makan banyak pun badan sekeping je' tapi sesetengah orang kecik hati. Sebab dia mungkin tengah berusaha menaikkan berat badan tapi bila orang cakap macam tu dia rasa gagal.

 
So memang susah nak kontrol mulut. Sebab kita tak tahu pendapat kita tentang fizikal ni sedap didengar ke tak. Apakata kalau kita semua tanamkan dalam minda, semua orang adalah sama cantik. Takde kategori kurus ke, ketot ke, gelap ke, boroi ke. Takde yang paling cantik, takde yang paling hodoh. Semua orang sama cantik dari segi fizikal.
So tak perlu nak cakap orang tu tinggi ke, paling cantik tapi kurus sangat ke apa ke...sebab kita tak tahu orang tu suka atau tak.
Puji benda yang bukan anotomi, macam produktiviti di tempat kerja ke, jahitan manik di lengan baju ke, dandanan rambut oleh Chez ke.

Ini bukan untuk orang dewasa sahaja, kanak-kanak dan bayi pun. Kalau kau pergi reunion, dan kau puji anak Ahmad comel, banyak kali pulak tu, tapi kau tak puji pun anak Huda comel, nanti Huda kecik hati dan lepas tu dia serik dah taknak pergi reunion walaupun buat kat Holland dan percuma.
Eh macam tak logik pulak contoh aku ni? Ingat ni program MLM ke?


.Tiga Aterisk

Gender. Aku pernah dengar sendiri seorang lelaki cakap, lelaki gemuk tak apa, perempuan tak boleh. Memang pun. Macam lelaki hisap rokok takpe, perempuan tak boleh. Lelaki clubbing takpe, perempuan buat jadi sundal.
Kamonlah, perempuan pun ada mata dan kami berhak untuk lihat lelaki-lelaki tough dan tak boroi (macam Adi Putra dan Aaron Aziz). Oqeh granted lelaki Singapura memang rajin workout.

Bab rupa dan tubuh badan ni, perempuan je yang kena teruk.
Lelaki gemuk dan kulit gelap pun rilek je. Gigi jongang dan penuh jerawat pun confident je mengurat kawan aku yang cun. Tapi aku tahu, jauh di sudut hati lelaki juga tak suka dihina.
Dah tu kalau tak suka boleh tak jangan hina orang?

Susah jadi perempuan dalam dunia rupalistik ni. Kening jarang tak cantik, kening lebat sangat pun tak cantik. Dah orang Melayu memang hidung kurang mancung nak buat macamana, tapi kena hina juga. Pinggang ramping tapi muka berjerawat pun masalah. Perut kempis tapi cup A pun kesian juga.
Mana boleh nak jadi perfect. Kau pun tak perfect apa hak kau nak hina orang lain?

Aku sedih sangat baca komen-komen di entri Noe tu. Terutamanya komen perempuan lah.
Itu semua kisah benar.
Macam kes kawan aku Farina yang dihina guru muzik waktu darjah 1. Budak lelaki kelas aku ramai je yang tak hensem tapi tak dikeji pun.

Mungkin korang ingat aku sendiri yang mengada rasa tak cantik. Sebenarnya masa kecik memang aku selalu kena ejek. Walaupun sekarang dah tak kena macam tu, bila aku dengar orang lain kena ejek, aku jadi sensitif juga. Rasa insecure. Macam, eh kawan aku kena macam ni entah-entah belakang aku orang kutuk camni jugak.
Dan budak lelaki sekolah aku bab paras rupa ni sedap aja nak mengata. Kawan aku yang cantik pun kena ejek sebab pendek. 'Muka dah lawa dah, tapi pendek. Ada hati nak mengurat Hanif yang tinggi'.
Yang gempal toksah cerita lah.
Kau bayangkan ada budak-budak lelaki lepak di tengah koridor, aku cakap tumpang lalu, mereka jawab 'Jalan aje lah...macamlah dia tu besar sangat. Lain lah ______ (isi nama kawan aku yang gempal)." Lebih dari sekali aku dengar dialog ni, dengan nama di tempat kosong tu berbeza. Sedap mulut depa je kan?

Kalau kau taknak kena ejek memang kena kurus, tinggi, kulit putih (cerah sahaja tidak mencukupi), bibir merah tak tebal sangat, takde jerawat, gigi sempurna dan muka manis. Oh, dan tiada misai. Aku mengaku aku pun pernah kutuk perempuan ada misai. Tapi itu sebab perangai dia. Bukan semata-mata sebab rupa.

Aku tulis dalam entri Ugly Duckling dulu, yang membantu aku adalah kawan-kawan yang supportive. Kawan-kawan sekarang pun, apa kurangnya, ada saja point mereka cakap nak bantu self-esteem aku.
'kalau buat plastic surgery saya nak hidung macam neem'
'akak baru pergi salun buat rambut macam neem'

Terima kasihlah.
Kadang-kadang, pergi salun & spa pun membantu juga. Sebab sesetengah pekerja salun memang suka memuji customer sebagai marketing strategy.
'Ni rambut asal ke dik? cantik. susah nak dapat rambut macam ni.'
'Adik ni walaupun slim ada punggung, sedap mata memandang. Nak urut pun sedap je tak banyak lemak, tak kurus sangat.'


Tengok kawan-kawan aku yang cantik, jadi cantik pun masalah juga. Nak bercakap dengan boyfriend orang pun kena jeling. Masuk universiti kena anti dengan akak-akak senior. Bila dapat markah tinggi dengan lecturer lelaki, orang cakap tak deserve. Suami orang kejar dia, orang cakap dia yang menggatal. Bila cakap tak pakai mekap, orang tak percaya.
It's funny, really. Mereka yang tak konfiden dengan diri sendiri tak percaya orang lain boleh ke mana-mana tanpa secalit mekap.
Aku lagi suka orang cakap 'Neem pakaila mekap sikit. Nampak pucat lah' daripada 'Eh tipulah ko pergi kelas tak pakai mekap. Selama ni aku tengok ko macam mekap'. Roommate aku gelak je. Depa tau lah aku kalau kelas pukul 8 bangun pukul 7.40 nak mekap apanya. Mandi pun kalau sempat je. Haha.


Kau tengok tak Junior Masterchef? Dulu aku tengok semifinal je, kat YouTube.
Aku agak tersentap membaca komen ni 'amber is just a stupid lil fat cow' dan
'how did Amber the fat pig got to this far, she should have been cooked and served as pork in first episode'.
Budak tu kecik lagi dah kena ejek macam ni. Apa lah jadi pada dia kalau family dia tak supportive.
Aku rasa kalau yang gemuk tu budak lelaki takde kena kutuk teruk macam ni kut.

Memang, budak lelaki pun kena kutuk kalau gemuk. Tapi at least frekuensi kena ejek tu berkurangan bila umur meningkat.
Tapi bagi perempuan, bila dah besar lebih teruk kena. Lagi-lagi kena dengan lelaki.
Lelaki yang dia suka pulak tu.

Kau mungkin ejek orang saja-saja nak menyakat dan menghiburkan hati sendiri.
Tapi kau kena ingat, perasaan orang lain kau tak tahu. Dan kau mungkin punca mereka murung, bulimic, atau suicidal.
Seronok ke kalau buat orang macam tu? Seronok buat self-esteem orang merudum?
Seronok dan puas hati ke baca entri Noe dan Fynn macam tu
?

15 suicidal thought(s):

Ms Wallflower said...

Dan kerana itu jugalah,saya pilih cantik berbanding cerdik.

Kurang cerdik boleh belajar,ada harapan lagi tu nak jadi cerdik.

ana said...

kadang2 orang bercakap tak fikir dulu. ikut sedap mulut je. saya dari dulu low self esteem disebabkan komen2 orang. stress sangat. tapi sekarang ni saya dah mula tukar komen2 tu menjadi pembakar semangat untuk mengubah diri menjadi lebih confident.

fantasimerahjambu said...

Honestly, bace kedua2 buat saya balik ke masa2 gelap yg pedih.
Bukan sekali tapi berkali, dalam masa seminggu sahaja, saya dapat berkali2 hinaan dan kutukan perit.

1-"Soalnye skarang ni, ade ke yg nak kawen dengan ko?"

2- "sugar daddy kalo nak cari pon, macam muka (nama kawan len), macam ko jangan harap" *lebey kurang gtu la ayat longkang tersebut.

dan beberapa lagi yg sekufu dengannya...


dan semua penghinaan ini di perkatakan di khalayak rakan2 tercinta.Walau nada lawak mana pun, kalau da pisau, tersiat jugakla hati kan?



Self esteem tyme ni? X yah cite la.
Rasa diri hina yang teramat sangat. Bila da bertubi2, hati mana x pedih? Rasa x layak giler nak kawan dengan gugurl laen. Semua cun kot. Seminggu jugakla berdiam diri. Memang betul, kesemua longkang2 ni x hensem/perfect mana pun.

Boroi? lagi die bangga."aku lelaki kot" Nak balas, memang x kuase sebab org cam ni, hanya Allah je yg dapat ubah perangai..

Bak kate my older brother, "dari hang sumpah die jadi memacam, bek hang doa die sedar dan berubah. pahala pon dapat dari dosa sia2."

vovinski said...

perempuan dilahirkan untuk jadi insecure dan miserable.

dan lelaki memang dilahirkan untuk jadi manipulator dan some part memainkan peranan dalam ketidakadilan sosial.

saya predict jika saya tiba-tiba dibekukan, dan buka mata 500 tahun lagi, perempuan akan tetap sama - miserable dan insecure.

dan lelaki tetap, some of them, memainkan peranan dalam ketidakadilan sosial itu.

well, kata-kata saya mengguris hati, mungkin. Mungkin saya sebahagian dari masalah itu.

Tapi saya terfikir, orang jahat (atau orang yang mendepresskan anda) akan tetap ada, dari generasi ke generasi,

Best way is, carilah kegembiraan sendiri.

Kita hidup dalam cruel world, nak tak nak, begitu lah.

cheer up

Syafinaz said...

Aku nak petik yg part kena kutuk sbb gemuk.Krn keadaan itulah aku berusaha jaga pemakanan ank aku dan aku tak kesah dia tak tembam comel janji dia sihat.

Time kecik bila ank tembam gemuk org pasti suka tgk.Chubby la comel la tp bila dia masuk sekolah itu bala namanya.Aku x sanggup ank aku kena kutuk krn fizikal dia.

Ramai org fhm keadaan ini cuma tiada effort dr awal.Dibiar,disuap je ank mkn apa saja.Kesan jangka pjg tak fikir.Ank bila dh gemuk,remaja pulak tu self esteem mmg merudum.

Itu cerita yg dijaga.Berbeza pula yg mmg dr awal bdn besar sampai meningkat dewasa.Tp biasanya jarang ada ibu bapa defend ank bila kena kutuk.

Ayat biasa mak bapak yg malas ambik port"Ala,tak mati pun diorg kutuk".Jarang yg bg nasihat positif.Lama kelamaan jiwa ank tu pn boleh mati.Sbb tu masyarakat kita jd mcm tu.Sbb dah set dlm otak,ko buruk maka harus kena kutuk tak kira tua muda!

Nuryn Weida said...

manusia ni memang xpernah puas dgn diri sendiri dan org lain..seolah2xleh terima yg nobody perfect. dan mungkin dorg x berada di tempat org yg merka kutuk tu.kalau dorg berada kat tempat org yg dorg kutuk tu,baru dorg tau langit tu tinggi ke rendah.huu

rAmiZa.mY said...

"baju kedut ye?" komen pada gmbar yg nampak perut secara berterangan..

jawapan:
"ye sy gemok, sbb tu baju senang bkedut..lalala~"

iya kan je apa org kata. arguing with them makes no different. nk mengata, tetap nk mengata.


*pernah baling roti yg sdg d makan kt kawan sbb roti tu was my 1st meal dlm haritu,tp tetbe kene komen "dah2 la makan, patutlah gemok"*

Cik Kasut said...

sangat suka entri nie... terbaek :)

weed something out said...

kat sekolah body talk dilarang sama sekali!

:D

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

self-esteem sy pernah jatuh lps masuk asrama dulu..sbb dikelilingi oleh rakan yg cantik..dan kita pon sering diingatkan oleh rakan sekeliling yg kita nih kurang cantik :(

Lady RaRa said...

jangan kata kat luar masa sekolah

dalam blog ni pun ada blogger jantan dengan blogger late 40's siap panggel aku kopek selambak!

macam la dia penah tengok tetek aku in real life!

kesian kat aku!

lavender harum wangi said...

tak seronok :(

Darus Interferon said...

agak2 kalau kita selalu fikir positif benda mcm ni boleh jadi ka?

Fynn Jamal said...

terlalu betul tulisnya.
sampai ternangis.

ok.
benci.

Anonymous said...

ak lelaki.xde prob gemuk-kurus.ak sgt kurus time sek-men-universiti. ak gemuk bile final year, kerja-kawin. tp ak ad seorang kakak yg berbadan besar (big frame but nor gemuk)

ak bc ape ko tulis, ak menangis. yes menangis sbb ak terkenangkn akak ak. what she had face all the way. ak xd kt tmpt die, tp ak rs ape die rs.

wife ak kurus, sgt kurus. in fact i'm lucky enough, wife ak pretty.used to be a model.tp die xselesa sbb die kurus.

ak x pernah hina org kurus@gemuk. ak pernah kurus, n ak skrg gemuk. i hate it when people keep asking bout my size nowadays. and ak sgt percaya pd takdir, not karma as i'm a moslem. ko hina org, org hina balik. xdpt kt ko, anak ko. that's it. full stop.

bl anak ko m'hina org, di zaman org smua pandai b'pikir, n dkt kampung xde lg panggilan leman jongang, ali boroi, anak ko yg nmpk hina. dan ko pasti terlebih hina. ingat bnda tu. sebagai mak bapak, ko xpandai jg anak, mulut anak.

p/s: wife ak cun, and ak kurang berupa.hinanya kn pandang dgn org, lg seksa.