Akhirnya aku membuat karipap juga.
Pergh. Sudah lah membuat karipap mini yang setiap satunya dikelim. Layan Starship Troopers animation pulak tu.
Animasi ya, bukan filemnya yang bosan dan tacky itu.
Dulu aku sanggup bangun awal pagi Sabtu untuk tonton cerita ini tanpa mandi. Itulah kelebihan ada TV dalam bilik. Lepas cerita ni habis, sambung tidur dan kena marah dengan mak. Haha.
Ini memang momen nerd gua. Takde siapa boleh lawan betapa nerdnya gua rasa ketika membuat karipap itew.
Silap la lupa pakai spek masa tu. Tambah nerd. Hahah.
Doktor pun cakap aku nerd. Ketika membincangkan tentang aktiviti senaman yang sesuai dengan aku, doktor telah berkata "Saya rasa orang nerd macam kita memang sesuai senaman dalam rumah je." Aku gelak dalam kadar segera.
Ya, doktor. Saya memang nerd.
Oqeh. Keesokan malamnya pula adalah sesi memakan karipap mini sambil mendownload lagu tema Roughnecks untuk dijadikan nada dering.
Tak sangka aku berjaya menghasilkan karipap yang licin kulitnya bagaikan eggshells.
Ada sesiapa di sini juga merupakan peminat Roughnecks? Anda bolehlah melawat laman ini dan sain petisyen agar Sony menyiarkan 3 episod yang hilang dari DVD Roughnecks.
Aku dah lama ada boxset DVD tu, yang dibelikan oleh Encik Phat. Tapi aku tak tahu pun ada 3 episod hilang? Ya, nerd memang sedikit blur. Hoho.
Yang Benar,
Anoneemus Ibanez
.

3 suicidal thought(s):
Minat animasi Starship Troopers jugak eh tengok kat mana?
"Ketika membincangkan tentang aktiviti senaman yang sesuai dengan aku" - ayat ni dah tunjuk betapa nerd-nya kau ni. haha
Asfa.
Err..DVD saya?
Dammit.
I take it as a compliment.
Post a Comment