September 04, 2011

Masa depan dan lanskap

Macam biasa, topik-topik perbincangan dengan rakan-rakan studio adalah

'Bidang kita ni takdak masa depan sebenaqnya'.

Dah lah orang pandang lekeh je.
'Korang ni nanti dah grad keje tanam pokok ke?'
'Alah, korang lanskap architect kan senang je keje. Tanam-tanam pokok je.'

Nak kata menyesal, idok le. Sebab aku belajar design ni lah aku kenal kawan-kawan aku yang cool itu. (walaupun tempat aku belajar tu langsung tak 'universiti di hatiku'- tak suka oqeh!)
Sebab aku budak design lah aku kenal Encik Stateskop jugak. Maksud aku, aku kenal kawan aku cum makcik aku yang sekelas dengan Encik Stateskop. Dia jadi makcik aku sebab dia kahwin dengan sepupu bapak aku. Eh apa aku mengarut ni?


Tapi bab kerjaya aku memang letih nak memikiorkan. Kerja teruk-teruk, gaji tahap budak SPM.
Kerja pun sakit hati je asyik kena maki.
Kakak senior cakap dah sambung masters pun tak menjamin peluang pekerjaan. Nak kerja sendiri? Fresh grad macam kitorg ni susah dapat projek. Buat freelance pun orang liat sangat nak bayar.

Macam hangen je bila tanya budak-budak diploma pelbagai bidang gaji lebih tinggi dari kitorang. Umur pun lebih muda sebab grad awal.
Budak marketing pun gaji lebih RM2000.
Orang housekeeping pun at least ada overtime dan allowance. Arkitek lanskap mana ada.
Cousin aku ambik clinical psokologi dah kerja kat hospital, tapi belajar tak habis lagi pun. Aku tak minat kerja-kerja kaunseling ni sebab aku sendiri tak betul. Hahah. Kalau aku menyamar jadi dia jap mesti ramai orang daripada stress je terus jadi gila kut.

Kitorg rasa macam nak patah balik buat diploma lain. Iya lah, nak buat degree semula, macam tak mampu dari segi kewangan dan masa je.
At least aku takde anak. Yang ada anak, kesian juga. Masa dah tak banyak.

Bila fikir-fikir balik, bidang F&B jugak yang boleh pergi.
Tapi aku tak minat.

Aku minat ergonomik. Tapi sama macam lanskap juga kut masa depannya.
OSH pun oqeh, tapi aku tak minat.


Kenapalah aku minat bidang yang tak menjamin kekukuhan ekonomi langsung.
Tengok Sarah dan Dila, dah jadi orang suratkhabar, tak sia-sia depa ni jadi blogger. Apa kaitan tak tau.
Aku payah sket nak kerja menulis ni. Sebab jenis senang writers' block.


Walaupun kebanyakan kawan-kawan aku dah kerja, dan aku belum, at least aku dah nampak le fenomena ni sebelum grad dan sempat lagi nak fikir. At least aku pokai sebab aku student. Dah kerja tapi pokai lagi tensen.
Yang tak bestnya mana ada orang nak bantu sebab aku dah kahwin. Sebelum kahwin dapat duit raya at least RM200 tiap-tiap tahun. Sekarang dah takde. Tu lah sapa suruh gatai pi kahwin dulu.


Eh kenapa aku tulis benda serius ni? Oh, sebab aku boring.
Dan takde mood nak buat kerja.


Aku nak kerja penulis majalah lanskap pun, rasanya tak boleh pergi jugak.
Lagipun office semua kat Shah Alam. Jauh noo....

Oqeh, siapa sini nak bayar aku jadi blogger lanskap? Hahah. Bunyi macam nerd je.


Takpe ah
.

8 suicidal thought(s):

pakkordi said...

Lanskap perlu ada satu skill penting: berkawan dgn orang kaya sebab diorang sahaja yg ada lanskap besar untuk didesignkan. Bila cerita tentang projek lanskap kerajaan, tak memerlukan design skill pun boleh buat if ada PKK class F.

So, do things that can make you happy. If no money, at least you enjoy doing it.

kumin alfi said...

saya masih second year tgh amik landscape.

nak cakap minat, tak minat sangat.
haish
macam mana ni? :/

kena cari laki jutawan lah jawabnya

niezam said...

FSPU UiTM?
kot la kan. sbb setau aku landscape bukan byk sgt uni kat malaysia ni offer.
aku selalu dgr2 dak FSPU merungut. landscape n planners yang belaja susah gler smpi tdo dlm studio.
BS plak dgn cos tak qualified (isu ni masuk TV3, taktau dah setel ke belum).
QS, ramai sgt student melimpah2.

aku taktau sgt sbb aku bukan bidang built environment. cume kwn2 aku ramai dlm bidang ni. so byk la side story i heard about all programmes in FSPU.

anyway, i'm a new reader, salam kenalan :)

Darus Interferon said...

aku rasa kau better apply untuk Majalah Remaja atau Wanita.

casperakhimi said...

jom lah keje dekat shah alam! nanti boleh lunch sama2.meh keje shah alam meh. :D (suka hati je request)

Anoneemus™ said...

Majalah Remaja/Wanita pun opis kat Shah Alam gak.

Anoneemus™ said...

Majalah Remaja/Wanita pun opis kat Shah Alam gak.

farizzet said...

orang biasa mana paham landscape architect. diorang generalise kan semua jadi garderner/ tukang kebun.